"Emmy... aku tahu sesuatu terjadi kat dia sebab dia nak selamatkan aku. Kalau tak, si Najmi tu tak akan mati macam tu. Macam tak logik langsung," tutur Izzat.

"Satu hospital ni akan tahu kalau aku bawa kau keluar dari sini. Kau dengan baju ni..."

"Kau betul anak tauke kayu balak kat Menggunung kan?" Najirah mengangguk.

"Duit dalam akaun kau berapa?" soal Izzat.

"Rahsialah. Mana boleh tahu!"

"Cukup tak untuk beli aku sweater yang macam kau pakai ni?"

Najirah mengangguk.

"Pergi ke tesco. Beli baju yang sama dengan kau. Saiz L. Lepas tu seluar jeans, saiz 30. Nanti aku gantikan balik duit tu. Okey?" arah Izzat.

"Sayang betul kau kat Emmy sampai macam ni sekali?"

"Kalau kau, atau Jiji, atau Kamarul kat tempat Emmy, kau akan tengok aku macam ni. Aku sayang kau orang semua. Sahabat aku kan?" Sungguh, jawapan yang dilontarkan oleh Izzat membuatkan Najirah tergamam.

"Sahabat..." gumam Najirah lalu tiba-tiba mengesat air mata yang yang tiba-tiba mengalir.

"Kalaulah keluarga aku macam kau Izzat. Memahami aku macam kau memahami aku," ucap Najirah tiba-tiba.

"Najirah?" panggil Izzat yang turut terkejut dengan perubahan tiba-tiba sahabatnya itu.

"Tak ada apa. Aku pergi beli sweater kau dulu. Kau tunggu aku ya, sahabat?" ucap Najirah yang kemudian terus berlari dari wad itu, meninggalkan Izzat yang terpingga-pingga. Serentak itu, Kaira memasuki wad itu sambil melihat Najirah yang semakin memecut laju.

"Kenapa akak nampak dia macam menangis? Kau hancurkan hati dia macam kau menjerit kat Jiji dengan Kamarul semalam?"

"Entah kak. Saya tak cakap apa-apa pun. Dia yang tiba-tiba menangis," gumam Izzat. Namun, gerak hati Izzat kuat mengatakan betapa apabila Izzat mengingatkan nilai persahabatan yang mereka miliki bersama, gadis itu terus membandingkan dengan betapa renggangnya hubungannya dan keluarga sekaligus menimbulkan sebak. Namun, Najirah walaupun pada permukaan kelihatan seperti seorang gadis yang ceria, tetapi ada sesuatu yang disembunyikan oleh Najirah yang tidak diketahui oleh rakan-rakannya yang lain.

"Akak nak balik mandi dulu. Okey kan Izzat duduk sorang-sorang kat sini?"

Izzat sekadar mengangguk.

Ketika Kaira berkira-kira mahu meninggalkan Izzat, terus Izzat memanggil Kaira lagi.

"Jangan lupa bawak buku Dari Alam Lain. Tak sempat baca buku akak tu lagi," tutur Izzat.

Tidak lama kemudian selepas Kaira meninggalkan Izzat seorang diri, Najirah muncul dengan beg plastik yang mengandungi baju dan seluar jeans Izzat.

"Aku beli boxer sekali untuk kau. Takut kau tak ada seluar dalam. Saiz... L okey kan?" tutur Najirah sambil menyerahkan beg plastiknya membuatkan Izzat hampir terlepas beg plastik itu, terkejut dengan apa yang dibelikan oleh Najirah untuknya.

"Kau nampak beg kecil atas meja tu?" soal Izzat.

"Nampak..."

"Gila ke aku nak tinggal 2-3 hari kat sini kalau tak bawak seluar dalam lebih," kata Izzat sambil mencabut tiub yang dipasang pada tangannya.

"Manalah aku tahu kau tak macam budak lelaki umur 17 yang lain!" Najirah mempertahankan dirinya.

"Siapa budak lelaki umur 17 tahun yang tak reti tukar seluar dalam tu?"

Najirah kembali membisu. Kali ini, wajahnya merah menyala dibawah sinaran lampu wad itu.

"Jiji?" soal Izzat.

"Pergi masuk dalam sana!" tengking Najirah mengarahkan Izzat untuk masuk. Apa lagi, meletus ketawa Izzat ketika dia berlari anak-anak masuk ke dalam bilik air manakala wajah Najirah semakin bertambah merah dibuatnya.

"Kalau aku tanya si Jiji macam mana?"

"Aku report dekat nurse dengan doktor yang kau nak lari dari hospital!" Najirah mengugut membuatkan Izzat yang sedang menyalin pakaiannya ketawa lagi. Selang beberapa minit, Izzat pun keluar lengkap memakai sweater sama warna dengan Najirah.

"Kau nampak hensem pakai sweater dengan kepala masih berbalut macam tu," puji Najirah.

"Tu percubaan nak rasuah aku ke?" Wajah Najirah semakin masam apabila diusik oleh Izzat.

"Kau tahu... kalau aku tahu kau akan perangai macam ni..."

"Jierah!" panggil Izzat membuatkan Najirah terdiam.

"Aku tahu kau tengah ada masalah dengan keluarga kau. Tapi dengar sini... aku, Jiji, Emmy dengan Kamarul. Kita semua kawan kau. Kalau ada apa-apa, kau tahu mana nak cari aku," ucap Izzat tiba-tiba.

"Korang..."

"Lepas kita jumpa Emmy. Aku nak buat satu sesi antara kita semua dengan kau. Faham?"

Air mata Najirah mengalir lagi. Sebak dengan penghargaan yang diberikan oleh Izzat.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now