Bab 6: Jirat Cina

Start from the beginning
                                    


"Siapa yang akan bawa kereta?" soal Izzat.


"Bagi aku," kata Kamarul menawarkan dirinya.


"Tak apa... aku boleh bawa. Bapak aku tak bagi orang lain kecuali aku yang bawa," kata Najirah sambil melangkah terus ke bahagian tempat duduk pemandu, membuka pintu keretanya lalu terus menghidupkan enjin kereta tersebut. Kali ini, Izzat mengambil tempat duduk kosong disebelahnya.


"Kalau aku mati, aku harap bapak aku saman pakcik kau," gerutu Najirah seorang diri sambil memandu.


"Aku buka tingkap ni boleh? Nak merokok," tutur Kamarul dari belakang. Sambil mengeluh berat, terus Najirah mematikan pendingin hawa. Apa lagi, Kamarul terus menyalakan rokoknya, namun secara tidak sengaja, rokok yang baru sahaja mahu bergayut pada hujung bibirnya jatuh menyembah tanah.


"Perlahankan kereta... perlahankan kereta!" arah Kamarul dari belakang.


"Ada perempuan nak tumpang kereta kita..." gumam Izzat sambil menundingkan jarinya ke seorang wanita dalam pakaian kebaya merah sambil membawa sebuah payung lama.


"Jalan! Jangan berhenti!" Megat Azizan memberi amaran dari belakang.


Namun, semakin kereta itu menghampiri wanita yang sedang wanita berkebaya merah yang sedang melambaikan tangannya itu, kereta Najirah menjadi semakin perlahan.


"Kau berani..." gumam Izzat yang sedang duduk disebelah Najirah.


"Celaka apa kau berhenti ni Najirah!" Megat Azizan sudah tidak keruan.


"Woi. Kereta ni yang berhenti sendiri!" teriak Najirah dengan wajah yang penuh seriau.


Tidak semena-mena, tingkap kereta itu terbuka dengan sendiri.


"Selamat malam," ucap wanita tadi.


"Cantiknya..." gumam Izzat spontan. Ya, memang wanita berkebaya merah itu tersangat cantik. Rambutnya yang lurus diikat sanggul. Matanya bulat. Sekali senyum, ada lesung pipit. Matanya pula berwarna coklat. Bibirnya pula diselimut oleh lipstick bewarna merah.


"Akak nak tumpang kereta ni boleh tak?"


Namun, belum sempat Najirah menjawab, pintu disebelah Megat Azizan terus terbuka dengan sendiri.


"Ya ALLAH," ucap Megat Azizan sambil mendekati Kamarul disebelahnya, memberikan ruang yang sangat luas untuk wanita berkebaya merah tadi untuk duduk disebelahnya.


"Terima kasih tau," ucap wanita tadi sambil menutup pintu kereta disebelahnya.


Serentak itu, dengan wajah yang sangat pucat seperti darah tidak pernah mengalir langsung ke wajahnya, Megat Azizan terkumat-kamit membaca sesuatu. Enjin kereta pula hidup dengan sendiri mengejutkan dengan Najirah di tempat duduk pemandu.

Menggunung (Completed)Where stories live. Discover now