Special chapter😘

1.9K 104 8
                                    

"push Puan! Push! " Doktor perempuan yg mengendalikan Ana ketika beranak mengarahkan Ana meneran.

"sayang, kuatkan semangat sayang, " ucap Afiq yg sedang menggenggam tangan kanan Ana.

"Allahu akhbar!!, " teriak Ana sambil meneran.

"sikit lagi Puan, " ucap Doktor itu.

tidak lama kemudian kedengaran suara tangisan bayi. Ana sudah terkulai lemah. Namun dikuatnya semangat untuk melihat anak pertamanya.

"Tahniah Puan, Encik, baby girl, " ucap Doktor itu gembira. Jururawat yg bertugas pada masa itu membersihkan badan bayi tersebut.
selepas bayi tersebut dibersihkan , di dengarkan pula bayi tersebut azan dan iqamat di telinga kiri dan kanannya oleh Afiq.

Afiq membawa Bayi tersebut berdekatan dengan Ana.

" Terima kasih sayang, sebab bagi abang permata yg tak ternilai ni, " ucap Afiq sambil mengucup dahi Ana.

"nak bagi dia nama apa bang?, " ucap Ana perlahan.

" Alina. Alina Binti Afiq, " ucap Afiq sambil tersenyum.

"apa erti dia bang?, "

"sutera syurga. Alina sayang, nanti bila besar jadi budak yg baik ye sayang, " jawab Afiq ringkas. Ana tersenyum melihat telatah Afiq yg sedang bercakap dgn anaknya. macamlah anaknya itu faham apa yg dikatakan olehnya.

" dah, awak rehat dulu. kan awak penat. mak, ayah, ummi dan abah dalam perjalanan datang kat sini, " ucap Afiq sambil tangan sebelahnya mengusap kepala Ana. tidak lama kemudian Ana terlelap. Afiq setia di sisi Ana bersama anak pertama mereka.

* * *

"Alo bucu bucu... auuu cakk! auuu cak!!!, " Aidah bermain dengan anak buahnya. Aidah memang suka budak2 dari dulu lagi. kalau berjumpa saja dengan anak sulung kakaknya Alishah, macam tak nak lepas ja. geram lah tu. Alhamdulillah anak kakak sulungnya, Alisha diberi nama, Siti Khadijah. sempena nama isteri Rasulullah S.A.W kita.

"sudah2 lah kamu Aidah, mak lagi nak pegang dengan cucu mak ni, " Puan Afifah tidak sabar mahu memegang cucunya itu. Encik Azman mendekati isterinya utk melihat cucunya yg baru lahir itu. Aidah menghulurkan Alina kearah neneknya.

"comeiinye.., " Puan Afifah geram melihat cucunya itu.

"ehem.. ehem... giliran kami pegang bila pula, " Puan Fatimah berdehem. dia juga mahu melihat cucu barunya itu.

"amboi, tak sabarnya nenek kamu sebelah sana tu nak pegang kamu ye, " Mereka semua tergelak dengan tingkah laku Puan Afifah dan Puan Fatimah.

"baby je ke ummi nak tengok? orang yg melahirkan jangan pula tak dijenguk, " ujar Afiq yg sedar dari tadi Alina sahaja jadi rebutan mereka. kesian juga dia lihat isterinya. tak ditanyakan khabar.

mereka gelak lagi sekali mendengar ungkapan dari Afiq. Afiq memandang mereka hairan. apa salah kah aku cakap tadi? Afiq kehairanan.

" semuanya excited tengok baby baru. sampai lupa nak jenguk kak Ana, " ucap Aidah.

" bila Ana boleh keluar?, " tanya Encik Rizman.

" mungkin esok kot abah. sebab hari pun dah malam ni. tak baik pula bawa Ana keluar malam2 ni, " ucap Afiq kepada abahnya. Encik Rizman hanya menggangguk.

"Kak Aishah ucap tahniah utk kamu berdua. sempat juga mak telefon tadi bagitahu. Azmi dan kakak kamu Alisha In Shaa Allah esok datang jenguk kamu. mak dan ayah kelam kabut nak datang sini, tu yg Azmi tinggal tu, jaga rumah, " ucap Puan Afifah.

"Mak, nanti Ana tinggal kat rumah ummi dan abah dulu ye dalam seminggu macam tu. sebab Afiq cuti dalam seminggu. nanti bila Afiq kerja, Ana tinggal dengan mak ayahlah.. Habis pantang, baru kami balik rumah kami.. boleh mak, ayah, ummi, abah?, " tanya Afiq. takut2 juga dia minta kebenaran dengan kedua-dua mentuanya itu. kalau ummi dan abahnya, boleh saja.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 04, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now