Bab 2

2.6K 75 1
                                    

"apesal muka kau monyok semacam ni Ana? kau datang bulan eerk?? " perli Afi dengan nada yang kuat. rakan-rakan yang lain yang terdengar dengan kata-kata Afi tergelak kecil. mereka tidak berapa berani ingin mentertawakan Ana dengan kuat, kalau tak habis kau kena belasah. hanya Afi seorang sahaja yang berani mempermainkan Ana. apa tidaknya, Afi merupakan teman sepermainannya sewaktu kecil. tambah-tambah lagi ibubapa Afi dan Ana merupakan kawan baik antara satu sama lain.

malas hendak dilayan. kalau dilayan juga memang tak pernah habis. perang mulut antara Ana dan Afi memang sudah biasa bagi mereka. ada juga terasa sikit-sikit masa bergurau tu. tapi kata-kata yang menyakitkan tu tidak disimpan di dalam hati selagi tidak menyentuh hal peribadinya.

"Diamlah" jawabnya malas.

Ana yang tadi baru sampai terus duduk meletakkan kepalanya atas meja.

* * * * ** ** ** *

"Ana. aku dengar, kau kena marah oleh cikgu irman. betul ke? "tanya Nana selaku teman baik Ana semasa waktu rehat.

Ana hanya diam menunduk malu. entahlah kenapa hari ni dia berasa sangat malu apabila dimarahi oleh cikgu Irman. datang lambat ke sekolah bukanlah satu pembaharuan bagi Ana. baginya itu adalah rutin sehariannya.

"tu lah kau, aku suruh tinggal kat asrama, kau taknak. nak juga kau rempit datang sekolah. " Nana memberi nasihat.

"kau perli aku ke apa" Ana geram mendengar kata-kata Ana.

"bukan apa. kita ni tinggal 2 bulan lagi kat sekolah ni. september, oktober. november dah kita STPM. keselamatan tu penting" Nana menyatakan kerisauannya terhadap Ana.

Ana hanya diam. ada benarnya kata-kata Nana. tapi tinggal diasrama hujung-hujung tahun ni alang-alang saja. nak beli barang banyak kos nya. nak guna hanya 2 atau 3 bulan je. malas Ana hendak memikirkannya.

bunyi loceng sekolah berdering menandakan waktu rehat telah tamat. Ana dan Nana segera masuk ke kelas mereka.

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz