TGMS 30-SAYANG-

15.6K 744 12
                                    

Ruang makan istana Harrier

Tengku Ariff masuk ke ruang makan. Ketika itu hanya ada Syira, Melissa, dia dan Nek Munirah.

"Eh abang Ariff nak makan apa biar Lissa ambilkan" cepat sahaja Melissa duduk di tempat yang sepatutnya milik Tengku Isya. Syira yang duduk di hadapan Tengku Ariff hanya memandangnya menyampah.

"Eh tak apa. I can take it by myself" balas Tengku Ariff lalu merampas pinggannya kembali.

"Tunggu apa lagi Lis. Duduk la tempat kamu" arah Nek Munirah.

Melissa mencebik. Dia akur dan duduk di tempatnya.

Datang pula ketua pembantu istana.

"Tuan Muda Ariff nak kami bawakan apa-apa untuk Cik Muda?" Soalnya.

"Tak perlu saya dah turun" pintas Tengku Isya yang berada di gerbang. MukanyA kelihatan pucat. Tengku Ariff terus berdiri lalu menarik kerusi buat Tengku Isya.

Tengku Isya duduk lalu memandang tajam Melissa.

'Kau dengan laki aku pun kau nak try ke apa. Perempuan tak sedar diri. Memang la aku tak cinta dia tapi tak bermakna aku akan lepaskan dia macan tu je. Sekarang Ariff pun dah terjebak'

"Isya, Nek tanya nak makan apa?" Soal Nek Munirah buat kali kedua. Tengku Isya tersedar dari lamunannya.

"Hah tak apa. Isya tak ada selera. Datuk mana?" Soal Tengku Isya.

"Keluar dengan anak-anak lelaki dia"

"Bik, ambilkan susu" arah Tengku Syira.

Tengku Isya memandang tajam Syira.

"What? Kau kan tak sihat minum la susu" kata Syira mahu mengenakan sepupunya.

"Kau sengajakan"

"Isya sayang, lek ah aku bukan nak bagi kau minum. Ni untuk aku, aku tahu la kau tak suka susu segar" balas Syira. Aduhai lawak la.

"Sengaja la" terus Tengku Isya menendang kaki Syira di bawah meja.

"Aduh sakit la" adu Syira. Nek Munirah tergelak manakala Melissa masih mencebik.

Tengku Isya memandang Tengku Ariff.

"You nak makan apa?" Soalnya.

"Hah tak apa toast je" balas Tengku Ariff yang sibuk menghadap iPhone nya.

Tengku Isya mencapai roti lalu disapukan jem strawberry dan diberikan kepada Tengku Ariff.

Tengku Ariff terus mengambilnya lalu disua ke dalam mulut.

Dia bangun dari kerusi.

"Nak pergi mana?" Soal Tengku Isya.

Tengku Ariff mencium dahi Tengku Isya.

"Sekejap je. I will back soon" kata Tengku Ariff lalu pergi. Sempat dia mengusap rambut Tengku Isya.

Tengku Ariff POV

Sedang sibuk Isya dan Syira bergaduh, aku mendapat email dari Bob mengenai nombor pelik yang menelefon  Isya.

Aku terus bangun. Sempat aku mengucup dahinya sebelum pergi.

Aku kena tahu juga siapa yang buru dia selama ni.

Aku berjumpa dengan Bob.

"Kami tak dapat lebih. Tapi kalau ikut penerangan doktor, Engku Hamimah meninggal dalam keadaan terkejut dan pasal Tengku Isya. Rasanya ada kena mengena dengan salah satu syarikat ni— " Bob menghulurkan sehelai kertas.

The Greatest Marriage Secret✔Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin