bab 19

1.4K 57 0
                                    

"Assalamualaikum, " Afiq memberi salam buat ke-4 kali.  hairan juga dia,  jam sudah menunjukkan pukul 7:30 pagi, takkan masih belum bangun.  dilihatnya kereta digaraj kawasan rumah Ana.  tiada kereta.

"jalan kot, " Afiq bermonolog sendiri.

"takde orang kot Fiq,  tadi kereta pula aku tengok kat garaj tu, " Firdaus yg sedang mengisi minyak kereta dari gelen memberikan pandangan.

"yelah..  takpe lah..  nanti aku bagitahu ja si Ana yg aku ambil kereta.  nanti tak bagitahu tak sopan pula.. " Afiq menjawab.  hampa.

baru sahaja  Afiq mengorak langkah meninggalkan pintu rumah Ana,  tiba2 pintu itu di buka.

"cari siapa? " Aidah yg separuh sedar itu membuka pintu.  dia membetulkan tudungnya yg senget itu. 

"adik,  ni abang nak bagitahu,  abang ambil kereta ni. nanti kalau tak bagitahu tak sopan pula" Afiq membahasakan dirinya sebagai abang kerana dia tahu,  di depan dia ni adik kepada Ana.  dari muka pun boleh cam.  masih budak.

"oh..  yelah..  " jawab Aidah pendek.

"kak Ana mana? " sempat lagi Afiq bertanya,  ingin tahu.

"oh..  kak Ana dan mak pergi berniaga,  kat pasar tamu.  jam 6 dorang dah gerak.  nanti tengah hari balik lah dorang.. " Aidah memberitahu.

"kat mana?, " tanya nya lagi.

"ek eh?  sibuk nak tanya orang kat mana buat apa?  tanya lah sendiri, " bisik hati kecil Ana.  balik2 pul dia bertanya.

"kenapa tanya?, rindu ke? " sengaja Aidah mengenakan Afiq.

"ish kamu ni.  ke situ pula.  tak boleh ke abang rindu adik punya kakak?, " sempat lagi Afiq bergurau. 

terlerai ketawa Aidah dan Afiq apabila mendengar ucapan dari Afiq. 

"maaf bang,  saya tak boleh jemput abang dan kawan abang masuk,  sebab ayah takde kat rumah.  Abang Azmi pun dah keluar pergi kerja,  kami yg tinggal ni pun semua perempuan.  maaf ye bang, " ucap Aidah.  serba salah dia melayan tetamu di luar.  tapi tak manis pula dipandang orang.  lebih2 lagi bila orang tuanya nya tiada di rumah. 

"takpe..  lagipun abang sekejap je.  ambil kereta.  apa2 pun terima kasih sebab sudi tumpangkan kereta abang 'bermalam' kat sini.  bagitahu mak dan ayah adik ye,  abang ucap terima kasih.  bagitahu Ana dengan abang Azmi juga., " Afiq berpesan panjang.

"sama-sama...  takpe..  bukan orang lain juga.. In Shaa Allah nanti Aidah sampaikan dekat Ayah dan mak, kak Ana dan abang Azmi, " balas Aidah.

"kami balik dulu.  Assalamualaikum.. " ucap Afiq lalu beredar menuju ke arah Firdaus yg dari tadi sudah siap mengisi minyak kereta.

"daus,  kau balik lah dulu,  naik kereta n.  nah 100ringgit.  rm50, kau isi minyak,  rm50 lagi,  aku belanja kau sebab sudi tolong aku,  thanks bro, " Afiq menghulurkan 2 keping duit rm50  kepada Firdaus.

"eh,  susah2 je kau ni,  aku ikhlas lah tolong kau.  hari ini,  aku tolong kau,  esok lusa,  kau tolong aku balik, " jawab Firdaus sambil menghulur semula sekeping duit rm50.

"takpe..  aku pun ikhlas juga..  ambil je..  nanti bila kau sampai rumah aku,  kau bagi je kunci dekat ummi dan abah aku, bagitahu aku pergi ronda2 kat sini sekejap, " ujar Afiq.

"hm..  baiklah kawan ku sayang.  tapi kau nak pergi mana lepas ni?  jumpa buah hati keeeew..., " sempat lagi Firdaus mengenakan kawannya.

"ye..  nak jumpa bunga.., " sengaja Afiq bercakap sedemikian walaupun tiada maksud yg tersirat di sebaliknya.

"hm...  ye lah... " malas Firdaus nak dengar Afiq yg selalu melalut itu.

mereka berdua beredar dari kawasan rumah Ana. 

Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now