bab 28

1.6K 63 1
                                    

"Assalamualaikum.. " ucapan salam kedengaran dari luar rumah.  Ana yg duduk bersama Afiq dan Azmi di ruang tamu pergi ke pintu utk menyebut tetamu yg bertandang.

"waalaikumsalam.. eh,  makcik Fatimah dan Pak cik Rizman..  jemput masuk" jawab Ana.

"terima kasih, " Puan Fatimah dan Encik Rizman membuntuti Ana dari belakang.  Afiq yg duduk diruang tamu agak terkejut dgn kehadiran ummi dan abahnya dirumah itu.

"ummi?  Abah?, " terkejut Afiq.

"Afiq,  dah balik rupanya kamu.. "ucap Puan Afifah yg sudah sedia tahu Afiq pergi ke ibu kota kelmarin.

"maaf..  Afiq lupa called. " ucap Afiq.

"duduk lah Mak cik,  pak cik.  sekejap saya panggil ayah.. " ucap Ana lalu meninggalkan mereka di ruang tamu. 
Azmi yg berada di sana berjabat salam dengan Encik Rizman.

"Mak,  kamu sakit apa Azmi?, " tanya Puan Afifah sebaik sahaja Ana beredar meninggalkan mereka. 

berat hati Azmi utk menceritakan.  Dia malu dengan apa yg terjadi sebenarnya.

"tak payah lah cerita kalau terlalu berat utk kamu menceritakannya.. " ucap Encik Rizman yg sedar akan reaksi Azmi yg diam selepas ditanya sedemikian.

" man,  timah.  baru sampai ke?, " Encik Azman keluar dari bilik sesudah Ana memberitahu akan kehadiran Puan Fatimah dan Encik Rizman.  tangan kanan dihulur utk bersalam dengan Encik Rizman.

" ya..  baru sampai...  kami ni datang melawat kak Afifah.  Afiq ada bagitahu kak Afifah sakit.  ni ada buah tangan sikit kami bawakan. " tutur Puan Fatimah sambil menghulurkan buahan-buahan yg di isi dalam bakul.

"terima kasih..  Afifah ada di dalam..  baru lepas makan.. kalau nak jenguk pergi lah tengok kat dalam bilik, " pelawa Encik Azman.

Puan Fatimah berdiri menuju ke bilik.  Encik Rizman dan Encik Azman  masih diruang tamu.

"Assalamualaikum kak Fifah, " ucap Puan Fatimah lalu duduk di birai katil bersebelahan dengan Puan Afifah.

"waalaikumsalam..  Timah..  terima kasih kerana sudi datang, " ucap Puan Afifah terbatuk2.

"macam mana keadaan Kak Fifah?  dah semakin baik? "

"Alhamdulillah..  keadaan akak dah semakin baik.. Timah..  akak nak cakap sesuatu ni, " pinta Puan Afifah

"apa dia kak?, " Puan Fatimah ingin tahu.

"saya nak Ana kahwin dengan Afiq, " ucap Puan Afifah. terkejut juga Puan Fatimah dengan kenyataan puan Afifah.  setahunya pinangan  hari tu diterima tetapi untuk Aishah.

"maksud akak?  bukan Afiq kahwin dgn Aishah? " Puan Fatimah keliru.

"saya tahu Afiq suka Ana.  dan Ana juga suka Afiq.  Aishah pun terpaksa terima pinangan Afiq kerana saya.  jadi sekarang ni saya nak perbetulkan keadaan.  biarlah Afiq kahwin dgn Ana, " ucap Puan Afifah. lega hatinya bila disampaikan hasratnya itu.

"Aishah macam mana? " Puan Fatimah takut hati Aishah terluka. 

"In Shaa Allah..  dia okey..  lagipun dia dah anggap Afiq macam adik dia sendiri.. " ucap Puan Afifah.  Puan Fatimah mengangguk perlahan.

"Fatimah.  tolong bawa saya pergi ruang tamu, " Pinta Puan Afifah minta dibimbing.

"baiklah..  " ucap Puan Fatimah.

* * *

"jadi,  awak setuju Afiq? Ana? " tanya Encik Azman yg ingin mendapatkan kepastian.

"kak Aishah macam mana Ayah,  mak? , " risau Ana.

"mak dah telefon dia semalam..  dia kata ok..  dia bersyukur sangat bila perkahwinan dia dengan Afiq dibatalkan. " ucap Puan Afifah.

lega hati Ana dan Afiq apabila kakaknya berkata demikian.  mereka bersyukur sangat.

"jadi,  bila majlis akan diadakan? "

"bila2 kalau sudah bersedia, " ucap Afiq tersengih2 sambil melihat kearah Ana.  Ana menunduk malu.  membahang mukanya.

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now