TGMS 9-NIGHTMARE II-

16.1K 757 14
                                    

Lamborghini berwarna silver itu diberhentikan tepat pada pintu utama bangunan itu.

Pintu ditutup. Langkahnya diatur masuk ke dalam lif dan punat 20 ditekan.

Tingg

Pintu lif terbuka. Tingkat private itu hanya dihuni oleh kerabat Harrier sahaja.

Tengku Isya menghempaskan fail dan beg tangannya.

"Dasar ei. Nak mengutuk pun husband sendiri" omel Tengku Isya.

Tok tok tok

"Masuk"

Syira memasukan kepalanya.

"Macam mana meeting?" Soal Syira.

"Malas aku nak ingat. Dia boleh kata aku main-main. Sabar je la aku" cerita Tengku Isya.

"Lunch nanti la story aku ada mesyuarat ni. Daaa"

"Ermm" pintu bilik ditutup.

Tengku Isya mengurut kepalanya. Stress.

Tiba-tiba handbag miliknya terjatuh. Sepucuk sampul berkeluar dari beg tangan itu.

Tengku Isya mengambilnya.

Baru dia teringat tentang perihal itu.

Isi kandungannya dikeluarkan.

'Keratan akhbar 20 tahun lalu'

Tanpa membacanya, dia menyimpan kembali sampul itu.

'Ambil budak tu'

'Mama. Papa'

Terngiang-ngiang suara 20 tahun lalu.

Penumbuk digenggam.

'Aku akan cari kau sampai lubang cacing'

Fantasy Holdings

Tengku Ariff meletakkan buku notanya.

Selepas itu, Adif dan Syazwan masuk ke dalam bilik itu.

"It's too harsh dude" tegur Adif

"Dia main-main dalam bilik mesyuarat aku" balas Tengku Ariff.

"Come on Riff. Wife kau kot" kata Syazwan.

"Wife tak wife sama je" matanya dialihkan pada screen komputer Apple itu.

"Isya ada tanya pasal Alya?" Soal Adif.

"Yes but I just ignore her" balas Tengku Ariff tanpa rasa bersalah.

"Oh man. Seriously" tutur Adif.

"Yes. Tak perlu aku nak kusutkan otak dia dengan masalah lain. You know right masalah dia kan. So please jangan sebut nama Alya" kata Tengku Ariff sedikit berbaur ugutan.

Adif dan Syazwan mengangkat bendera putih.

Tiba-tiba telefon milik Tengku Ariff berbunyi.

Irfan is calling...

"Yes Fan?"

"Kak Isya— dia tidak sedarkan diri"

"Hah? Apa? Sekarang dekat mana?"

"Ti amo Hospital"

"On my way"

Terus Tengku Ariff mencapai kunci keretanya.

The Greatest Marriage Secret✔Where stories live. Discover now