"Kau boleh bagi aku kebenaran untuk panjat bahu kau tak?" soal Najirah ketika mereka menghampiri rumah usang.

"Panjat apa?" soal Izzat.

"Angkat aku macam kau buat piggyback untuk mana-mana awek kau. Lepas tu, kau angkat tinggi sikit kat bahu kau. Buat kat bawah tingkap bilik dia, senang aku intai!"

"Kau serius... tak kisah?"

"Darurat," jawab Najirah pendek.

"Baik," balas Izzat.

Dia terus tunduk dibawah tingkap yang dimaksudkan oleh Najirah. Dengan penuh hati-hati, Najirah memanjat bahu Izzat lalu meletakkan kedua-dua kakinya di bahu kiri dan kanan Izzat. Izzat terus bangkit sambil Najirah memegang erat lengan Izzat. Mujurlah ketinggian Izzat dan dia yang digabungkan cukup untuk Najirah membuka salah satu tingkap rumah usang itu.

"Tak berkunci," gumam Najirah.

"Apa yang kau nampak?" soal Izzat.

"Bilik ni bau... macam mayat..." gumam Najirah. Dia sedang melihat keadaan sebuah bilik kosong tanpa sebarang perabot dengan pintunya tertutup rapat.

"Bau mayat?"

"Bau aku ke?" Satu lembaga menyerupai Tok Anjang dengan lidah terjelir merempuh pintu bilik itu sepantas kilat lalu muncul dihadapan Najirah sambil lidahnya terus menjilat sebahagian wajah gadis itu. Apa lagi, Najirah terjerit kecil dan hampir sahaja hilang keseimbangannya sebelum menutup pintu rumah tersebut.

"Kau nampak apa?" soal Izzat ketika dia menurunkan Najirah yang tercungap-cungap ketakutan.

"Belaan orang tua tu," balas Najirah dengan wajah yang kepucatan ketakutan.

"Kau okey?" soal Izzat namun Najirah menggeleng.

"Emmy?" Najirah menggeleng lagi.

"Kita cuba bilik lain pula," kata Izzat lagi.

"Sekarang?" tanya Najirah.

"Kau takut?" Izzat membalas soalan dengan soalan.

"Benda tu..." Najirah mahu menuturkan sesuatu.

"Kalau macam tu...

"Aku cuba!" pintas Najirah.

Izzat terus melangkah berpusing disekitar rumah itu. Kali ini, Najirah betul-betul tidak berpisah dengannya. Seboleh-bolehnya gadis itu mahu merapat dengan Izzat sebelum Izzat berhenti pula di satu sudut rumah kayu tersebut.

"Aku rasa sini ruang tamu dia. Naik cepat kat belakang aku," arah Izzat.

Dengan berat hati, Najirah memanjat belakang Izzat sebelum meletakkan kedua-dua kakinya di atas bahu Izzat, membiarkannya terjuntai sebelum Izzat berdiri menggunakan segala kudratnya. Tingkap kayu rumah Tok Anjang ditolaknya perlahan sebelum kejutan untuk kali kedua menjelma pada pandangan matanya.

"Emmy..." gumam Najirah dengan air mata menitis jatuh. Kelihatan 6 kujur tubuh wanita sedang tergantung dari atas ke bawah tanpa sekujur pakaian pun menutup tubuh mereka. 5 wanita lain pula dalam keadaan leher yang baru sahaja selepas disembelih kecuali Emmy yang pada pengamatan Najirah, masih lagi berombak dadanya dan tidak ada kesan hirisan pisau.

"Tangkap gambar, pakai phone kau!" arah Izzat lagi. Dalam keadaan yang agak menggelabah, Najirah mengeluarkan telefom bimbitnya dari jenis IPhone 5 dan mula menangkap beberapa keping gambar. Namun, dia terlepaskan telefon bimbitnya apabila makhluk yang menyerupai Tok Anjang muncul lagi sambil menjilat kamera pada telefon bimbitnya.

"Benda tu muncul lagi?" soal Izzat ketika dia menurunkan tubuh Najirah. Terus Najirah mendapatkan telefon bimbitnya, cuba memeriksa gambar yang baru sahaja ditangkapnya. Malangnya, telefon bimbitnya rosak.

"Tadi kau ada nampak Tok Anjang?" Najirah menggeleng.

"Aku rasa kalau dia kat dalam tu, dah lama dia tangkap kita. Aku nak masuk dan selamatkan Emmy..." Izzat hilang kata-kata apabila tiba-tiba sahaja rumah usang tadi bergegar aneh. Najirah spontan menggapai lengan Izzat.

Bam! Pintu rumah kayu itu tercampak keluar. Kelihatan jelmaan belaan Tok Anjang yang lengkap berbaju Melayu dan berkain pelekat sedang merangkak persis makhluk dalam filem Ju-On, dengan lidah yang terjelir seperti seekor biawak. Matanya yang kekal berputar itu mengarah ke arah Izzat dan Najirah yang tergamam dengan apa yang berlaku.

"Lapar... aku nakkan makanan!" teriak belaan Tok Anjang.

"Lari ke arah basikal aku!" arah Izzat sebelum dia dan Najirah membuka langkah seribu. Apa lagi, belaan Tok Anjang terus mengejar seperti biawak komodo mengejar mangsanya. Sampai sahaja dibasikalnya, Izzat tiba-tiba berteriak ke arah Najirah yang tergesa-gesa mendirikan basikalnya.

"Naik belakang aku! Bersama lebih baik dari terpisah!" teriak Izzat. Najirah menoleh ke belakang dan belaan Tok Anjang sedang menghampirinya. Terus dia duduk di belakang Izzat, memegang erat bajunya sebelum Izzat mengayuh sekuat hatinya, cuba melarikan diri daripada makhluk belaan Tok Anjang.

"Alhamdulilah! Kau dah berjaya tinggalkan setan tu!" ucap Najirah dibelakangnya membuatkan Izzat mengeluh lega. Namun, mungkin terlalu awal dia rasa puas apabila di tengah-tengah jalan, dia dan Najirah tersempak dengan Pak Ngah bersama dengan kumpulan penduduk Menggunung dan beberapa anggota polis yang mungkin dalam perjalanan balik selepas operasi mencari Emmy.

"Kamu bukan kat hospital ke?" soal Pak Ngah.

"Saya boleh jelaskan..." Izzat mati kata-katanya apabila anak matanya dapat menangkap sekujur tubuh yang berbalut dek kain putih sedang diusung oleh beberapa orang penduduk Menggunung.

"Itu..."

"Ada kumpulan kaki pancing jumpa mayat Emmy dekat empangan. Kami ke sana untuk confirmkan mayat tu. Dan ya... memang Emmy," tutur Pak Ngah. Izzat dapat menangkap juga kelibat ibu Emmy yang sedang menangis teresak-esak sambil ditenangkan oleh seorang lelaki yang Izzat kenal merupakan ayah kepada Emmy.

"Tak mungkin... empangan?" soal Izzat.

Najirah terus turun dari basikal tadi, dan mendapatkan mayat yang berbalut kain putih. Kain yang menutupi wajah mayat tadi diselak dan terus berdendang tangisan gadis itu pada malam itu, teresak-esak sambil memeluk tubuh Emmy. Air mata Izzat turut tumpah tanpa dia sedar.

"Tapi tadi... kita orang nampak Emmy..."

Pak Ngah terus memeluk tubuh Izzat dan menepuk-nepuk belakangnya.

"Emmy... betul ke dia dah mati?" gumam Izzat. Dia menggigil menuturkan kata-kata itu.

"Nadi dia... pernafasan dia... kami dah periksa tadi," kata Pak Ngah sayu.

"ALLAH..." Hanya itulah perkataan yang mampu keluar dari mulut Izzat. Lalu, pada malam itu, Izzat yang pada hari-hari awal di Menggunung terkenal dengan lagak lelaki cool yang pendiam dan seperti tidak beremosi, akhirnya menangis seperti anak kecil yang kehilangan susu ibunya. 

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now