TGMS 36

14.6K 698 47
                                    

Pintu rumah dibuka oleh Tengku Ariff.

Tengku Isya masuk lalu terus naik ke biliknya. Manakala Tengku Ariff hanya membiarkannya.

Tiba-tiba telefon miliknya berbunyi.

Alya

Awak teman saya makan boleh tak?

Saya bosan la makan sorang-sorang


Sorry I can't. My wife is sick now

Sebaik sahaja message itu ke telefon milik Alya, dia terus membaling telefonnya.

"Dia sakit je pun. Bukannya nak mati lagi. Arghhh" jeritnya.

Habis bantal di atas katilnya dicampak ke lantai.

Tengku Isya meletakkan telefonnya di atas meja lampu.

Comforter ditarik.

'Tak boleh ke kau pergi daripada hidup aku. Berambus. I'm sick. Arghhh'

Tidak lama selepas itu dia pun terlelap. Baginya setiap kali dia melelapkan matanya, pasti tidurnya tidak akan tenang.

Pasti ada sahaja yang difikirkan. Tidur itu baginya dia akan masuk ke dalam satu dunia yang gelap. Dan dia perlu mencari jalan keluar itu sendiri.

Tengku Ariff menyangkut tualanya di tempat penyidai.

Langkah diatur keluar dari biliknya. Tangannya memegang tombol pintu bilik Tengku Isya.

Pintu dikuak.

"Awalnya tidur" gumamnya lalu menghampiri katil.

Skip

Tengku Ariff menolak pintu pejabatnya.

"Riff kita ada meeting nanti" pesan Adif.

Tengku Ariff hanya mengangguk lalu masuk ke dalam pejabatnya.

Tiba-tiba pintu biliknya sekali lagi dibuka.

"Maaf Tengku saya lupa nak ketuk" tutur Rina.

"Tak pe masuk" kata Tengku Ariff.

Rina masuk dan diikuti oleh Bob.

"Kami ada maklumat tentang JS Corp dan kami terlepas pandang satu perkara" tutur Rina.

"What is that?" Soal Tengku Ariff.

"JS Corp ini ialah salah sebuah anak syarikat milik Fazwan Shah"

"Tapi syarikat itu diuruskan dan dikendalikan oleh orang lain" tambah Bob.

"Dah dapat tahu siapa?" Soal Tengku Ariff.

Mereka berdua serentak menggeleng.

"Tak apa. Awak berdua boleh keluar" kata Tengku Ariff.

Mereka terus berlalu meninggalkan pejabat Tengku Ariff.

'Apa lagi yang kau nak Faz?'

Meanwhile

Tengku Isya menyelak helaian demi helaian kertas yang berwarna putih itu.

"Dah mula perhatikan dia?" Soal Tengku Isya serius.

Taufiq mengangguk.

"Mel?" Soal Tengku Isya.

"Dia mungkin ada kaitan dengan JS Corp tapi saya tak tahu macam mana" balas Taufiq.

"So share yang paling banyak atas nama anak angkat dia?" Soal Tengku Isya.

"Nampaknya macam tu la. Tapi JS Corp ni anak syarikat UIM Group and the CEO is Raja Fazwan Shah" jelas Taufiq.

"Diaorang mesti ada kaitan. Anak angkat dia ni waris terakhir JS?"

Taufiq mengangguk.

"Dia dan Fazwan mesti ada connection" tutur Tengku Isya.

"Tengku Syira pun fikir macam tu"

"Jangan sampai maklumat ni sampai dekat Ariff. Termasuk Rina dan Bob" kata Tengku Isya.

"Baik Tengku. Ada apa-apa lagi?" Soal Taufiq sebelum keluar dari bilik itu.

Tengku Isya menggeleng.

"Saya minta diri dulu" pamit Taufiq.

Tengku Isya bersandar pada kerusi.

'Unexpected situation. Wah impressive. Kita tengok sejauh mana kau boleh berlari bila aku dah dapat tangkap kau'

Tiba-tiba pintu biliknya diketuk.

"Masuk" arahnya dari dalam.

"Ouh Fan" tutur Tengku Isya sebaik sahaja tetamunya membuka pintu.

Adiknya, Tengku Irfan terus meletakkan sebuah fail di atas mejanya.

"Kita ada meeting sekejap lagi" pesan adiknya.

"Got it" balas Tengku Isya.

Irfan terus meninggalkan pejebat kakaknya.

Someone POV

"Dah lama tunggu?" Soal seorang perempuan lalu duduk di hadapan seorang lelaki.

"Tak la lama sangat" balasnya.

"Kenapa awak nak jumpa saya dekat luar? Dekat rumah tak boleh ke?" Soal si perempuan.

"Tak boleh. Lambut laun diaorang akan tahu tu semua kerja kita"

"Tapi Ayahanda akan teruskan dendam dia"

"Dendam atau tak. Aku tetap takkan lepaskan kau. Ingat tu" kata si lelaki lalu meninggalkan perempuan itu keseorangan.

Fantasy Holdings

Tengku Ariff dan Adif berjalan keluar meninggalkan bilik mesyuarat.

Tiba-tiba telefon milik Tengku Ariff berbunyi.

Alya

Boleh kita pergi lunch sama-sama?

Tengku Ariff berhenti melangkah.

"Asal?" Soal Adif.

Tengku Ariff terus menyimpan telefonnya ke dalam poket seluarnya.

"Apa lagi si Alya la ajak aku lunch" tutur Tengku Ariff.

"Dia tu nak apa lagi?" Soal Adif sambil mereka melangkah masuk ke dalam lif.

"Entah la. Aku pun dah penat nak cakap dengan dia banyak kali" kata Tengku Ariff.

Ting

Sedang asyik mereka berbual, pintu lif terbuka. Mereka berdua memandang ke hadapan.

"Sya, Fan" tutur Tengku Ariff.

Kelihatan Tengku Isya dan Irfan yang berada di luar lif.

Mereka berdua terus masuk ke dalam lif.

"Buat apa dekat sini?" Soal Adif.

"Ouh ada meeting dengan management" balas Irfan.

"Oo terkejut pula tiba-tiba boleh ada dekat sini" ujar Tengku Ariff.

Tengku Isya hanya mendiamkan dirinya.

"Tak expect pun actually" balas Tengku Isya.

"Ouh yea sekarang pun dah lunch hour so why not kita pergi makan?" Ajak Adif selepas melihat jam tangannya.

"What a great idea. Sure why not" sokong Tengku Isya lalu memandang Tengku Ariff.

"Ariff?" Panggil Adif.

"Ouh yea. Sure" balasnya.

Sebaik sahaja lif itu berhenti di cafe, mereka berempat keluar dari lif.

TBC

The Greatest Marriage Secret✔Where stories live. Discover now