TGMS 31-WILL-

14.1K 668 7
                                    

12:00 tengah hari

Tepat jam 12 tengah hari, semua turun ke bawah dan yang terakhir sekali ialah Tengku Ariff dan Tengku Isya kerana menyiapkan kertas kerja.

Tengku Isya memandang Melissa.

"Perempuan ni buat apa dekat sini?" Soal Tengku Isya. Yang lain tersentak.

"Ermm kita dengar dulu ye wasiat dia Cik Muda" balas peguam.

Peguam itu mengeluarkan kotak berwarna emas lalu diletakkan di atas meja di tengah mereka.

"Maaf saya tiada kuncinya. Ketika arwah Engku menyerahkannya, hanya kotak sahaja. Dia kata kuncinya berada pada salah seorang cucunya"

Masing memandang sesama sendiri. Tengku Ariff memerhati mangga kotak itu kemudian dia memandang rantai isterinya.

'Rasanya rantai dengan kotak itu direka khas. Corak rantai Isya sama macam kotak tu'

"Isya your necklace" bisik Tengku Ariff. Tengku Isya memandang Tengku Ariff pelik.

Rantai. Kenapa dengan rantai dia?

Baru dia teringat, rantai yang dipakainya sekarang ini ialah pemberian nendanya.

Dia terus membuka rantai itu.

"I guess it with me" katanya lalu memegang rantai itu.

"May I young miss?" Tanya peguam itu.

Tengku Isya hanya mengangguk lalu menyerahkan rantai itu kepada peguam itu.

Peguam itu membuka mangga itu.

Sehelai kertas dikeluarkan.

"Saya akan bacakan sekarang"

Assalammualaikum buat anak2ku Yusriel,Azriel,Afriel,Izriel,Isma dan bongsu Isfa. Dan buat cucu-cucuku. Ketika wasiat ini dibacakan, Nenda dan Bonda sudah pergi menghadap ilahi. Surat ini telah ditulis seminggu lalu. Entah mengapa Nenda ingin menulisnya. Dan yang paling penting kunci untuk membuka kotak ini. Buat cucuku yang ketiga belas, Tengku Isya Dahlia binti Tengku Azriel terima kasih kerana menjaga kunci itu selama 20 tahun. Walaupun dalam keadaan bahaya sekalipun. Kerana kunci itu akan menemui kebahagian buat cucunda. Cucu nenda yang ketiga belas ini sangat istimewa, seperti cucu nenda yang lain. Tengku Isya hidup dalam keadaan yang bahaya. Nyawanya menjadi taruhan kerana kesilapan datuk dan nenda. Kami tidak menyangka akan menjadi sebegini sampai la kamu diakadkan dengan Tengku Ariff. Untuk Ariff jagalah Isya seperti nyawa kamu sendiri. Syira, terima kasih kerana banyak bertolak ansur dengan Isya walaupun kamu yang keempat belas. Isya,nenda harap kamu bersedia untuk apa yang bakal kamu alami nanti. Nenda tahu Isya degil, panas baran dan suka membuat keputusan sendiri. Nenda yang jaga Isya sewaktu Isya pulang ke sini. Buat cucu-cucuku yang lain, Nenda berharap agar kamu dapat melindungi Isya. Nenda berdoa agar kamu sentiasa selamat.

Tengku Isya menahan air matanya daripada jatuh. Dia melihat sepupunya yang lain sudah menangis. Sudah lama Tengku Isya tidak menjejakkan kaki ke istana mereka. Mesti banyak yang Nenda ingin luahkan.

"Dan sekarang untuk pembahagian harta"

Kepada suami tercinta dan maduku, jagalah istana ini. Satu penthouse di Vistana Vill yang saat ini dihuni oleh Melissa akan diserahkan kepada pemilik asalnya iaitu Isya dan juga Irfan

"Hah? Apa dia?" Melissa terkejut. Dia menghentak meja.

"Maaf Cik Melissa. Penthouse itu sudah lama didaftarkan atas nama Tengku Isya dan Tengku Irfan sebagai hadiah perkahwinan dua beradik itu. Si kakak akan mendapat di sebelah kanan manakala si adik di sebelah kiri. Dan selebihnya saya tidak tahu dan Tengku Isya akan membuat keputusan. Jadi sampai disini sahaja tugas saya. Kalau ada apa-apa berbincang dulu" kata peguam itu lalu keluar.

"Apa semua ni?" Jerit Melissa.

"Lissa jaga adab awak" tegur Nek Munirah. Melissa mendengus geram.

Tengku Isya pula dari tadi menahan air matanya. Nafas ditarik dalam-dalam. 

"See kau tak patut ada dekat sini. Tu penthouse yang kau bangga-banggakan sangat tu milik aku. So kau tu ada apa la sangat. Disebabkan aku ni berperikemanuasiaan, kau duduk la dekat situ" kata Tengku Isya lalu naik ke biliknya.

Melissa memandang tajam Tengku Isya.

"Maaf kerana mengganggu. Tapi Encik Taufiq ada dekat luar" ujar butler.

Syira meminta izin lalu melangkah keluar.

Di luar rumah

"Ada apa?" Soal Syira.

"Kami terpaksa ketatkan kawalan Cik Muda. Bukan lebih baik dia tinggal di hidden house?" Soal Taufiq.

Syira mengeluh.

"Saya tak rasa dia nak. Mungkin dia akan trauma. Ingat rumah tu pernah menjadi saksi penculikan 20 tahun lepas" kata Syira.

"Kalau macam tu tak apa la" tutur Taufiq.

"Pastikan you keep your eyes on Isya and Ariff.  Mark my words" tutur Syira.

"Baik" balas Taufiq.

Syira melihat skrin telefonnya.

Ya dia pengklonkan telefon Tengku Isya. Agar dia dapat mengetahui apa yang dihantar oleh orang itu terus ke telefonnya.

Jika bertanya sendiri pada Tengku Isya, belum tentu dia mahu berterus-terang.

"JS Corp. I will keep eyeing on you guys" tutur Syira perlahan.

Tanpa disedari, seseorang memerhatikannya dari beranda ruang tamu tingkat dua.

'JS?'

TBC

The Greatest Marriage Secret✔Where stories live. Discover now