Bab 26: Orang Tua Puaka

Start from the beginning
                                    

"Tetapi dia tetap manusia kan Ikmal? Aku yakin kalau kau di tempat Emmy, Emmy yang paling bersemangat nak selamatkan kau!" kata Kamarul.

"Kenapa kau yakin macam tu?" Ikmal tidak puas hati.

"Sebab Emmy tak akan berada kat dalam sana kalau dia tak buat pertukaran diri dia dengan nyawa Izzat! Walau perkenalan dengan aku dalam tempoh sebulan, Emmy sanggup lakukan apa sahaja untuk sahabatnya!"

"Tapi aku bukan sahabat dia!" Ikmal tidak mahu kalah.

"Tapi kau sahabat kita orang sekarang. Itu bermakna kau juga bakal jadi sahabat dia!" sambung Kamarul membuatkan Ikmal terdiam.

"Dah sampai," ucap Najirah sambil menghentikan kayuhannya. Rumah kayu dua tingkat yang kelihatan usang di tengah-tengah lapangan yang diapit oleh hutan tebal itu menyambut pandangan mata mereka. Sunyi sahaja keadaannya pada petang yang sedang perlahan dihambat oleh senja yang sedang memberi ruang untuk malam pula beraksi memeluk alam.

"Ini ke rumah tok bomoh yang power gila tu?" soal Ikmal sambil meletakkan basikalnya di sebelah basikal Najirah manakala Kamarul kelihatan mengeluarkan sehelai kertas kuning, yang biasanya digunakan dalam pembuatan manuskrip lama.

"Betul ke... makhluk peliharaan Tok Anjang tu akan datang serang tuan dia semula?" soal Najirah.

"Dalam buku ni cakap macam tu..." kata Kamarul. Ada riak wajah gelisah sudah terlukis. Najirah menyedarinya, tetapi itu bukanlah petanda dia harus berpatah balik. Sudah lebih dua minggu Emmy terperangkap di dalam rumah usang itu, menjadi mangsa kepada bahana ilmu hitam yang tetap mengambil alih tempat pada zaman di mana sains dan teknologi adalah sembahan baru sang manusia.

Tanpa mengendahkan Kamarul dan Ikmal yang masih terpacak dibelakang, cuba meraih keberanian untuk memasuki perkarangan rumah Tok Anjang, Najirah sekadar melangkah dengan tekad menyelamatkan sahabat perempuan pertama dalam helaian hidupnya. Akhirnya, tidak mahu malu dengan seorang gadis seperti Najirah, mereka melangkah dengan berat hati dan takut-takut.

"Ikmal... kau boleh kan panjat kat belakang bahu Kamarul, intai-intai sikit?" soal Najirah ketika mereka sampai di bawah rumah kayu itu, tepat-tepat di bawah tingkap yang sedang terbuka luas.

"Aku... panjat belakang dia?"

"Okey, kalau susah sangat permintaan aku," gumam Najirah sambil menghampiri Kamarul.

"Tunduk, aku panjat belakang kau. Kau gendong aku sambil berdiri. Lepas tu aku cuba panjat belakang kau," arah Najirah.

"Aku tak rasa yang aku... larat..." luah Kamarul jujur.

"Izzat mampu," balas Najirah.

"Dia lain Jierah. Aku ni kurus keding. Badan dia boleh tahan tegap. Dia tinggi pulak. Budak sukan. Aku takut kau jatuh jer," tutur Kamarul membuatkan Najirah menggeleng. Budak lelaki yang bersama dengannya hari ini lebih pengecut daripada hari-hari biasa mereka. Terus mata Najirah mencari tangga kayu yang membawa terus ke atas rumah.

"Kau nak ke mana tu?" soal Kamarul melihat Najirah melangkah cekal meningalkannya.

"Nak naik rumah. Tapi tak apa, aku boleh tunggu kau orang dua kat atas. Yalah bukan budak sukan kan Kamarul?" Seperti baru sahaja ditampar oleh Najirah, wajah Kamarul merona merah. Dia terus berlari menghampiri Najirah sebelum bersama dengan gadis itu memanjat tangga meninggalkan Ikmal yang tercegat di bawah.

"Bahaya kalau kau naik seorang..." tutur Kamarul.

"Kita kena cepat! Emmy kat dalam tu!" Najirah berkeras membuatkan Kamarul pula yang menggeleng. Terus tapak tangan Najirah menolak pintu kayu. Tak berkunci sekaligus mendedahkan isi rumah.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now