BAB 2

64 2 1
                                    

    Hari Sabtu sepatutnya hari yang paling indah. Sekarang ni sepatutnya aku masih membuta lepas breakfast. Tapi kelas tingkatan 5 ada gotong-royong harini, membersihkan kawasan sekolah.

"Iera, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Hah? Bila masa pulak Anita bercakap dengan aku ni? Pasang kasut pun nak bercerita ke? Joyah betul dia ni.

       "Eh, kau cakap apa tadi?  Sorry, aku tengah asyik sangat pasang kasut ni. hehehe" "Hish kau ni,  aku cakap yang Jamie tu takde girlfriend lagi. Kau ni, siang siang pun mimpi lagi. Apalah nasib aku dapat kawan yang suka sangat dunia khayalan dia tu." mengeluh Anita sambil menepuk tangan ke dahinya. Eleh, nak berdrama ler tu.

"Hah? Takde girlfriend lagi? Kau biar betul. Mana kau dapat berita ni? Siapa bagitahu kau? Alah, kau tahukan mimpi aku lebih indah dari realiti. Hehehe."

     "Banyaklah kau mimpi lebih indah dari realiti, kalau kerja rumah pun kau tak buat," amboi perli aku nampak. Sabar yer Iera, nasib badan kalau memang dah salah kau pun.

"Aku dengar Ida cakaplah. Tapi kau kena cepat bagitahu yang kau suka kan Jamie tau, sebab Ida nak potong line kau." Nilah kawan,  saling mengingati. Kalau tak pasal kerja rumah, pasal Jamie. Alhamdulillah, syukur jugak dapat kawan yang memahami. Hehehe.

        "Hah? Kau fikir senang ke nak bagitahu aku suka dia. Kau ingat macam cecah roti oreo dalam susu ke? Kalau aku bagitahu dia aku suka dia, ok lagi. Tapi kalau dia terang-terangan reject aku, mampus frust menonggeng kau tahu!" Gila betul cadangan Anita ni, adakah dia nak suruh aku bagitahu aku suka Jamie. Nak tengok muka Jamie pun muka aku dah blushing macam nak meletup, inikan pulak nak bagitahu yang aku suka dia.

"Suka hati kau lah, kang melepas padan muka kau. Jum lah. Dah lambat ni." Ajak Anita. Hmmm. Betul jugak apa yang Anita cakap. Tapi, tunggulah masa yang sesuai. Tunggu masa untuk aku bersedia, kot kot masa aku bagitahu dia, dia reject aku. Menangis tak berlagu aku nanti.

                          ••••••••••••

   "Ada jugak minah ni kat sini." Ida beri aku jelingan yang maut, tak maut pun,  mata macam nak terpusing ke belakang kepala. Kang mata kau jadi juling baru kau tahu. Minah dia panggil aku, setahu aku nama aku Iera, sesuka hati jer nak tukar nama mak bapak aku bagi.

        "Kau ni dah kenapa, suka hati kau jer nak tukar nama aku. Oi Ida, bukan aku sorang jer kat sini, semua orang okay, semua tingkatan 5 kat sini. Tak payah lah buat ayat macam kau jer yang ada kat dunia ni," hehehe,  power tak ayat aku, saja jer bagi dia panas sikit. Ida and the geng nya ni memang macam ni, perasan lawa. Lawa memanglah lawa, tapi mulut dia orang ni tak lawa langsung! Muka cantik, tapi hati busuk.

        Dia jeling aku lagi. Amboi, geram betul aku tengok dia ni. Kau ingat kau lawa sangat sampai kau boleh jeling-jeling orang sampai nak terpusing biji mata kau tu. Orang lawa memang macam ni ke? Tapi aku lagi lawa, tak juga sombong macam si Ida ni.

    "Eh, Jamie lah Ida." Geng kaki gosip Ida, Ecah, bagi signal yang kekasih pujaan aku ada di hadapan barisan. "A'ah yelah, aduh hensemnya dia. Tepi sikit aku nak berdiri kat sebelah dia." Selamba dia tolak aku, kurang ajar betul! Haish, gedik betul si Ida ni. Jalan pun macam itik. Ramai pelajar lelaki yang  suka kau, tapi si Jamie aku jugak yang kau nak. Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh mengalah. Dengan selamba jer aku pulak yang langgar bahu Ida.
   
       "Hi Jamie, good morning!" sengaja aku beri senyuman manis. Hahaha. Meruap wajah Ida tengok aku bersebelahan dengan Jamie. "Good morning Iera." Wah, manisnya senyuman kekasih ku ini. Eh, belum lagi jadi kekasih tau.

       "Oi Iera gangster, kau potong line aku yer, bukan kelas kau dekat sebelah tu ke barisannya." berdesing telinga aku, bila pulak aku ni gangster. Panas jugak hati ni, tapi panas lagi bila aku toleh kat belakang. Apa pulak mamat perasan bagus ni kat sini. Eh lupa,  dia kan bestfriend Jamie. Memanglah dia marah aku potong barisan dia, sebab barisan sini pun bukan barisan kelas aku.

   "Apa tadi Ariffin? Iera gangster? Hahaha, muka cantik tapi gangster. Cantik? Eh, takde lah cantik mana pun." Galak betul si Ida ni sindir aku, siap dengan flip hair lagi. Lucu ker? Aku tak rasa lucu pun ayat si mamat perasan bagus tu.

"Eh korang ni, tak baik macam tu. Iera, Iera dah breakfast ke pagi ni?" hah, aku nampak Ida melopong Jamie backup aku, siap tanya aku dah breakfast ke tidak. Padan muka kau Ida, hahahaha.

      "Iera, hah sini pun kau, aku panggil kau, kau tak dengar. Laju betul kau lari yer." Alah, masa ni pulak lah Anita ni nak muncul. "Eh Jamie. Hmmm. Patutlah Iera lari laj..." Terus aku tutup mulut Anita dengan tangan aku. Jangan kau nak malukan aku kat sini Anita. "Eh Jamie, saya salah barisan ni. Saya pergi dulu. Jum Anita!" terus aku tarik tangan Anita. Dah lah munculkan diri tanpa diundang.

"Tak faham betul aku dengan perempuan ni, pening pening." Jamie ketawa mendengar kata-kata Ariffin. Ya, perempuan memang sukar diduga.

"Eh, Ida, awak pun salah barisankan?" "Hah saya? Eh mana ada,  kelas saya kat sini lah." "Ida, ni kelas 5 Anggun, kelas kau 5 Cempaka kan?" "Hish kau ni Ariffin!" terkantoi dengan Ariffin, Anita berlalu dengan menghentakkan kakinya. "Pening-pening" geleng Ariffin.

••••••

       Seusai menyapu daun kering, aku mengelap peluh di dahi lalu duduk di tepi pokok. "Amboi amboi, macam kerja kuat kau yer." Sindir Anita.

       "Eh kau ni, mesti lah kerja kuat, kau tengok muka aku ni, berpeluh tau!" "Eleh, kalau setakat 5 min jer tu bukan peluh kerja kuat, tu peluh malas!" Aku terus mencubit paha si Anita. Suka-suka jer cakap peluh malas. At least, aku tolong tau bersihkan taman sains ni dari daun-daun kering.

        "Eiii, sakitlah!" Anita menepis tangan aku. Padan muka, siapa suruh cakap peluh malas tadi. "Hahahahaha, tahu pun sakit." Anita mencebik lalu mengusap pahanya yang sakit dicubit oleh ku. "Anita, kalau kita dah habis belajar nanti, jangan putus kawan tau. Aku tahu, masa dekat U nanti, mesti kau banyak kawan. Mana tahu kau terus lupa kawan kau yang satu ni." Aku menguis kaki ku di rumput. Terasa sayu hati aku meluah dengan Anita.

       Anita menepuk belakang bahuku. "Kau ni, mana boleh aku lupakan kawan dunia akhirat aku ni. Kau jer satu-satunya kawan aku masa sekolah rendah lagi. Jangan lah cakap macam tu, sedih tau." Dia terus memeluk ku erat. Aku membalas pelukan Anita. Sayu pulak dah. Tadi bukan main sindir menyindir. Bab sedih macam ni lah yang tak boleh ni. Mata ni, nak turun hujan dah.

      "You're my bestfriend forever and ever." Anita tersenyum memandang ku.

      "Amboi, banyak lagi nak di bersihkan, yang korang berdua ni masih berehat kat sini kenapa?" Alamak, Abdul si pengawas entah mana datang tiba-tiba muncul menyergah kami berdua. "Kus semangat, rilek lah brader. Baru rehat 10 min ni." "Yelah tu, nanti rehat sampai habis gotong-royong kan?" Eleh, perli pulak. Aku bingkas bangun sambil menarik tangan Anita.

"Hah, nak pergi mana tu?" tanya Abdul. "Gotong-royong nak bersihkan longkang lah. Kang di cop kaki pemalas pulak duduk kat sini." Abdul menggaru kepalanya dan tersengih malu selepas aku menjawab begitu.

Pelangi MimpiWhere stories live. Discover now