Pintu kelas aku jenguk. Lalu perlahan-lahan menapak masuk.

"Ok semua, tolong cabut undi." ujar Cikgu Ariana mematikan langkahku.

Hah, undi apa? Ketua kelas?

Aku duduk di tempatku. Eh mana tempat duduk aku? Baru aku perasan akan perbezaan susunan meja hari ini dan semalam. Kali ini bukan disusun dua-dua. Tapi secara berkumpulan. Satu kumpulan empat meja.

Cikgu Ariana menghulurkan kotak yang mempunyai lubang diatasnya kepada aku. Tanganku laju menyeluk. Aku mengambil kertas yang berada di tepi-tepi kotak.

Baru mahu membuka kertas itu, Cikgu Ariana menghalang. Katanya jangan buka kertas sebelum diberitahu. Dah macam peperiksaan.

"Okey semua, dah boleh buka. Nombor yang kamu dapat, itu adalah nombor meja kumpulan kamu. Don't cheat. Redha dan terima sajalah ya." kata Cikgu Ariana.

Aku membuka kertas kecil ditanganku. Tertulis nombor 4. Meja kumpulan yang berada di bahagian belakang di tepi pintu aku pandang. Bagus, dapat angin!

Kaki aku melangkah ke meja yang menghadap pintu. Kerusi ditarik lalu aku melabuhkan punggung diatasnya. "Ada lighting," kataku sambil tersengih memandang luar.

Kerusi disebelahku ditarik. Aku melihat wajahnya. Lelaki. Oh, aku kenal dia. Aku pernah rapat dengan dia semasa di sekolah rendah. Biar aku kenalkan. Nama dia, Syahmi. Dia memandangku sambil tersengih. Menampakkan barisan gigi putihnya yang tersusun.

Kacaknya dia. Patutlah Liana pun boleh jatuh hati pada dia. Dah hampir tiga tahun aku menyimpan rahsia kawanku itu. Iya, Liana suka pada Syahmi sudah tiga tahun. Cuma yang sedihnya, mereka berada di kelas yang berlainan. Liana mengambil Sains Tulen. Dan kami, di kelas Seni.

Di hadapan Syahmi, seorang pelajar Cina perempuan. Dia cantik, dan tidak terlalu pendiam seperti pelajar lain. Aku memandang orang yang duduk dihadapanku pula.

Terus aku berdiri kerana terkejut sambil memegang dada. Dan macam nampak hantu.

"I told you, Arfah. Jangan terkejut sangat." ujar Darius yang hanya memandangku sambil menongkat dagu.

Apa dosa aku Ya Allah sampai aku kena menghadap muka lelaki ni sepanjang tahun.

Sesi pembelajaran bermula. Aku terpaksa memusingkan kerusiku untuk memandang hadapan. Sakit siot kepala nak kena teleng-teleng pandang depan. Mahu senget kepala aku lepas sebulan.

Apa yang ditulis oleh Cikgu Ariana dihadapan aku salin di dalam buku nota. Aku rasa, sudah beberapa kali jugalah aku tersepak kasut orang dihadapanku ini. Tersepak ya, ada kata imbuhan untuk perkara yang tidak disengajakan. Tetapi aku lihat dia hanya menghiraukan. Fokus betul dia di dalam kelas.

Selepas tamat waktu persekolahan, aku terus duduk di pondok menunggu. Kalau sudah sepuluh minit ibu tidak sampai, baru aku balik jalan kaki.

"Aku balik dulu Arfah. Kau sure taknak aku tumpangkan?" soal Liana yang baru saja membuka kunci motor. Aku hanya mengangguk. Lagipun helmet cuma ada satu. Kang tak pasal-pasal kena tahan pula. Rumah aku pula bukannya dekat sangat dari sini. Kalau rumah Liana pula lepas traffic light, perumahannya berada di situ.

Aku hanya melihat Liana pergi bersama motorsikalnya sambil melambaikan tangan. Jam di tangan aku lihat. Sudah lebih sepuluh minit. Pasti ibu ada urusan di luar pejabat.

Dengan malasnya aku berdiri.

Aku berjalan keluar dari kawasan sekolah. Ya Allah silaunya cahaya matahari ni. Buku teks yang berada di tangan aku angkat untuk menghalang cahaya matahari daripada terkena wajahku.

Langkahku terhenti sebaik saja melihat sebuah kereta berhenti disebelahku. Aku ada dua pilihan, lari terus atau lihat siapa di dalam.

Tingkap kereta dibuka.

"Need a ride?" soal orang didalam yang duduk di kerusi pemandu. Disebelahnya ada seorang junior perempuanku.

Aku memandang kereta Audi A4 disebelahku itu. Keningku terangkat sedikit apabila aku cuba untuk memproses otakku. Maaf tapi siapa..

"Ouh! Kau Adrian kan?" aku laju berkata sebaik saja dapat meneka lelaki itu.

Adrian mengiyakan.

Baru saja aku mahu mengangguk, mataku terhenti pada seseorang di tempat duduk belakang. Sedang lena tidur. Amboi kau, nyenyak nampaknya. Baru lepas cuci tandas sekolah ke sampai penat macam tu?

"Takpe. Aku kena singgah tempat lain dulu." aku menolak tawarannya. Mulut dimuncungkan. Kalau tak disebabkan Darius yang turut ada di dalam kereta itu, sebelum Adrian offer lagi aku dah buka pintu kereta.

Aku hanya melihat kereta itu pergi sehingga lesap dari pandangan. Takda rezeki lah..

❀❩ to be continued

[C] Hate Or Loveحيث تعيش القصص. اكتشف الآن