MPL 43

4.3K 251 6
                                    

Tok! tok! tok!

Eleena tersedar dari tidur. Matanya di gonyoh dengan jari telunjuknya.

Tok! tok! tok!

"El? El? dah bangun belum?" Kedengaran suara Puan Esha di luar pintu bilik Eleena.

Eleena terdiam.

"Eleena?" Panggil Puan Esha lagi.

"Haa ye ye. El da bangun da." kata Eleena.

Bunyi ketukan terhenti. Eleena menghela nafas panjang. Kepalanya sedikit pening.

Kakinya melangkah ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Sejak kejadian semalam kepalanya makin berdeyut pula.

Eleena membuka air pancut dan ingin menutup pintu. Tiba-tiba sakit kepala makin mencucuk dan

Bukk.!
________

Asyraf berjalan menuju ke bilik Irah. Dia perlu berjumpa gadis itu.

Tok! Tok! Tok!

"Masuk." sahut Irah.

Asyraf masuk ke dalam bilik tersebut. Terlihat Irah sedang duduk di kerusinya dan ada seorang lelaki berhadapan dengannya.

"Yes Asyraf?" soal Irah.

"Aku nak jumpa kau kejap." Kata Asyraf.

Irah mengangguk.

"So? That all?" Kata Irah kepada lelaki di hadapannya.

Lelaki tersebut mengangguk dan bangun. Dia memusingkan badannya. Matanya dan mata Asyraf bertentang. Terus dada Asyraf berkocak.

"Kau." Asyraf terus menerpa ke arah lelaki tersebut dan

Buk! Satu tumbukkan di hadiahkan buat lelaki di hadapannya ini.

Lelaki tersebut jatuh terjelopok di atas lantai.

"Mika!" Jerit Irah lalu datang menghampiri Mika. Baru Asyraf ingin menumbuknya lagi tapi di tahan oleh Irah.

"Kau! Apasal kau dekat dengan Eleena? " Soal Asyraf dengan suara yang menggigil menahan marah.

"Kenapa? Girlfriend kau?" Soal Mikael sinis.

Di sebabkan rasa marah. Asyraf menumbuk Mikael lagi tapi kali ini pipi kirinya pula jadi mangsa.

"Dia isteri akulah bodoh! Pasal kau aku marah dia! Pasal kau! Argh!" Asyraf seperti kehilangan kewarasan.

Irah pula sudah menanggis menenangkan Asyraf.

Mikael pula sudah terdiam seribu bahasa. Tak sangka gadis bernama Eleena sudah berpunya. Kalau dia tahu, dia tak ingin pun merosakkan masjid orang.

Beberapa orang pekerja di situ terjegul-jegul untuk melihat kejadian apa yang berlaku.

"Weh, weh. Clam down kau sekarang kat pejabat. Please. Jangan buat hal kat sini." kata Irah menahan Asyraf daripada terus mengamuk.

Asyraf menarik nafas menenangkan dirinya. Dia pandang Mika penuh benci. Ikutkan hati dia, dia nak je bunuh bunuh lelaki di hadapannya lagi.
________

"Ma? Mana El?" Soal Ezri setelah duduk di meja makan.

Lenggannya di sinsingkan.

"Entah. Tadi pagi Mama da kejutkan dia. Dia da bangun. Tapi tak kuar-kuar lagi dari dalam bilik." kata Puan Esha setelah menghidangkan makanan.

"Ez panggil dia kejaplah." Kata Ezri lalu bangun dan menunju ke bilik Eleena.

Sampai sahaja di hadapan bilik Eleena. Ezri terdengar pancuran air.

"El? El mandi ke?" soal Ezri.

Diam.

"Selalunya El kalau mandi dia mesti menyanyi. Buat consert tak berbayar ye itu. Tapi ni senyap je." kata Ezri sesorang.

"El! El mandi ke?" soal Ezri lagi.

Diam.

Tiba-tiba perasaan tidak sedap hati mula menyelinap masuk. Ezri terus menuju ke almari kecil yang tidak jauh dari bilik Eleena.

Di situ kunci pendua di letakkan. Pantas Ezri mengambil kunci pendua tersebut lalu membuka pintu bilik Eleena.

Ezri menapak masuk ke dalam bilik Eleena.

"Yaa allah! Eleena!" Ezri terus menerpa ke arah Eleena.

"Mama! Mama!" Jerit Ezri bagai orang gila.

Puan Esha yang terdengar Ezri memanggilnya laju kakinya datang ke Ezri.

"Ya allah! Ezri macam mana boleh jadi macam ni?" Puan Esha yang datang turut terkejut dengan perkara yang berlaku.

Ezri terus mencempung tubuh adiknya.

"Mama call Asyraf pastu siap kita bawak El pegi hospital sekarang!" Kata Ezri di balas dengan anggukkan dari Puan Esha.

_________________

Hi korng!😭 Lama tk update MPL. Mesti dah ramai lupa jalan cerita nih kan?😭 Sorry guys sebb lmbt update. Segala yang terjadi amatlah di kesali.😞  Kalau mana yang tak faham, korng bacalah lagi sekali, tapi sekali imbas ke. Supaya korng fahm jalan cerita dia.☺️ Anyway, sis ada buat story baru tajuk "I Got You." boleh tengok dekt profile sis. Okey thnkyou.🌸

Mrs Pickup LineHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin