bab 17

1.7K 62 5
                                    

"lama dah kamu kenal si Afiq tu? "
tanya Puan Afifah agak dingin.

"tak mak.  baru je minggu ni.. " jawab Ana selamba.

"minggu ni?  macam mana kamu kenal dia? " hairan juga Puan Afifah.  kenal minggu ni,  tapi tengok kelakuan macam lama dah kenal.

"panjang ceritanya mak.. " Ana serba salah mahu ceritakan.  dia malas mahu memanjangkan lagi cerita.  lagipun,  hutangnya kepada Afiq sudah langsai.

"pendekkan. " jawab Alisha yg baru sampai dari jauh.  

"kakak!" Ana pergi ke tempat kakaknya.  di salam nya kakaknya sulung. dalam hati dia bersyukur atas kehadiran kakaknya.  tak juga susah2 dia nak ceritakan pasal dia dgn Afiq.

"baru sampai Lisha?  dah makan ke belum?  " tanya Puan Afifah selepas Alisha bersalam dengannya.

"belum... " Alisha menjawab lalu duduk di meja makan.  tudung saji dibuka utk menjamah makanan yg terhidang. Ana hanya memerhatikan perbuatan kakaknya.

"Afiqah ada tadi mak? " Alisha yg sedia maklum dgn tetamu jemputn ayah dan ibunya bertanya.  maklumlah,  Afiqah kawan dia masa kecil.  lepas 19 tahun pindah, rindu pula dia dgn Afiqah.

"tiada...  tapi maknya ada bagitahu tadi,  dia dah kahwin.  anak seorang,  perempuan.  kamu bila lagi? " tanya ibunya.

kahwin.  kahwin.  kahwin.  soalan itu yg selalu ditujukan kepadanya bila dia balik rumah.  kadang2 kerana soalan itu lah yg membuatkan Alisha malas balik rumah.

Ana yg tersedar reaksi muka kakaknya berubah lekas2 menukar topik perbualan.

"kerja macam mana kak?  ok? " tanya Ana.

"macam biasalah.  kerja arkitek ni,  tak lah sibuk sangat.  tapi bila ada tender masuk,  boleh pening juga kepala" terang Alisha.

Aidah mendapatkan kakak sulungnya apabila terdengar suara kakak sulungnya di ruang dapur.

"Kak Lisha!! " Aidah memanggil nama kakak sulungnya itu dgn suara yg agak kuat.

"kamu ni Aidah.  panggil nama orang macam orang jauh 200 meter" tegur Alisha.

"sorry, " Aidah tersengih malu.

"baru sampai?  " tanya Aidah.

"ye.. " jawab Alisha pendek.

"Ana.  apa cerita kamu yg panjang berjela tu?  cerita lah," tanyanya ingin tahu.

"aduh,  akak ni ingat boleh cover, " keluh Ana dalam hati.

"takdelah,  Afiq,  anak kawan ayah tu,  kenal Ana. mak tanya macam mana boleh kenal.. " jawab Ana.

"macam mana ceritanya? " Aidah juga ingin tahu.

dari A sampai Z ana cerita.  dari mula berjumpa sampai hari ni Ana ceritakan.  Aidah,  Alisha sertanya ibunya tekun mendengar. sesekali ada juga mereka menyampuk dalam cerita Ana.

"mak nak bagitau je,  kamu jangan sangat rapat dgn Afiq tu.  mak nak jodohkan dia dengan kakak kamu,  Aishah.  ingat tu, " Puan Afifah memberi amaran.

"mak ni,  kalau dia suka Ana macam mana?  lagipun Aisha nak ke dgan Afiq tu?  mana tahu Aisha atau Afiq ada dah yg punya.. " Alisha seolah2 tidak setuju degn pemikiran ibunya.

" Ana, kalau Afiq nak dengan kamu,  kamu tolak.  jgan bantah cakap mak. mak dah besarkan kamu dari kecil,  takkan kamu nak hampakan mak, " Puan Afifah berpesan lalu beredar dari ruang tamu.

Alisha hanya menggeleng mendengar kata2 ibunya.  Aidah dan Ana hanya diam.

"Kak Ana suka Afiq ke?, " tanya Aidah.

"ish kamu ni,  ke situ pula,  akak masih sekolah lah,  lagipun akak baru je kot jumpa dia.  takkan dah jatuh cinta..  apalah kamu ni Aidah, " jawab Ana.

"mana tau love at the first sight.. " Aidah mempermainkan Ana.

"takde maknanya.. " balas Ana perlahan.

"ayah dah tau ke pasal ni?, " giliran Aisha pula bertanya.

"tak..  biarlah..  awal sangat Ana nak fikir pasal kahwin.  Ana pun nak berjaya juga macam kakak.. lagipun awal sangat Ana nak fikir pasal kahwin,  kakak pun belum kahwin lagi.. " Ana mempermainkan kakaknya.

"ada kumbang dah hinggap ke? "  Ana cuba menyungkil rahsia Alisha.

"ada..  ni lah nak bincang dgn mak dan ayah..  In Shaa Allah malam ni akak cerita, " terang Aisha malu.

"Alhamduillah..  " gembira Aidah mendengar.  tak sabar dia nak dapatkan anak buah.

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now