TGMS 38

12.6K 646 10
                                    

"Lama dah sampai?" Soal Tengku Syira lalu menarik kerusi di hadapan sepupunya itu.

"Berkurun dah weyh" kata Tengku Isya.

"Sorry la. Aku ada dinner dengan client tadi" ucap Syira.

"Hrm. Client ke boyfriend?" Soal Tengku Isya sambil mengacau minumannya.

"Ah kau suka sakat aku macam tu" marah Syira.

"Mana ada" balas Tengku Isya.

"Dah la jangan nak menyimpang sangat" kata Tengku Syira.

"Aku dah jumpa siapa founder JS Corp" tambahnya.

"Siapa?" Soal Tengku Isya.

"Raja Fazwan Shah. Tapi dia cucu kepada founder JS bukannya pemilik sebenar. Yang peliknya memang CEO dia Raja Fazwan tetapi pemilik sebenar JS tu bukan dia. It's so weird" terang Tengku Syira.

"Memang tak ada siapa ke tahu?" Soal Tengku Isya.

"Ada tapi Fazwan je la. Sebab dia sendiri yang letak nama orang tu as pewaris sebenar. Tapi Raja Fazwan tu the only grandchild. Dia cucu tunggal mana ada sesiapa dah" balas Syira.

"Wife?" Soal Tengku Isya.

Syira menggeleng.

Tengku Isya menongkat dagunya.

"Kau apasal muka macam tu?" Soal Syira.

"Kalau aku bagitahu ni mesti kau ingat aku ni sewel" kata Tengku Isya.

"Eh kau memang. Mana pernah tak sewel" jawab Syira selamba.

Serentak itu,Tengku Isya menyepak kaki sepupunya yang berada di bawah meja.

"Sorry la"

"Entah la aku pun tak pasti dengan perasaan aku terhadap Ariff" kata Tengku Isya.

"Kenapa? Kau dah start falling in love ke?" Soal Syira.

"I don't know. You know kitaorang pun nak dekat 10 bulan" kata Tengku Isya.

"Actually kau keliru ni sama ada dia ikhlas cintakan kau or not" teka Syira.

"Maybe la. Kau bayangkan kalau dah hari-hari dekat rumah tu muka dia je. And dia je yang care pasal aku. Mana taknya" jelas Isya.

"Suka tu mengaku je la. Suami sendiri tak salah pun" nasihat Syira.

"Memang la tak salah. Tapi dengan situasi aku sekarang ni. Aku tak nak nyawa dia terancam" tutur Isya.

"Aku tak berani jamin perkara tu since dia dah jadi a part of Harrier" ujar Syira.

"Tapi sekarang ni ada masalah lain pula" ujar Isya.

"Apa dia?" Soal Syira bingung.

"Tunang acah mampus dia datang balik nak tuntut la cinta dia tu balik. Dah ludah jilat balik. Aku sound direct je perempuan tu" getus Isya.

"Ouh yea. Aku ada tahu hal tu dari Taufiq. Siapa nama perempuan tu? Alya right?"

Tengku Isya mengangguk.

"Dia tinggalkan Ariff dulu sebab duit kan?"

Tengku Isya mengangguk lagi.

"Tak mustahil dia akan singkirkan kau juga weyh. So be careful" pesan Syira.

Tengku Isya menghidupkan skrin telefon pintarnya.

"Weyh balik dulu la" pamit Isya.

"Ok bye"

Tengku Isya terus beredar dari situ sementara Syira menunggu seseorang.

Sebaik sahaja Tengku Isya beredar, Syira melihat telefonnya.

Unknown

Kau rasa sepupu kau akan selamat? 😏

Hapuskan segala reality awak Tengku Syira Mastura

Game over

Mata Syira membulat. Tangannya menggigil.

Sekarang bukan lagi masa mereka untuk berada di zon selamat dengan berlegar-legar mencari si pemburu.

Tetapi zon bahaya dan pilihan yang dia dan Tengku Isya ada cuma berjaga-jaga atau melarikan diri.

Contact Taufiq cuba dicari.

Beg tangannya diambil lalu beredar meninggalkan tempat itu.

11:00 P.M

Tengku Isya menekan button lock untuk mengunci keretanya.

Langkah diatur ke pintu rumah.

Dia memerhati sekeliling.

"Bob tak jaga ke?" Soalnya sendirian.

Sebaik sahaja dia tiba di hadapan pintu rumah, kelihatan pintu itu tidak ditutup rapat.

'Huh? Ariff tak tutup rapat ke?'

Fikirannya masih memikirkan sesuatu yang positif.

Pintu ditarik.

Keadaan di dalam rumah yang gelap-gelita itu menyukarkan dia untuk melihat dan membuat andaian.

"Ariff" panggilnya.

Tetapi masih tiada yang menyahut.

Tangannya laju mencari suis lampu.

Sebaik sahaja lampu menerangi seluruh ruang tamu itu, kunci kereta yang dipegangnya jatuh ke lantai.

TBC

The Greatest Marriage Secret✔Where stories live. Discover now