MPL 3

6.3K 426 7
                                    

Kini semua sudah berada di meja makan. Termasuklah Eleena dan Ezri.

Mata Eleena pula sudah bersinar saat makanan kegemarannya sudah terhidang di atas meja makan itu.

"So Ez. Macam mana kerja?" Soal Encik Esyam iaitu papa kepada Eleena dan Ezri.

"Macam biasalah pa. Everything okey." Kata Ezri lalu menceduk lauk yang terhidang di atas meja itu.

Manakala Eleena sudah melantak ayam masak merahnya.

"So El? Calon suami da ada?" Soal Encik Esyam membuatkan Eleena serta merta tersedak.

"Huks huks!" Terus tersembur makanan yang di kunyah oleh Eleena.

Air sirap di capai dan di teguk rakus.

Ezri sudah tergelak.

"Eish! Awak ni. Dia kan tengah makan. Gi tanya soalan macam tu kenapa? Tengok. Tersedak da anak bongsu awak tu." Kata Puan Esha yang baru datang bersama lauk di tangannya.

Setelah Eleena terasa sedikit lega.

Jelingan di hadiahkan buat abang 'kesayangan'nya yang sibuk ketawa tak henti-henti.

Setelah mendapat jelingan tersebut. Ezri terus berhenti gelak dan menyambung penyuapan yang terpengalai tadi.

"Papa ni. Apa pula calon suami ni?" Kata Eleena lalu memuncungkan mulutnya.

"Betullah. Apa papa kata. El tu da besar. Kahwin je kan." Kata Ezri slumber.

Mata Eleena terbuntang.

Kakinya terus memijak kaki Ezri.

"Argh!" Ezri mengerang kesakitan.

"Padan muka!" Kata Eleena lalu menjeling Ezri.

"Paa!! Tengok El nah." Kata Ezri lalu mencebik.

"Mengada." Kata Eleena lalu menjeling abangnya.

Mengada abangnya itu mengalahkan budak 5 tahun. Macam mana agaknya bila da ada isteri.

"Haa..Kamu tu Ez. Sepatutnya kamu tu yang kahwin dulu. Umur da cecah 27. Nak tunggu apa lagi." Kata Puan Esha membuatkan Eleena tersenyum mengejek ke arah abangnya.

"Da..da..Ni El kamu da dapat kerja belom?" Soal Encik Esyam mengubah topik.

Kalau masih topik yang sama. Memang tercetuslah perang ke 3.

Eleena sekadar menggeleng.

"Kasi jelah El kerja dekat syarikat papa dengan abang." Kata Eleena lalu membuat muka comel.

"Ehh..Jangan nak mengada eh! Pergilah kerja tempat lain. Sibuk je!" Kata Ezri lalu menjeling ke arah Eleena.

Eleena sekadar mencebik.

'Eleyh. Macam orang hamak sangat nak berkerja satu tempat dengan dia. Kalau tak papa suruh aku kerja. Tak adanya lah aku nak kerja!' Kata Eleena di dalam hati.

Puan Esha hanya menggeleng melihat telatah anaknya yang dua orang ni.

"Awak kata hari tu syarikat kawan anak awak tu tengah cari pekerja kan?" Soal Puan Esha.

Encik Esyam memberhentikan suapannya. Otaknya ligat mengingati pekara yang di katakan oleh isterinya itu.

"Oh! Si Irah tu ke?" Soal Encik Esyam kepada isterinya.

Manakala Eleena dan Ezri sekadar berdiamkan diri. Memang mereka di ajar dari kecil untuk tidak menyampuk perbincangan orang tua.

"Yela. Siapa lagi." Kata Puan Esha.

"Umur dia sama dengan El kan. 24 right?" Soal Encik Esyam.

Puan Esha sekadar mengangguk.

"Jadi El. Esok gi syarikat dia. Minta kerja. Nanti papa call kawan papa tu. Alamat dia nanti papa whatsapp je kat El." Kata Encik Esyam.

Eleena pula sekadar mengangguk.
___________________________________

Done chapter 3🙌

Segala typo mohon abaikan😅

Anyway, Meh add wechat sis meh😹

Id-intanmazlin

#OkeyByee!😘😆

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now