TGMS 7-HER PAST-

19.1K 753 3
                                    

Tepat 11:30 malam majlis berakhir.

Tengku Ariff,Syazwan dan Adif serta pengawal peribadi mereka adalah orang terakhir meninggalkan dewan selepas memeriksa dewan.

Tengku Isya? Dia sudah disuruh Tengku Ariff 30 minit yang lalu untuk naik ke bilik kerana keadaannya yang semakin tidam bermaya. Mungkin kesan sampingan dariada asap itu dengan sistem pernafasannya.

"Serious dia serang kau dengan waiting room?" Soal Syazwan.

Tengku Ariff mengangguk lalu mereka masuk ke dalam lif.

"Bob pasal email tu?" Soal Adif.

"Maafkan saya. Kami tak dapat godam" tutur Bob.

"So kau nak buat apa sekarang ni Ariff. Kita bukan kenal sangat dengan Isya tu. Siapa musuh dia? Latar belakang? Sejarah hidup dia, semua la" kata Syazwan.

"Tapikan— aku rasa kita boleh tanya seseorang" kata Adif.

"Siapa?" Soal Tengku Ariff.

"Tengku Syira Mastura" dan jari telunjuknya ditala ke arah Syazwan.

Syazwan menepis.

"Kenapa tala dekat aku?" Soal Syazwan. Mereka tiba di tingkat 20.

"Sebab kau kan pernah sembang dengan dia semua tu" balas Adif.

"So?" Syazwan mengangkat keningnya. Badan disandarkan pada pintu biliknya.

"Kau ni slow sangat kenapa? Wayar terputus eh" marah Adif.

"Apa kau? So kau nak aku dekat dengan dia la ni" teka Syazwan.

"Eh tak la kahwin terus kalau boleh" celah Tengku Ariff.

Adif menggeleng kepala.

"Kau try la rapat dengan dia slow-slow tanya pasal Harrier punya latar belakang. Aduh kau ni benda senang pun tak boleh fikir ke. Semua aku juga" bebel Adif.

"Aku masuk bilik dulu la bro" Tengku Ariff menyelamatkan dirinya. Kalau nak dengar Adif membebel memang kesudah tak habis. Nasib la dapat member macam tu.

Tengku Ariff masuk ke dalam bilik. Dilihat sebotol ubat dan gelas berisi air yang tinggal separuh. Kemudian dia memandang Tengku Isya yang masih dalam pakaian pengantin dan dibaluti dengan comforter.

Botol ubat itu diperhatikan.

Tengku Isya Dahlia
Sleeping pills

Dia mengeluh.

Dia teringat akan pesan Irfan kepadanya.

Flashback

Aku menyarungkan suit ke badanku. Kelihatan Irfan membetulkan rambutnya.

"Ok now nak panggil kau apa? Kau tahukan protokol keluarga kita" kata Irfan.

Aku mengangguk.

"Kau panggil Isya apa?" Soalku.

"Kak Isya la...at first dia tak nak tapi terpaksa sebab nenda yang suruh beside dia dengan aku beza setahun je"

"Panggil je la aku along or abang Ariff. Besides family aku panggil aku along" kataku.

Actually aku dengan Irfan ni dah kenal lama so kitaorang drop seniority.

"Ok. Eh aku nak cakap sikit boleh tak?" Tanya Irfan. Keningku terangkat.

Tiba-tiba Afiff keluar dari bilik persalinan.

The Greatest Marriage Secret✔Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon