"Dah, Darius baru bakar sikit tadi." jawabku seraya bergerak untuk mengambil ayam yang telah diperap untik dibakar. Eh, ada kepak ayam lagi satu. Senyumanku makin melebar.

"Takpe biar aku buat." Adrian mengambil penyepit yang berada di tanganku. Eh alah alah, janganlah buat aku macam ni. Luka pada hati aku masih belum sembuh ni!

Sebelum aku buat reaksi pelik-pelik nanti baik aku bla ke khemah dulu.

Botol air mineral diambil daripada beg lalu berjalan untuk kembali ke sana. Tetapi telinga aku yang sensitif akan bunyi ini dapat menangkap sesuatu.

Aku menoleh memandang ke arah khemah lelaki. Aku tahu ada sesuatu di belakang khemah tu sebab dari sini sudah nampak bayang-bayangnya.

Chill lah, ini Arfah!

Dengan beraninya aku berjalan mendekati khemah dan mengintai apa yang ada disebaliknya.

"Darius?" kataku perlahan. Mataku seperti tidak dapat mempercayai apa yang aku sedang lihat. Dia, baru lepas menangis ke? Pelik. Takkan dia menangis sebab aku curi kepak ayam dia? Mustahil. Sensitifnya dia.

Tapi apa masalahnya? Lelaki pun boleh menangis apa. Diorang pun ada perasaan. Positiflah, mungkin dia sedang kesat peluh dekat muka.

Ah, inilah Arfah. Mudah kesian pada orang. Jangan Arfah, jangan pedulikan dia.

Sebelum dia perasan yang aku tengah mengintai dia, baik aku pergi. Dengan selamba aku berjalan ke meja untuk mencari sesuatu.

Ouh, masih ada. Okey ini betul-betul kepak ayam yang terakhir. Aku ada dua pilihan. Makan, atau..

"Nah." ujarku sambil menghulurkan kepak ayam yang sudah dicucuk pada garpu kepada Darius.

Dia memandangku pelik. Dahinya berkerut. Aku hanya membuat muka kosong.

"Ambillah ni, lenguh dah tangan aku." ujarku sambil menguap. Mengantuk pula.

Darius mengambil garpu daripada tanganku. Hekeleh, tak cakap terima kasih pun.

Aku bercangkung disebelahnya.

"Kau.. apahal?" soalku. Eh! Dah macam orang nak cari pasal pula. Laju aku menepuk dahi.

Darius memandang aku.

"Apahal apa?" soalnya musykil.

Kau menangis ke tadi? Tidak tidak, jangan nampak caring sangat. Cari lain!

"Mata kau sembab do. Kau tidur ke tadi?" soalku. Dah macam orang bodoh bertanya.

Dia memandangku menyampah lalu memalingkan semula wajahnya daripada aku. Kepak ayam yang aku beri tadi dia gigit.

Kepak ayamku..

Keadaan janggal seketika. Dah kenapa aku duduk dekat sini dengan dia? Selamba pulak tu aku pergu duduk sebelah dia.

"Arfah,"

Laju saja aku menoleh memandang dia.

"Apa dia?" soalku.

"Ada nyamuk dekat dahi kau." jawab Darius. Membulat mata aku. Automatik tangan laju mahu memukul dahi sendiri.

"Kejap woi, bukan situ! Dekat kanan kau.. tengah-tengah." kata Darius. Perlahan-lahan aku memukul dahi. Kang kuat-kuat aku juga yang sakit.

Aku melihat tapak tanganku. Peh! Dah lama ke dia hinggap dekat situ? Bukan main banyak darah. Kalau ada satu, mesti dia bawak puak dia yang lain.

Cepat-cepat aku menggosok lengan yang sudah gatal. Wah, sudah banyak rupanya yang gigit aku.

[C] Hate Or LoveWhere stories live. Discover now