MPL 8

5.5K 411 32
                                    

"Sebab pepatah melayu dulu ada berkata 'Tak kenal maka tak cinta' Jadi saya nak berkenal dulu dengan awak. Boleh kan?" Soal Eleena lalu tersenyum.

"Pepatah sekarang pula berkata 'Da kenal macam celaka.' " Kata Asyraf lalu ingin berlalu dari situ tapi sempat di tahan oleh Eleena.

"Err.." Eleena seperti kehilangan kata-kata. Kepalanya yang tidak gatal itu di garu.

"Aku ingin jalan sana. Tolong tepi sikit! Tolong tepi sikit." Asyraf bernyanyi part corus tepi sikit by Sleeq

Asyraf berlalu meninggalkan Eleena yang seperti tercenggang.

Eleena menepuk lembut dahinya saat Asyraf berlalu meninggalkannya. Baru dia hendak memanggil terus terbantut niatnya saat ternampak satu card kecil yang telah terjatuh sedari tadi.

Eleena menundukkan sedikit badannya lalu mengambil kad tersebut.

Tertera nama lelaki tersebut berserta nama syarikat dia.

Eleena tersenyum kecil.

"I will get you Tengku Asyraf Bin Dato' Ariffin."
___

"El!" Panggil Irah membuatkan lamunan Eleena tersentak.

Pantas wajahnya dipalingkan memandang Irah. Berkerut dahinya.

"Irah tanye ni. Pergi mana tadi?" Soal Irah. Sesekali matanya mengerling Eleena yang berada di sebelahnya itu.

"Tandas. Sakit perutlah. Period." Ujar Eleena sambil tersenggih.

Irah sudah menggeleng sambil ketawa kecil.

Mungkin geli hati dengan wajah Eleena yang tersenggih seperti kerang busuk itu.
___

Eleena menggulingkan dirinya ke kanan dan kekiri.

Sedang dia seronok berguling ke sana ke sini tiba-tiba..

Buk!!

"Aduhh!" Eleena mengaduh kesakitan. Punggungnya di gosok berkali-kali.

Kesakitan yang jatuh dari katil tadi masih berpinar-pinar di punggungnya.

"Argh! Tak kira! Nak call juga!" Ujar Eleena lalu dia mengambil kad yang berada di atas meja kecil itu bersama dengan telefonnya.

Number yang tertera di kad tersebut di salin ke telefonnya.

Selesai menyalin nombor tersebut ibu jarinya itu menekan pada screen telefonnya.

Titt..Tit...

"Hello." Kedengara suara seseorang di hujung talian.

Senyuman kecil terukir di bibir mungilnya.

"Oh! Rindu sungguh diriku kepadamu wahai pujaan hati!" Ujar Eleena bersama tangan kanannya di awang-awangkan manakala tangan kirinya masih setia memegang telefon tersebut.

Asyraf melihat nombor tersebut. Berkerut dahinya.

"Siapa ni?" Soal Asyraf dingin.

"I lah." Kata Eleena dengan suaranya yang manja.

"I mana?" Soal Asyraf lagi.

"I love you." Ucap Eleena dengan nada terlebih manja pluss gediknya.

Asyraf da tercenggang. Screen telefon itu di lihat lagi.

'Siapa dia ni?' Soal Asyraf di dalam hati.

"Awakk!" Rengek Eleena apabila Asyraf hanya berdiamkan diri.

Asyraf tersentak. Keluhan berat di lepaskan. Dia sendiri tidak mengenali orang yang menelefonnya ini. Tiba-tiba sahaja orang tersebut nak ucap i love you bagai. Tak ke pelik?

"Ha ya." Jawab Asyraf perlahan namun di dengari oleh Eleena. Suara dinginnya tidak lagi kedengaran. Ia menunjukkan pemberangsangan positif buat Eleena.

"Awak tahu tak apa beza awak dengan bulan?" Soal Eleena sambil melihat bulan yang berada di langgit.

"Tak." Balas Asyraf.

"Bulan ada waktu malam. Tapi awak sentiasa ada di dalam hati saya. Tak kira malam mahupun siang." Ujar Eleena membuatkan Asyraf terdiam.

Dia seperti kenal akan suara ini. Pickup linenya. Dia seakan-akan baru berjumpa dengan pemilik suara yang berada di corong telefon ini.

"Oh ya! Esok kerjakan? Sorry ganggu. Byee Ash! I love you.." Kata Eleena di hujung talian dan tittt...

Telefon di matikan.

Asyraf melihat screen telefonnya.

"Ash?" Soal Asyraf sendirian.

Dia menepuk lembut dahinya. Wajah perempuan yang first time memanggilnya dengan gelaran Ash berlegar di dalam fikirannya.

Siapa perempuan itu sebenarnya? Kenapa dia terkejarkan dirinya? Adakah perempuan itu mengenalinya?

Itulah yang bermain di dalam kotak fikirannya sekarang ini. Dia sendiri keliru dan tertanya-tanya.

___________________________________

Uwah! Sorry lambat update.😿


Mrs Pickup LineOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz