bab 15

1.7K 73 4
                                    

"siapa nama kawan kamu tu Ana?  lelaki ke perempuan? " Azmi bertanya kepada adiknya, Ana. 

"lelaki.. erm...  Entahlah...  sebenarnya Ana pun tak tahu nama dia..  "Ana menjawab. 

"kau tak tahu nama dia??  amboi!  yg kau senang2 tolong dia ni apahal?  nanti dia tipu kau,  dia apa2 kan kau,  siapa yg susah??!! macam mana kamu boleh kenal dia?  " geram Azmi dibuatnya.  betul juga cakap abangnya tu,  lelaki sekrg ni mana boleh percaya.  kadg2 didepan ja baik,  di belkag kita,  siapa yg tahu.

"panjang ceritanya abang..  nanti je lah Ana ceritakan..  hah tu,  kereta hilux kat depan tu mungkin kereta dia,  sebab dia ada cakap tadi pasal rumah kosong tadi. " Ana menunjukkan kereta hilux milik Afiq di sebelah kanan mereka. 

stereng kereta perodua rusa dipusing ke kanan oleh Azmi perlahan2. kereta diberhentikan dibahu jalan. Azmi dan Ana turun dari kereta.

"selamat petang Encik..  " ucap Ana.

Azmi berjabat tangan dengan Afiq. 

"handsome juga budak ni. segak..tengok muka macam sebaya dengan aku je..  "  sempat lagi Azmi memuji ketampanan wajah Afiq.  Dia melihat susuk tubuh  Afiq dari atas ke bawah.

"jadi, macam mana?  awak nak kami belikan minyak ke?  atau awak nak kami tarik kereta awak ni guna kereta kami?  " tanya Ana sambil mengangkat tali yg digunakan untuk  menarik kereta.

"kami tarik kereta awak ni dari depan guna kereta kami.. aku dah tak larat nak pulang balik beli minyak kereta,  aku lapar ni.  kamu handle stereng kereta tu elok2..  jangan nak senang lenang pula" Azmi memberi Amaran.  bukan apa,  dia tidak berapa suka adiknya berkawan dengan orang yg tidak dikenali..  lebih2 lagi lelaki handsome.

"baiklah.. " balas Afiq sepatah.  dia hanya mengikut sahaja.  tak mahu merungut.  ada orang datang membantu dia sudah bersyukur.

"tapi bang,  nak letak bawa kereta ni pergi mana??  rumah??  " Ana tertanya2.

" yelah..  habis tu?  lepas makan abang tolong belikan minyak kereta lah..  " Azmi menjelaskan.

Afiq dan Ana mengangguk faham. 
usai kereta Afiq di ikat di belakang kereta Milik Ayah Ana,  mereka memulakn perjalanan.

* * *

Dari depan kelihatan Azmi memberi isyarat untuk masuk ke kiri.  Afiq juga memberi isyarat yg sama lalu masuk ke simpang yg sebuah rumah yg beratapkan atap berwarna oren.

kereta di letakkan di belakang kereta perodua rusa milik bapa Ana. 

Afiq turun dari kereta.  begitu juga dengan Ana dan Azmi.

"masuklah dulu.  makan.  lepas tu rehat,  baru aku belikan kau punya minyak kereta" Azmi memberitahu Afiq sebelum masuk ke dalam rumah.

"baiklah terima kasih.. " ucap Afiq berserta sebuah senyuman.

"rumah kau ke? " tanya Afiq kepada Ana.

"tak..  rumah bapa aku... " jawab Ana selamba sambil senyum sumbing sehingga menampakkan lesung pipitnya yg tidak berapa dalam itu.

menyampah pula Afiq dibuatnya. lesung pipit yg kelihatan di pipi Ana membuatkan Afiq tidak jadi marah.  
comel.  puji Afiq dalam hati.

"ni,  saya nak tanya Encik ni,  nama Encik ni siapa? " soalan Ana mematikan lamunan Afiq.

"Afiq.  just call me Afiq. " jawab Afiq.

"panggil saya Ana.  awak tak perlu panggil nama penuh saya macam yg awak nampak dalam IC saya tu.. "

"hmmm... " balasnya sepatah. malas2 mah bercakap.

" dah lah jom masuk.  apa2 pun jangan lupa,  janji tetap. janji!  saya dah tolong awak,  jadi hutang saya dengan awak dah beres!! " Ana mengingatkan Afiq.

"siapa kata hutang kau dengan aku lamgsai??  ada perjanjian hitam putih ke yg menyatakan hutang tu langsai?  " Afiq menduga Ana.

"amboi!  tadi kau yg kata kalau aku tolong kau,  hutang aku langsai! " Ana tidak puas hati.

"amboi!  dah tau nama panggil kau-aku pula?  bukan encik-saya  ke??  " Afiq cuba menyedarkan Ana dengan penggunaan kata ganti nama diri yg bertukar itu.

"suka hati saya lah!!!  jom masuk! " ajak Ana kasar.

"seraaamm I " Afiq berpura2 takut.  sebelum masuk ke rumah, Afiq sempat melihat kawasan luar rumah Ana.  tiba2 matanya terlihat sesuatu sehingga menyebabkan dia sikit lagi terlanggar motor scooter yg Ana selalu pakai.  kereta Abah??

Ana dan Afiq masuk melalui pintu dapur.  sengaja Ana membawa Afiq masuk melalui pintu dapur sebab boleh makan terus.  lepas makan boleh lah Afiq balik.  tak juga lama tengok muka Afiq ni. 

kehadiran Ana dan Afiq di pintu dapur dengan ucapan salam mengejutkan mereka yg sedang makan. Encik Rizman dan Puan Fatimah yg makan sambil membelakangi pintu dapur menoleh ke belakang.

"ummi!  abah! " Terkejut Afiq dibuatnya.

Encik Rizman terkejut dengan Puan Fatimah terkejut dengan kehadiran Afiq yg sedang bersama.  Ana yg masih tidak tahu keadaan sekarang hanya mampu tersenyum.



Minah Rempit VS Mamat Polis(completed) Where stories live. Discover now