Bab 25: Perempuan Jalang Vs Nafsu Binatang

Start from the beginning
                                    

Mungkin dari situlah dia meraih keberanian yang luar biasa, mempertaruhkan dara dan kehormatannya untuk seorang lelaki yang dia memang tahu mempunyai nafsu mengalahkan binatang. Namun untuk menundukkan nafsu itu, dia harus berlaku menjadi perempuan jalang. Tepat jam 2.30 petang, di SMK Adrujha, pintu yang tertulis Cikgu Aliff Hakimy, Ketua Disipilin SMK Adrujha itu diketuknya. Semoga watak perempuan jalang berjaya meresap ke dalam dirinya!

"Kamu... awal 10 minit lebih awal..." tutur Cikgu Aliff ketika dia membuka pintu. Namun, belum sempat Cikgu Aliff mahu mengintai kiri dan kanan, memastikan tiada siapa melihat kemunculan Adilla, terus gadis itu menolak tubuh Cikgu Aliff ke dalam sekaligus menghempaskan pintu dibelakangnya. Serentak itu juga, Izzat muncul bersama dengan Megat Azizan dari balik tangga. Memang kedudukan bilik Cikgu Aliff adalah terletak bersebelahan dengan tangga.

"Wow... ganas betul dia tu!" puji Megat Azizan serentak.

"Pasang telinga. Kalau kita dengar si Adilla tu menjerit jer... kita terus serbu masuk. Okey?"

Sementara itu, di dalam bilik disipilin, kelihatan hanya Cikgu Aliff seorang sahaja guru yang ada. Keadaan bilik itu agak bersepah. Terdapat longgokkan tisu basah di atas meja manakala anak mata Adilla dapat menangkap beberapa keping majalah lucah sedang tersembunyi di dalam sebuah kotak. Rokok yang tinggal puntung sedang tercacak dalam beberapa bekas kaca yang berbentuk hexagon. Tetapi semua itu tidak lebih menggerunkan daripada bau air mani yang agak kuat, yang seperti menyelubungi bilik itu.

"Cikgu... saya nak jujur dengan cikgu..." luah Adilla, dalam nada suara berbisik.

"Luah apa... sayang?" Entah mengapa, meski panggilan sayang itu sepatutnya kedengaran menjijikkan, namun bulu romanya meremang, seolah-olah lelaki yang menuturkan perkataan itu ialah lelaki yang paling dia sayang di dunia. Seolah-olah seperti dia sudah menunggu ucapan itu diungkapkan kepadanya selama 17 tahun dia hidup bergelar sebagai seorang manusia, dan semestinya seorang wanita.

"Boleh... saya bukakkan baju ni?" soal satu suara yang berubah terus, sekaligus mematikan lamunan dan angan-angan yang tiba-tiba menerjah deria rasanya. Tiba-tiba sahaja, Cikgu Aliff yang sepatutnya sedang duduk di atas sebuah kerusi empuk berhadapan dengan sebuah komputer tadi telah berubah. Izzat sedang duduk dengan baju kemeja sekolah yang hanya tinggal tiga buah butang sahaja yang belum ditanggalkan. Sungguh, hilang sudah Cikgu Aliff yang tadi sepatutnya berkemeja hitam berserta tali leher merah. Terselindung dibalik baju kemeja itu, tubuh badan yang agak menggiurkan. Otot perut yang kelihatan beberapa garisan, lengan yang berbentuk, dan tentunya senyuman yang amat jarang terukir pada wajah tenang itu, tetapi untuk hari itu, sepertinya senyuman terukir entah pada wajah yang menyerupai Izzat itu, memang benar-benar untuk Adilla.

"Boleh... saya... buka baju ni?" pinta Izzat.

Entah kenapa, untuk seketika, mungkin rasional dan iman yang tiba-tiba melayang dari benaknya, Adilla mengangguk membuatkan jelmaan Izzat dihadapannya itu terus menanggalkan seluruh baju kemejanya. Degupan jantung Adilla terus menggila melihatkan Izzat sedang duduk sambil mendepakan tangannya, seolah-olah menanti Adilla untuk terus kembali ke dakapannya.

"Jom..." panggil Izzat.

Untuk seketika, Adilla sedang dipandu oleh rasa membuak-buak untuk tenggelam dalam dakapan lelaki itu. Namun, entah bagaimana, seperti rakaman suara yang betul-betul diletakkan di telinganya, pesanan daripada Kamarul tadi terus menyelinap masuk ke dalam deria pertimbangannya.

"Sebutkan nama perempuan yang jadi mangsa untuk ilmu hitam terkutuk ni. Saka, jin atau makhluk peliharaan yang dihantar oleh Tok Anjang akan kembali ke Tok Anjang dan menyerangnya semula! Tapi tuturkan benda tu sambil kau pandang tepat ke dalam mata dia!"

Terus Adilla memanjat kedua-dua peha jelmaan Izzat dan terus melabuhkan punggungnya di atas peha tersebut. Selepas itu, dia memegang kedua-dua pipi jelmaan itu, sambil dia sedang berpura-pura untuk melayang kucupan pada bibir itu. Ketika Adilla sedang membawa wajahnya mendekati wajah jelmaan Izzat, bibir Adilla mula terkumat-kamit menuturkan nama yang diberikan oleh Ikmal.

"Emmy Natashia binti Akmal, Farhana binti Adam, Louisa Chong..."

"Apa ni... siapa nama-nama tu..." Jelmaan Izzat mula menyedari sesuatu. Namun, ketika jelmaan Izzat cuba untuk menjauhkan wajahnya daripada Adilla, gadis itu terus cekal menyebut nama-nama mangsa yang dijadikan resepi ilmu penunduk yang sangat dasyat milik

"Nurul Dayana binti Azim, Nur Azrinna binti Jamahari, Ummu Kalsom binti Nazmi, dan Shafikah binti Suhaimi..." Adilla terus menoktah nama-nama itu. Serentak itu juga, tubuhnya ditolak sehingga jatuh terjelopok di atas lantai. Yang sedang duduk di atas kerusi tadi bukan lagi Izzat, sebaliknya Cikgu Aliff yang sedang menggelupar seperti terkena sawan. Serentak itu juga, pintu bilik disipilin itu terbuka dengan sangat luas dan kuat, sehingga membuatkan tercampak dari tempat asalnya. Ketika itu juga, kedengaran bunyi seperti raksasa yang sedang berlari deras di koridor tingkat tiga itu bersama dengan kesan angin yang sangat kuat meninggalkan bilik disipilin itu.

Izzat dan Megat Azizan terus menyerbu masuk ke dalam bilik tersebut, membantu Adilla untuk berdiri sementara Cikgu Aliff sedang terseksa di atas kerusi komputernya, dengan darah yang sedang membuak-buak keluar dari telinga, hidung, dan matanya. Entah dari mana, kudis-kudis buta mula kelihatan di serata kulit putih lelaki itu sebelum tiba-tiba, dia menjerit sekuat hatinya.

"Sakitlahhhhhhhh... janganlah buat aku macam ni... Ya ALLAH!" Selepas itu, terus Cikgu Aliff terus menggelupur sehingga terjatuh ke atas lantai. Sampailah beberapa ketika, ketika tubuh itu berhenti menggelupur, hampir seluruh badannya dipenuhi oleh kudis buta yang menyebarkan bau yang sangat busuk dan nanah berwarna merah bercampur coklat.

"Dah mati?" soal Megat Azizan sambil menolak tubuh Cikgu Aliff yang sedang tertiarap dengan kasutnya itu untuk baring terlentang menghadap menghadapnya. Tiada lagi tanda pernafasan pada tubuh itu. Lidah Cikgu Aliff pula terjulur panjang sehingga paras dadanya. Ngeri dengan pemandangan itu, Adilla terus melangkah keluar.

"Kena report cikgu sekarang..." kata Izzat kepada Megat Azizan.

"Yang lain dah pergi ke rumah Tok Anjang?" soal Izzat sambil menoleh ke Megat Azizan dibelakang.

"Nampaknya macam itulah," balas lelaki itu sambil terus merenung jijik ke arah Cikgu Aliff yang kini mungkin tidak bernyawa lagi. 

"Kalau aku, apa yang berlaku pada jantan keparat ni tak cukup sepadan!" 

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now