Bab 23: Doppelgänger

Start from the beginning
                                    

"Anak ayah tak apa-apa ke?" soal Pengetua Alias. Adilla menggeleng sambil tersemyum sebelum Pengetua Alias kembali memeluk satu-satunya anak gadis itu. Sempat juga Adilla melemparkan renungan ke arah rakan-rakannya, mengangguk seperti merestui mereka untuk meninggalkannya sendirian dengan ayahnya.

***

Hari seterusnya, Kamarul yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana kurang sihat kelihatan sangat berminat dengan apa yang berlaku sewaktu ketiadaannya. Dia memaksa Megat Azizan untuk menceritakan apa yang berlaku berulang kali kepadanya. Namun, versi kisah Megat Azizan akan berubah dari semasa ke semasa, sehingga versi terakhir yang diceritakan olehnya kedengaran seperti betapa Megat Azizanlah yang berusaha untuk memberi CPR kepada Mei Chan, membantu gadis itu untuk kekal bernafas, dan ketika ambulans datang ke sekolah, dialah yang antara insan yang mengangkat tubuh Mei Chan bersama beberapa orang guru ke dalam ambulans.

"Aku kalau ikutkan hati nak jer temankan Mei Chan sampai ke haospital, tapi sebab aku kesiankan Adilla yang tengah trauma, sebab tu aku tahankan diri aku dari terus jadi hero semalam," tutur Megat Azizan sewaktu dikerumi bukan sahaja oleh Kamarul seorang, tetapi hampir separuh seluruh isi kelas.

"Si Jiji tu... kaki sembang memang nombor satu," tutur Najirah sambil berpeluk tubuh memerhati dari jauh.

"Biarlah dia. Bukan selalu dia jadi tumpuan macam tu," jelas Izzat sambil tersenyum. Sementara tempat duduk Megat Azizan kosong, Najirah menumpang untuk membincangkan apa yang berlaku.

"So macam mana kau orang punya siasatan masa rehat tadi?" soal Najirah.

"Betul macam apa yang Adilla cakap. Rumour yang si Ikmal dengar tu pun betul. Si Cikgu Aliff ada kaitan dengan apa yang berlaku pada gadis-gadis kat Adrujha," gumam Izzat.

"Maksud kau?" soal Najirah.

"Semua perempuan yang tiba-tiba menyendiri, menjauhkan diri daripada kawan-kawan diaorang memang jadi histeria bila aku sebut nama Cikgu Aliff diaorang," tutur Izzat.

"Serius?" soal Najirah tidak percaya.

"Contohnya macam si Ain. Dia siap pegang bahu aku sambil menjerit menangis-nangis masa aku jumpa dia sendirian kat belakang sekolah. Dia... dia tanya aku macam mana aku tahu pasal Cikgu Aliff. Belum sempat aku nak jelaskan, dia terus larikan diri daripada aku dengan Jiji," jelas Izzat sambil merenung ke arah seorang gadis bernama Ain yang sedang menconteng meja kayunya di satu sudut kelas itu.

"Kau rasa yang... Cikgu Aliff buat sesuatu ke?" soal Najirah.

"Aku rasa benda yang sama jugak dari cerita Jiji tadi," tutur satu suara yang tiba-tiba muncul dibelakang mereka.

"Kau Kamarul. Aku ingatkan Cikgu Aliff tadi..." tutur Najirah sambil mengurut dadanya.

"Nak dengar teori aku tak?" sampuk Kamarul.

"Apa yang kau dapat faham dari benda yang berlaku?" soal Izzat.

"Cikgu Aliff tu... definitely ada kaitan dengan kehilangan Emmy! Aku rasa aku dah jumpa cara untuk selamatkan Emmy!" tutur Kamarul sambil mengangguk sendirian.

"Macam mana... kau sampai pada kesimpulan ni?" soal Izzat.

"Dalam kitab alam mistik yang aku baca tu... aku ada jumpa tentang sejenis hilum penunduk paling ampuh dalam ilmu hitam orang Melayu kita," tutur Kamarul.

"Teruskan," gumam Izzat penuh minat.

"Minyak dagu keramat. Ilmu ni mampu membuatkan sesiapa sahaja akur pada arahan kau. Tak tertakluk pada wanita sahaja. Kau tak perlu calit minyak itu pada orang lain. Orang hanya perlu bau minyak yang kau calitkan pada badan kau jer. Secara tak langsung, kau dah menguasai orang tu," jelas Kamarul.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now