TGMS 25-BACK-

14.4K 736 9
                                    

Kini sudah seminggu Tengku Isya hilang tanpa jejak. Pihak media pula mula hairan mengenai isteri kepada ahli korporat yang terkemuka itu.

Tengku Ariff duduk di balkoni biliknya.

'Where are you, Isya Dahlia?'

Tengku Ariff mula risau tentang keberadaan Tengku Isya. Mungkin mereka tidak saling mencintai tetapi jika sentiasa berada di bawah pengawasan media dan kamera siapa sahaja tidak risau.

Ting

Tiba-tiba sahaja iPhone milik jejaka itu berbunyi.

Adif

Kau tahukan esok Harrier nak buat penyerahan kuasa. Kalau kita tak jumpa Isya masak kita weyh. Mungkin Mel yang akan dapat

Aku takkan biarkan benda tu terjadi. Kalau macam tu apa guna aku kahwin dengan dia. And why my dad chose her also why Harrier?

Aku harap ada keajaiban akan berlaku. Aku tak rasa Isya hilang tanpa sebab

I don't know. Aku serabut dengan Alya yang tak sudah-sudah kacau aku

La dia tu dah kenapa? Dia tahu tak yang kau ni dah kahwin

Aku sendiri yang bagitahu dia bro and she's begging on me to accept her back. That's sound crazy right.

I really don't know what to say

Gtg bro

👌

Tengku Ariff mematikan telefonnya.

'Tak mungkin aku akan terima kau balik Alya'

Meanwhile

Tengku Isya memerhati skrin telefonnya, melihat satu pesanan ringkas yang dihantar oleh orang suruhannya.

Esok akan ada penyerahan kuasa secara rasmi di Harrier Hotel

Roger

'Melissa'

Tengku Isya tersenyum sinis.

"Aku tak sangka secepat ini kau bertindak. So terpaksa la aku munculkan diri lebih awal daripada yang aku jangka" tuturnya sendiri.

Di hadapannya terdapat gambar Melissa iaitu sepupu tirinya atau lebih tepat cucu tiri Harrier.

Nak disenangkan cerita, ketika dia berusia lima tahun, datuknya berkahwin dengan seorang perempuan biasa yang tidak mempunyai pangkat. Ketika itu, dia telah dijaga dan diasuh oleh nendanya di istana Harrier kerana bimbang akan keselamatannya.

Isteri kedua datuknya itu pula, dikurniakan 2 cahaya mata daripada perkahwinan sebelumnya dan suaminya telah meninggal. Daripada 2 anaknya itu seorang telah meninggal dunia akibat kemalangan bersama isterinya dan anak mereka dijaga oleh isteri kedua datuknya dan diajak tinggal di istana.

Isteri kedua datuknya itu juga menjaganya dengan penuh kasih sayang dan nendanya dan madunya tidak pernah bergaduh.

Sampai cucu isteri kedua datuknya itu merasakan kasih sayangnya direbut olehnya. Tengku Isya sering mendapat perhatian setiap orang di dalam istana. Walaupun mereka sebaya tetapi bagaikan langit dan bumi.

The Greatest Marriage Secret✔Where stories live. Discover now