MPL 18

4.9K 309 6
                                    

Asyraf membuka kasut kerja dan meletakkannya di rak sebelum melangkah masuk ke dalam rumahnya.

Tali leher yang masih kemas terletak di lehernya di longgarkan sedikit akibat panas.

Asyraf yang nampak kelibat Mamanya iaitu Datin Haminah yang sedang duduk di sofa hanya mengendahkannya. Kakinya laju ingin naik ke biliknya.

Dia tak nak bertembung dengan mamanya buat masa sekarang. Bukan apa. Dia malas betul bila mamanya asik kaitkan isu kahwin.

"Raf, duduk sini sekejap. Mama ada benda nak bincang." Arah Datin Haminah sambil matanya ralit menonton televisyen. Sedikit pun tidak di kerling ke arah Asyraf.

Asyraf mengeluh kecil. Dia pasti mamanya mesti ingin berbincang hal itu lagi.

Namun nak tak nak kakinya melangkah jua ke arah Datin Haminah. Dia sekadar mengambil tempat di sofa sebelah Datin Haminah.

"Macam mana?" Sol Datin Haminah.

"Macam mana apa?" Soal Asyraf buat-buat tak tahu.

"Jangan pura-puralah Raf." Kata Datin Haminah tanpa memandang wajah Asyraf.

Asyraf menghela nafas panjang.

"Raf perlukan masa Mama. Raf tengah busy sekarang ni." Dalih Asyraf.

"Busy, Busy, Busy. Asik alasan yang sama Mama dengar. Kalau asik busy je sampai ke sudah tak ada menantu macam ni." rungut Datin Haminah. Wajahnya sedikit muram.

Asyraf menggosok belakang tengkuknya. Dia sedikit sebersalah. Dia tak nak Mamanya terasa hati ataupun apa.

"Mama da bincang dengan Papa. Kami bagi tempoh hujung bulan ini. No excuse, tak ada calon. Mama dan Papa boleh carikan nanti." Kata Datin Haminah dengan riak wajah yang tenang.

Namun tidak Asyraf. Berubah terus wajahnya. Hujung bulan ni? Asyraf menelan air liurnya berkali-kali.

Mana mungkin dia dapat cari calon secepat itu? Bagilah bertahun pun belum tentu dia akan dapat cari teman hidupnya.

Asyraf menghela nafas panjang. "Ma--" Belum sempat Asyraf menghabiskan kata-katanya.

"No excuse Tengku Asyraf." Ujar Datin Haminah tenang. Matanya masih fokus dengan televisyen.

Bukan niatnya hendak memaksa Asyraf. Tapi Asyraf merupakan anak tunggalnya. Malah tentu dia ingin yang terbaik buat anaknya.

Dia tak nak anaknya itu asik terikat dengan kerja sahaja. Macam tak ada 'life' da.

"Kalau itu yang buat Mama senang hati dan gembira. Asyraf sanggup." Ujar Asyraf tenang. Namun dalam hati tiada siapa yang tahu.

"Raf. Mama buat ni semua untuk Raf juga. Mama harap Raf faham." Ujar Datin Haminah tenang sambil memandang wajah anaknya itu.

"I always understand you." Kata Asyraf sambil tersenyum tawar.

"Mama tahu Asyraf anak yang baik." Puji Datin Haminah.

"Raf naik dululah. Letih." Ujar Asyraf meminta diri.

Datin Haminah hanya tersenyum dan mengangguk.

Asyraf berlalu masuk ke dalam biliknya. Pintu di kunci.

Beg kerjanya terus di baling entah kemana sebelum Badannya di hempas ke atas katil.

Kalau ikutkan hatinya hendak sahaja di menjerit sekuat hati. Namun dia tak boleh berbuat demikian.

Asyraf menyerabaikan rambutnya. Dia betul-betul kust dengan apa yang berlaku.

Cari calon sebelum hujung bulan ni? Berapa minggu je dia ada? Paling lambat mungkin dalam 3 minggu lebih. 1 minggu 7 hari. Kalau 3 minggu lebih mungkin dalam 25 hari macam tu.

Dalam masa secepat tu. Dapat ke dia cari calon? Kalau gagal cari calon. Mamanya pula akan cari. Entah siapa-siapa perempuan agaknya Mamanya akan cari.

"Stress!" Kata Asyraf lalu membenamkan wajahnya ke bantal.

Tangannya menumbuk-numbuk tilam tersebut.

___________________________________

Nah hadiah 'Chapter 18' sebelum tidur. 😹 Da habis baca boleh masuk bilik tidur esok nak sekolah. 😹

Kbyeee..Homework berlambak!😭😹





Mrs Pickup LineWhere stories live. Discover now