MPL 25

4.8K 327 5
                                    

Keluar sahaja dari pangung wayang. Wajah Eleena pucat sepucatnya.

Macam mayat hidup da.

"Aku da kata. Cerita tu menyeramkan. Berlagak lagi. Tak takutlah apa lah. Last-last." Kata Asyraf dengan nada yang sinis.

Namun Eleena sekadar berdiamkan diri.

"Kau okey tak?" Soal Asyraf simpati. Kesian pula dia melihat wajah pucat Eleena itu.

Eleena masih seperti tadi. Berdiamkan diri. Namun kakinya tetap melangkah.

Asyraf mengeluh kecil.

"Kau takut lagi eh?" Soal Asyraf lembut.

Eleena sekadar mengangguk membuatkan Asyraf tersenyum.

Tak sangka dia. Punyalah beria Eleena nak tengok cerita hantu tu. Siap cabar lagi. Kalau tak tengok penakutlah apalah. Last-last dia rupanya yang penakut.

"Aku belanja ais krim jom." ajak Asyraf lalu menarik lengan Eleena.

Eleena sekadar mengikut. Sebenarnya dia masih teroma lagi dengan cerita tersebut.

Tak sangka pula cerita tu seram nak mati. Kalau dia tahu. Awal-awal lagi dia tak berlagak nak tengok cerita tu.

Yang paling memalukannya. Time hantu tu keluar dengan selamba badaknya terus sahaja tubuh Asyraf di peluknya.

Malunya bukan kepalang lagi!

"Kau nak perisa apa?" Soal Asyraf menyentak lamunan Eleena.

"Coklat." Balas Eleena sepatah.

Asyraf mengangguk dan meminta dua kon ais krim coklat.

"Nah." Asyraf menghulurkan satu kon ais krim kepada Eleena.

Eleena menyambutnya.

"Thank you." Ucap Eleena persis anak kecil.

Asyraf sekadar tersenyum. Kadang kala Eleena memang seperti kanak-kanak kecil. Comel.

Eleena menjilat ais krim tersebut penuh kegairahan. Segala ketakutan tadi di lupakan sekejap.

"Comotlah." tegur Asyraf lalu mengelap pipi Eleena yang terkena ais krim itu menggunakan ibu jarinya dan di jilat ibu jari tersebut.

Eleena da terkaku. Matanya tak lepas memandang Asyraf. Mulutnya bagaikan terkunci.

Asyraf pula sekadar beriak tenang. Macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Asyraf mengerling ke arah Eleena yang masih terkaku. Nak gelak pun ada bila melihat wajah keblurran Eleena itu.

"Makanlah. Nak cair da ais krim tu." Tegur Asyraf membuatkan Eleena cepat-cepat menjilat ais krim yang da mula cair itu.

"Awak tahu tak apa beza awak dengan ais krim?" Soal Eleena sambil menjilat ais krim tersebut.

Asyraf sudah buat muka menyampah. Nak sahaja dia menyindir. Namun bila kenangkan kesiannya kepada Eleena sebab cerita kat wayang tadi. Di batalkan niatnya terus.

"Tak." Balas Asyraf.

"Awak dengan ais krim tiada beza pun. Dua-dua mencairkan! Cuma bezanya. Ais krim cair dengan matahari. Tapi awak buatkan saya cair. Seolah-olah awak ni matahari dan saya ni ais krim." Terang Eleena panjang lebar.

"Tapi kau kena tahu satu benda." Kata Asyraf membuatkan Eleena berpaling memandangnya.

"Apa dia?" Soal Eleena ingin tahu.

"Kalau tak nak ais krim cair, Penawarnya ialah peti ais. So matahari atau peti ais. Mana yang kau akan pilih?" Soal Asyraf membuatkan Eleena terdiam sejenak.

"Of courselah matahari!" Jawab Eleena tanpa rasa ragu-ragu.

"Walaupun ia akan buatkan kau terluka nanti?" Soal Asyraf membuatkan Eleena terdiam.

Dia sungguh tak faham dengan Asyraf. Apa yang sebenarnya lelaki ini cuba sampaikan? Kata-katanya tadi penuh maksud tersirat.

"Lepas ni nak pergi mana?" Soal Asyraf menyentakkan lamunan Eleena.

"Err..Bowling?" Cadang Eleena membuatkan Asyraf mengangguk.

"Reti main ke?" Soal Asyraf sinis.

"Mestilah!" Jawab Eleena bangga.

"Tak nak nanti jadi macam kat wayang tadi." Kata Asyraf lalu tergelak.

Eleena pula sudah berpeluk tubuh. Lelaki itu memang suka mengenakannya!
__________________________________

Pftt i know makin merepek. Alaa baca jelah😂

Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now