TGMS 17-GONE II-

14.2K 710 21
                                    

Tengku Ariff POV

Lama aku menunggu, tetapi Isya masih belum berkata apa-apa. Aku mula memikirkan yang tidak elok.

"Hello"

"Hello"

Masih tiada respond.

Aku terus mematikan panggilan.

Nombor Taufiq didail.

"Ye Tengku?"

"Pergi Harrier sekarang and find Tengku Isya dekat basement"

"Kenapa Tengku? Dia tak balik lagi"

"No, pergi cari dia. And tengok tracker dia itu dihidupkan atau tak"

"Baik Tengku"

Aku terus menelefon Tina dan Bob.

Harrier Basement

11:45 P.M

Taufiq memberhentikan kereta BMW miliknya betul-betul dihadapan kereta milik Tengku Isya.

Dia melihat pintu kereta yang sudah terbuka sedikit itu.

"Tak guna" gumamnya.

Dia terus menghidupkan wireless earpiece yang sudah dipasang pada telingnya untuk disambungkan ke bilik operasi pasukan khas.

"Dini jejak Tengku Isya NOW"

"Baik"

Taufiq terus masuk ke dalam keretanya.

Sebuah gudang lama

Tengku Isya diikat pada sebuah kerusi. Segala pergerakan diperhatikan dari sebuah bilik yang mempunyai cermin gelap.

'Finally kau akan mati dalam tangan aku'

Picagari yang sudah diisi dengan cecair berwarna hijau itu disimpan semula di dalam bekas.
Telefon yang berada di dalam poket dikeluarkan.

Nombor seseorang didail.

Tut tut

Tut tut

Tengku Ariff's House

Tina dan beberapa orang pengawal peribadi berdiri di hadapan Tengku Ariff. Taufiq juga baru sahaja tiba.

Tiba-tiba telefon Tengku Ariff berbunyi.

Bob mengisyaratkan ok. Dia bersedia untuk menjejak lokasi pemanggil.

Tengku Ariff menjawab.

"Hello"

"Tengku Ariff well well well. Guess where is Isya right now? Eh salah soalan, Tengku Isya dah balik ke belum eh?"

"Mana Isya?"

"Wo wo wo. Relax-relax. Dia ada je ni masih lagi tidur. Bila aku tengok muka dia sekarang ni buat aku rasa nak toreh je sebab cantik sangat. Bertuah kau dapat wife secantik dia tetapi malangnya bila dia mati awal"

"Kau jangan sesekali sentuh dia"

"Opss. Amaran kau dah terlambat. Tapi— aku bagi kau satu sahaja peluang"

"Apa dia?"

"Bawa tender projek mega itu bersama 4.5 Million alone. Or— sediakan keranda untuk wife kau ni. Dalam masa 20 minit kalau kau tak datang aku akan suntik DIT dekat badan Tengku Isya. Kau tahukan DIT tu apa"

"Kau jangan sentuh dia"

"Aku hantar location dalam masa 20 minit untuk dapatkan nyawa dia"

"Yah—"

Tut tut

Tengku Ariff terus melempar iPhone 7+ miliknya itu ke lantai.

Rambutnya dikuak ke belakang.

"Tina sediakan 4.5M sekarang. Bob dapat tak?" Arah Tengku Ariff.

Bob mengangguk.

"Dekat gudang terbiar Seksyen 05"

"Taufiq. Kau tahu penawar DIT?" Soal Tengku Ariff.

Semua di situ terkejut.

"DIT" Matanya membulat.

"Dapatkan penawar tu secepat yang mungkin. Isya mungkin tak dapat bertahan" arahnya.

Taufiq terus menghubungi bilik operasi.

"Yang lain get ready" tuturnya.

Tengku Isya POV

Aku membuka mataku perlahan-lahan. Kepalaku terasa seperti ditimpa oleh batu yang besar.

Aku memerhati kawasan sekeliling. Kelihatan seperti gudang yang tidak digunakan.

Tanganku diikat di belakang kerusi.

"Little sweetie dah bangun" suara itu mula bergema.

Aku tercari-cari mana datangnya suara itu.

"You don't need to find me because I'm use to find you all the time. Sebab kau takkan berjaya cari aku Tengku Isya. Dan sekarang tiba masanya untuk aku hapuskan kau"

Aku berdiam diri.

Seseorang masuk ke dalam gudang itu dengan memakai topeng sambil memegang sebuah kotak.

Aku memerhati kotak tersebut.

Orang itu berjalan menghampiriku.

"Lepaskan aku la sial" jeritku.

Orang itu mengeluarkan isi yang berada di dalam kotak itu.

Kelihatan picagari dengan cecair hijau.

"Sudah masanya aku hantar kau ke tempat asal kau. Tapi kan macam tak seronok la pula tak ada penonton. Bawa dia masuk sekarang"

Aku terus memerhati ke arah pintu.

"Ariff" gumamku.

Dia bersama dua lelaki bertopeng.

"Lepaskan dia. Dia tak ada kena mengena dalam hal ni" jeritku.

"Huh. Siapa kata? Korang ni ibaratkan buah catur. Aku kata gerak baru gerak. Kalau tak disebabkan dia, aku dah berjaya dapatkan projek tu tapi disebabkan kau dengan dia disatukan semuanya hancur. Hancur dari mula lagi. Besides you're the hostage 13th grandchild of Harrier and you don't deserve to live in this world. Now" arahan dikeluarkan.

Lelaki yang memegang picagari itu terus menyuntik cecair itu ke dalam badan Tengku Isya.

Tengku Isya meronta untuk melepaskan dirinya. Tetapi tindak balas kepada cecair itu amat cepat. Dirinya terasa lemah.

"Isya! Aku kata jangan sentuh dia kan. Kau mungkir janji"

"Huh? Dalam hidup aku tak ada istilah tepati janji. Sekarang serahkan tender tu"

Ikatan pada Tengku Isya dibuka. Tengku Isya rebah ke tanah. Tengku Ariff memandangnya.

'Semuanya sama. Sama macam dia pergi'

TBC

The Greatest Marriage Secret✔Where stories live. Discover now