bab 8

1.9K 67 0
                                    

"Assalamualaikum ummi. " sapa Afiq kepada umminya di dapur.

"waalaikumsalam.awal kamu hari ni Afiq. " ibunya hairan dengan Afiq yang turun awal seawal jam5:45 pagi.

"ummi, Afiq nak tanya sesuatu ni" Afiq meminta izin.

"sejak bila pula kamu pandai minta izin nak bertanya ni? hm..  apa dia? cakaplah.. " umminya hairan.

"nak cakap pasal perjanjian Abah tu. .  kawan Abah tu,  setuju ke nak kahwinkan Afiq dengan anaknya?  lagi satu,  anaknya bukan ada 3 ke?  semuanya tua dari Afiq.  lagipun anak yang mengandung masa dorang pindah tu belum tentu lagi perempuan.  manatau  semuanya sudah  berpunya.. " Afiq memujuk ibunya untuk membatalkan perkahwinan yang sudah dijanjikan ketika  umurnya masih lagi 3 tahun itu.

"itulah nak pergi melawat hujung minggu ni..  nak tau ceritanya. nak ikut tak? " Pelawa umminya lagi.

"tengoklah..  tapi kalau cancel Tak boleh ke ummi?? Afiq masih muda laa ummi... " Afiq merayu.

"kamu ni.  tak baik lah macam tu. abah dan ummi yang berjanji dulu.  takkan ummi dan abah batalkannya pula.  mana nak letak muka?  lagipun,  pengorbanan dorang bukan sikit tau.  " umminya membantah permintaan Afiq.

"apa aku perlu buat ni??" Afiq mengeluh di dalam hati lalu berlalu naik ke dalam biliknya.

* * *

"mak! " sergah Ana.

"opocot mak kau kau meletop!!  Ana!!! " terkejut maknya dibuatnya.

"tak reti bagi salam ke??  kalau mak meninggal sebab terkejut tadi macam mana.?  " geram maknya dengan perangai Ana.

"ish mak ni kesitu pula..  Ana nak ceriakan pagi mak saja. " Ana memuncungkan mulut.

"main tu berpada-pada lah...  kamu ni..  awal pula kamu siap hari ni.. " ibunya pelik.

"Ana sahur tadi mak. ganti puasa.  tu lah awal. " Ana menjawab sambil memakai stokin.

"baru jam 6 ni masih gelap.  5 minit lagi lah kamu jalan.  mak ada cerita sikit dengan kamu ni. " ibunya mengajak bercerita.

"ada apa mak?" tanya Ana penuh tanda tanya.

"ni,  kamu cuba tanya2 kak Aishah kamu tu.  ada teman ke tidak...  " ibu dan ayahnya
sepakat mahu mengahwinkan Aisha dengan Anak Encik Rizman.

"kenapa Mak??  ada orang masuk meminang ke? " teka Ana.

"mak suruh tanya kan je.. tolong mak ye.. " ibunya senyum sampai ke telinga.

"hm..  kenapa mak tak tanya terus je?? " hairan juga Ana.  lagipun dalam perjalanan pulang kan boleh tanya dalam kereta. menghairankan.

"kamu tanya je lah..  boleh kan? " ibunya seolah-olah merayu.

"In shaa Allah mak..  kalau Ana ingat..  Ana jalan dulu ye mak.. " Ana menghulur tangan untuk berjabat salam dengan ibunya.

6:07 minit Ana bertolak dari rumah menuju ke sekolah.

* * *

"Allah..  awalnya aku sampai,  kelas pun masih kosong.  takkan hari ni cuti sampai Nana tak bagitau aku. takkanlah.,  kelas lain ada orang je pun..  hm...  seram dee... " Ana mengomel sendiri di dalam kelas.  lampu dipasang.  pada masa yang sama Angin diluar bertiup kencang.  pintu terhempas kuat.  awan gelap mula menutupi sinaran mentari.

"Allahu akhbar!! " terkejut Ana disaat pintu terhempas kuat ditiup angin kencang.

bunyi tapak kasut kedengaran kuat dari luar.  harap2 lah ada orang kelas ni datang.  Ana menanti degan penuh harapan.

lama dia menunggu. Namun tiada jua muncul gerangan tuan punya bunyi tapak  kasut. 

telefon sedia dipegang di tangan kanan.

"Ya Allah..  kau lindungilah hamba Mu yang lemah ini ya Allah..  kau berilah perlindungan dan kekuatan kepada diriku" doa Ana dalam ketakutan.

dum!! 

bunyi angin menghempaskan pintu kelasnya lagi sekali.  Ana sedia menekan Ikon telefon pada skrin telefonnya untuk menelefon meminta bantuan. 

tiba2 lampu yang dipasangnya tadi malap.  bekalan elektrik terputus.  Ana yang dalam ketakutan segera menekan nombor pertama yang tertera dalam sejarah panggilan terbaru.

"tolong saya!! " jerit Ana dalam ketakutan setelah telefon diangkat.

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz