Final: Tears of Sorrow

8.2K 670 251
                                    

Sebelum anda2 membaca chapter ini. Sumbatkan telinga anda dgn earphone. Selepas tu dgr lagu yg saya attach, baca sambil dgr lagu tu. Kalau tak boleh dengar lagu di atas, buka lagu yg paling sedih awak semua ada pastu boleh baru baca bab ini.
Lagu tu tajuk Endless Love versi piano.

♥♥

Setiap kali rebah, dia akan bangun menyerang musuhnya dengan Pedang Griffin. Dia tidak mampu menggunakan kuasa kerana sudah banyak kehilangan tenaga. Kelemahan bagi Lvanians adalah mereka tidak mampu menggunakan kuasa jika kehabisan tenaga. Walaupun dia tidak mampu serang dengan kuasa, dia masih lagi mampu menghunus pedang.

Isabelle melibaskan pedangnya ke arah Chronos tetapi tidak berjaya. Dewa itu tidak perlu mengeluarkan kuasa dan tenaga yang banyak melawannya. Chronos hanya berpeluk tubuh sambil mengelak serangan Isabelle dengan mudah. Walaupun serangannya tidak berhasil, dia tetap tidak akan mengalah menjatuhkan Chronos. Dia perlu selamatkan nyawa mereka semua walaupun ditentang oleh Aydan malah ayahandanya juga. Itu keputusannya.

"Isabelle... Hentikan..." Suara Aydan menerjah di mindanya merayu untuk berhenti melawan Chronos. Ada ketakutan di dalam suara abang kembarnya.

"Aku takkan biarkan semua orang mati..."

"Belle... Tolonglah hentikannya... Aku merayu pada kau..."

"Mimpi yang selalu menghantui kau... Aku rasa aku tahu..."

Isabelle menujah pedangnya ke arah Chronos tetapi dapat dielak dengan mudah. Chronos bergerak pantas di belakang gadis itu. Isabelle memusingkan badannya lalu melibaskan pedang ke arah Chronos. Dewa itu mengelak sekali lagi namun malangnya bahu kirinya tercedera apabila Isabelle pantas menukar pedang ke tangan kiri. Dia berhenti kelelahan apabila dapat mencederakan Chronos.

Darah hitam yang mengalir di bahu kiri dikesat dengan jari lalu dijilat. Dia dapat merasa sendiri darahnya sehingga menjilat sekali lagi. Luka akibat hirisan pedang Isabelle kembali pulih dalam sekelip mata. Dia memandang Isabelle dengan senyuman yang penuh makna. Pedang kabus hitam muncul ditangannya.

"Lets begin a real fight!" kata Chronos.

Pertarungan antara Isabelle dan Chronos bermula dengan disaksikan oleh Aydan dan Eidan. Beberapa orang di antara Heroic Knights mula sedarkan diri begitu juga dengan ibu bapa mereka. Mereka sangat terkejut melihat perlawanan tersebut terutama sekali Emelle.

Namun,mereka tidak mampu melakukan apa-apa kerana diri sendiri sudah cedera parah. Pertarungan itu lebih didominasi oleh Chronos. Isabelle tidak mempunyai peluang bertahan menyebabkan badannya luka-luka dengan teruk tetapi tidak mematahkan semangatnya.

Dalam masa yang sama, Anna sangat gelisah apabila berfikir tentang keluarga. Duduknya tidak kena. Kerjanya serba-serba tidak menjadi. Hatinya terasa tidak sedap hati sejak melepaskan keluarga ke bandar diraja. Nalurinya sebagai sebagai ibu mengatakan anaknya dalam bahaya. Dia juga risaukan Eidan. Anna asyik mundar-mandir di dalam khemah memikirkan keadaan keluarganya.

Dia keluar dari khemah terus menuju ke kandang kuda mendapatkan Ethion. Keputusan telah dibuat. Dia akan pergi ke bandar diraja untuk lihat apa yang telah terjadi. Dia tidak boleh menggunakan portal kerana kuasanya banyak digunakan untuk membantu tentera-tentera yang sakit. Anna naik ke atas Ethion. Kuda itu berlari pantas menuju ke bandar diraja seperti kemahuan Anna.

Pertarungan masih berlangsung. Isabelle masih gagahkan diri untuk bertarung dengan Chronos biarpun tubuhnya sudah terlalu lemah. Luka di badannya terlalu banyak akibat terkena hunusan pedang Chronos. Dia tidak akan mengalah dengan mudah. Tidak akan berputus asa!

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now