bab 11

1.8K 67 0
                                    

"adik, mari sini.. marilah sini.. sini dengan uncle... " seorang lelaki berusia lingkungan 40-an memanggil2 seorang budak lelaki berusia lingkungan 4 tahun.
apabila budak lelaki tersebut menghampiri lelaki dewasa tersebut, lelaki dewasa tersebut terus menutup hidung budak lelaki yang berusia 4 tahun menggunakan sapu tangan yang berisi bahan kimia yang menyebabkan budak lelaki tersebut sukar untuk bernafas.

Afiq terbangun daripada tidurnya di saat dia merasa nafasnya mulai sesak.

"Astaghfirullah al azim.. mimpi rupanya.. " Afiq beristighfar disaat dia tersedar daripada mimpi buruk yang sering menghantuinya.

telefon dicapai diatas meja yang terletak ditepi katil untuk melihat jam.

2:20 pagi.

satu pertiga malam. Afiq menguatkan diri untuk bangun menghiasi malam harinya dengan solat sunat tahajud.
itulah yang lebih afhdal.

usai mengambil air wudhu', Afiq menunaikan solat sunat tahajud 2 rakaat dengan khusyuk.

dia mengambil posisi yang berlainan daripada sebelumnya diatas katil selepas menunaikan solat sunat tahajud. tiba2 Afiq terfikirkan mimpinya tadi. banyak kali mimpi yang sama datang dalam tidurnya. dia juga tidak tahu mengapa.

"mainan tidur kot.. " Afiq menyedapkan hatinya walaupun dia tertanya2 adakah mimpi tersebut berkaitan dalam hidupnya? siapa pula lelaki dewasa tadi? siapa pula budak kecil lelaki tadi? buntu Afiq memikirkannya.

* * * *

"Ana.. bangun Ana.. bersiap... jam 5:20 pagi ni.. " ibu ana mengejutkan Ana.

dengan liat Ana bangun dari tidurnya. dilihat jam menunjukkan 5:20 pagi. Ana cepat2 bersiap untuk mandi.

5:20 pagi masih lagi awal sebenarnya. sengaja Ana bangun awal untuk memasak makanan dijadikan bekalan ke sekolah. sebenarnyA, ayahnya ada memberi duit belanja sekolah dan duit membeli minyak motor, tetapi oleh kerana dia teringat bayaran 'nombor flat kawasaki yg dilanggarnya dahulu terpaksalah dia mengorbankan wang belanja sekolah.

tiba2 Ana teringat dengan kata2 mamat motor kawasaki itu.

"aku minta tolong dia semalam? " hairan juga Ana. setahunya dia memang ada telefon meminta tolong seseorang ketika bekalan elektrik putus plus angin kencang diluar. tapi tidak tahu pula dia telefon minta tolong dengan siapa.

"oh my! jangan2 aku telefon dia kot kelmarin?? apasal bengap sangat jari aku ni nak tekan nombor dia!! tiada no. lain kah kau nak tekan.??! " marah Ana kepada ibu jarinya seolah2 ibu jarinya itu hidup. dia melihat sejarah panggilan pada telefon.

"memang sah! apa lah susah sangat tangan aku ni nak tekan no. lain??!! 😤" sebal Ana dibuatnya. dah dia yg tekan, dia nak marah buat apa.

* * *

" panggil new intern tu masuk di pejabat saya". arah ketua polis yang kepada salah seorang orang bawahannya.

"baiklah.. " jawab polis itu.

* * *

tok tok tok

pintu pejabat ketua polis di daerah kuala penyu itu diketuk.

"masuk. " arah ketua polis itu.

"tuan panggil saya? " Afiq bertanya sejurus dijemput masuk. Afiq dipersilakan duduk di depan ketua polis tersebut.

"macam ni,  saya dengar awak baru ja di kawasan ini.  jadi saya galakkan awak meronda2 atau secara lebih jelas lagi saya nak awak pusing satu daerah ni.  bukan apa,  kalau ada panggilan kecemasan daripada orang awam,  sudah pasti kamu tidak dapat
kesan dimana lokasi tersebut. jadi saya harap awak faham arahan saya ni. " Panjang lebar ketua polis itu menerangkan.

"baiklah tuan..  tapi,  dengan siapa saya nak pergi tuan?  " Afiq ingin mendapat kepastian.

" itu terserah dengan kamu. tapi saya galakkan awak pergi minggu ni,  sebab majoriti pekerja disini ambil cuti minggu depan. jadi tiada orang menjaga dibalai. saya arahkan awak menjaga balai ni minggu depan.  2 hari ja.  hari pertama awak mungkin dengan inspektor Abu.   hari kedua baru dua tiga orang selain kamu berdua bertugas.  in case,  manatau ada emergency dua tempat pada waktu yang sama,  sudah pasti awak dan inspektor Abu kelam kabut nanti. " terang ketua polia tersebut.

"baiklah tuan. " Afiq mengangguk faham.

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now