Bab 23

1.5K 66 2
                                    

sudah   3 bulan Ana bekerja di bandaraya kota kinabalu.  dalam tempoh tiga bulan itu jua lah Ana tidak balik rumah.  Dalam tempoh 3 bulan itu jua lah dia tidak menghubungi Afiq.  Sepanjang tempoh sebulan Ana bekerja di bandaraya kota kinabalu,  ada juga sesekali Afiq menelefon Ana.  tetapi perbualan mereka tidak panjang. hanya bertanya khabar sahaja. 
peristiwa 3 bulan lalu telah membawa Ana merantau ke kota kinabalu.

rombongan meminang keluarga Afiq yg datang bertandang ke rumahnya
3 bulan lalu membawa diri Ana untuk mencari ketenangan di ibu kota ini.
Afiq menghantar rombongan meminang pada 3 bulan yg lalu ditolak begitu sahaja.
dia bukan tidak suka,  dia bukan tidak mahu,  tetapi dipaksa.

"Ana,  kalau kamu nak hidup lama,  kamu tolak pinangan Afiq lusa ni.  bagi peluang kak Aishah kahwin dgn Afiq, " tegas Puan Afifah memberi amaran kepada Ana sewaktu makan malam sekeluarga.

"Astaghfirullah al azim Afifah,  dah kenapa kamu ni?  dah buang tebiat?!  kamu nak bunuh anak kamu tu semata2 dgn pinangan tu?  kamu dah gila ke?!, " marah Encik Azman dengan kata2 isterinya yg sanggup menggadai nyawa anak sendiri.

"ya!  saya memang gila!  sebab tiada duit saya jadi gila!  saya nak Afiq kahwin dgn Aishah supaya Afiq boleh tanggung kos perbelanjaan Aishah kat Universiti tu! " tegas Puan Afifah lagi.

"Astaghfirullah al azim Fifah! apa tak cukup ke duit pencen abang kamu guna?  ni lah sikap kamu ni,  yg suka membazir!  apa tidaknya,  orang beli sofa baru kamu nak sofa baru,  orang beli langsir baru, kamu beli langsir baru.  sedangkan langsir lama masih baik lagi, " suara Encik Azman tinggi sedikit daripada sebelumnya.

Azmi,  Aidah dan Aishah terkejut dgn pergaduhan yg berlaku di depan meja makan ini.  Ana juga tak tahu nak kata apa.  dia sedih dgn sikap ibunya yg membenci dirinya sehingga begitu sekali. dia berdiri meninggalkan meja makan lalu masuk ke bilik.

"mak!  mak nak kahwinkan Aishah dgn Afiq semata2 kerana duit?  mak,  Aishah dah anggap Afiq tu macam adik Aishah sendiri tau mak.  lagipun Aishah tahu,  Afiq suka Ana.  mak, tak boleh paksa Afiq kahwin dgn Aishah sedangkan dia suka sama Ana!  mak cakap macam tu dekat Ana,  macam Ana tiada perasaan langsung, " kesian Aishah tengok Ana.  Ibunya seolah2 menganggap Ana seperti orang luar.

"kamu jangan nak mengada2 Aishah!  mak ni mak kamu!  kamu takkan sampai ke Universiti tu kalau mak tak bagi duit!  kamu jangan nak melawan cakap mak!, " marah Puan Afifah kerana Aishah meninggikan suaranya sedikit.

"maaf lah mak,  Aishah bukan nak melawan cakap mak atau apa. tapi mak kesian lah dengan si Ana tu.  kalau mak tak suruh dia kahwin dengan Afiq tu pun,  cakap baik2..  kadang2 kita ni perlu juga tengok cermin untuk tengok kesalahan sendiri, " Aishah beredar dari meja makan.

Azmi,  Aidah dan Encik Azman meninggalkan meja makan.  membiarkan Puan Afifah berseorangan di meja makan.  kalau dilayan sangat memang tercetusnya perang dunia nanti.

dengan berbekalkan duit yg bapanya beri sebanyak rm300 dan rm200 lagi diberikan oleh abangnya  Azmi,  Ana meninggalkan kampung halamannya dengan perasaan yg penuh duka. duka yg tidak tahu sama ada boleh dirawat atau tidak. 

* * *
Ting! 

bunyi mesej masuk kedengaran daripada telefon milik Ana.  Ana mencapai telefonnya di dalam beg sikutnya. 

from:  Afiq
Assalamualaikum Ana..  Ana,  kerja kat mana sekarang ni?

mesej Afiq dibiarkan tidak berjawab. 

sekali lagi telefon Ana berbunyi menandakan mesej masuk.

from:  Afiq
Ana Please.  tell me where are u right now,,

pinta Afiq tetapi mesej juga dibiarkan begitu sahaja. Ana mengeluh perlahan.  di akui,  dia juga memang jatuh suka dengan Afiq.  tetapi dia masih sayang ibunya. dia tidak mahu hanya kerana Afiq,  hubungannya dengan Puan Afifah terputus.

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now