" bagi duit kau " suara kasar Ben berbunyi.

NANI ?! (What?!)

Mata aku terbeliak besar. Terkejut terkaku dan terkesima sebentar. Sekarang tak boleh nak consider first day dekat sekolah sebab aku tak masuk pun lagi kawasan sekolah. Biar betul mamat ni ? kot ye pun bagi lah aku lepas pagar sekolah dulu cis

' Huh rupa-rupanya nasib tidak menyebelahi kau Bella. Kau kene berani ! Lawan diaorang balik ! '

ada satu semangat dalam diri aku mula berbisik.

" Aku tak ada duit ! " kata aku sedikit lantang lalu cuba meloloskan diri namun disekat kembali. Jay menarik kolar baju aku menyebabkan kedudukan aku sedikit ke depan menghadap mukanya yang marah. Jarak kami sangat dekat sampai aku boleh bau perfume dia yang bercampur dengan asap rokok.

Dasar Bad boy

" Kau tak paham bahasa ke ? Aku cakap tak ada duit tu tak adalah !" Gigi aku diketap kuat, geram dengan tiga orang lelaki yang bodoh tak faham bahasa melayu. Nak aku cakap bahasa Jepun ke apa ? setakat ike ike kimoci aku pandai la.

" Berani kau ..

Tangan besar Harris mula menggepal penumbuk dan ingin menumbuk muka aku. Aku hanya merelakan kerana semestinya aku tidak mampu untuk melawan kudrat seorang lelaki. Mana mungkin badan aku yang kecik ini boleh menumbangkan tiga orang lelaki yang besar seperti mereka. Aku memejamkan mata rapat-rapat. Paling tidak pun kemik sedikit tak pun tercabut hidung aku.

Ini pasti sakit.

" Apahal pagi-pagi dah kecoh ? " Telinga aku menangkap bunyi suara lelaki yang seperti baru sahaja bangun tidur. Garau. Mata mula mencari di mana suara itu datang. Mata aku jatuh pada seorang lelaki berambut coklat yang berpakaian baju seragam hitam dan lencana sekolah Lion Heart. Damn that face.

Handsomenya.

Aku mengerdipkan mata cuba untuk mencari focus kembali. Agak lucu bila hanya dengan satu muka aku mampu ke dunia awangan.

Mata kami mula terarah pada lelaki itu.

Dia geliat sambil menggosok matanya. Jelas muka dia kelihatan agak marah kerana tengkingan Harris sebentar tadi telah menganggu tidur lenanya.

Gila ke mamat ni tidur dekat tempat macam ni ? Dekat taman sekolah ? Bawah pokok !

Tapi dalam hati, aku berdoa yang dia orang yang baik dan akan selamatkan aku macam knight in the shining armor dalam novel yang aku selalu baca. Dia akan belasah tiga orang setan di depan aku ni dan akhirnya kami pun bercinta.

Sempat lagi aku berangan ! Aku tergelak kecil sambil tersengih.

Heh gila.

" Blah lah " lelaki berambut coklat itu berkata sambil menjuihkan bibirnya ke tepi pada Harris, Ben dan Jay

Paling terkejut apabila Jay diam dan hanya menurut. Jay lepaskan pegangan dia dari kolar baju aku. Dia tidak mengeluarkan sepatah kata dan berlalu pergi bersama-sama dengan Harris dan Ben.

Tak perlu nak bertumbuk. Satu arahan dah cukup untuk buat mereka beredar .

Siapa lelaki ni ?

Aku bertapak mendekati dia yang masih mamai. Tengok keadaan dia pun nampak tak terurus dengan necktie tidak dikemaskan. Kemeja tidak dibutang untuk tiga yang atas dan rambut coklatnya yang sangat messy.

" Te.. terima kasih " ucap aku sambil memberikan senyuman. Sangat terhutang budi dengan dia. Selalunya kalau benda ni jadi, aku kene hadap seorang diri tapi mungkin tuhan mahu memberikan aku kehidupan yang lebih baik selepas aku berpindah ke sini dan hadirkan seorang yang boleh dipanggil penyelamat ?

Dalam hati aku dah mula tumbuh taman bunga. Bahagia lain macam !

" Bagi semua duit kau pada aku "

NANI ?! (What?!)

" Apadia ? " Aku buat muka tak percaya. Mungkin salah dengar ? balik rumah kene korek telinga ni.

" Bagi semuanya " sambung dia lagi.

Takkan lah,

Takkan lah dia pun nak buli aku jugak ?

**🌙**

VOTE, COMMENT AND SHARE.

My Gangster Protector | Malay Novel | In Editing Where stories live. Discover now