Chapter 18: Dragon Sword

12.5K 895 82
                                    

"Are you serious?" tanya Isabelle apabila melihat abang kembarnya yang sudah menggalas beg di atas belakang. Dia ragu-ragu akan kesungguhan Aydan.

"Yelah... Aku seriuslah. Kau tak nak ikut aku?" tanya Aydan dengan wajah bersemangat untuk memulakan satu pengembaraan yang sudah lama dinantikan. Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh Aydan.

"Okay... Kau serius... Tapi kau nak mulakan dari mana dulu?"

"Kat sinilah!"

"Then, kau nak pergi ke mana?" tanya Isabelle. Dia bukan nak mematahkan semangat Aydan tapi dia tak nak abang kembarnya buat keputusan terburu-buru. Tempat yang hendak dituju belum ketahui lagi lokasinya. Dalam perjalanan mahu ke sana, sama ada bahaya atau tak. Persiapan yang lengkap perlu dilakukan.

"Bonda suruh cari enam Ethereal Guardian, kan? Cari mereka jelah."

"Kat mana?"

"Urmmm..." Aydan ketuk jarinya pada dagu untuk berfikir.

"Kau tahu tak apa tu Ethereal Guardian?" tanya Isabelle lagi.

"Hmmmm... Binatang apa tu?" balas Aydan dengan soalan. Wajahnya kelihatan keliru.

"Itulah... Buat keputusan tak fikir dulu. Kau tak tahu apa benda, macam mana rupa mereka. Tapi nak pergi macam tu tanpa ketahui tentang mereka. Macam mana kau nak cari mereka?"

"Ada betul juga cakap kau. Kau tahu Ethereal Guardian apa?"

"Aku tak tahu. Ini kali pertama aku dengar," balas Isabelle jujur.

"Hek eleh... Kau ni... Cakap je lebih. Tapi sama juga dengan aku tak tahu benda tu apa," kutuk Aydan.

"Aku bukan ahli The Elite Scholar," balas Isabelle dengan geram.

"Ethereal Guardian? I know what it is," celah satu suara di muka pintu.

"Merak kayangan! Kau buat apa kat sini, hah? Kau curi-curi dengar perbualan kami ye?" marah Aydan.

"Kau tinggalkan pintu tak berkunci. Kebetulan aku lalu kat sini jadi aku dengar apa yang korang cakap. Jadi, betullah... Sebenarnya kau ni pewaris naga dan pengguna kuasa cahaya yang sebenar. A tale of legendary hero was true. Aku dah agak dah," kata Nea.

"Kenapa? Kau nak hebohkan semua orang?"

"Aku bagitahu atau tak. Keadaan takkan berubah. Semua orang tahu tentang kisah pahlawan lagenda tapi ia hanya cerita yang selalu didendangkan kepada budak-budak. Setengah mungkin percaya, setengah lagi mungkin tak."

"Okay! Thats it! Enough both of you," celah Isabelle sebelum abang kembarnya bergaduh dengan Puteri Sylvania.

Aydan dan Nea terdiam. Tapi masing-masing masih tayang muka tak puas hati. Tengah syok bergaduh orang datang celah. Potong betul!

"Kau tahu tentang Ethereal Guardian?" tanya Isabelle kepada Nea. Kalau ikutkan adab, dia tidak sopan memanggil Nea dengan panggilan begitu. Tapi mereka sudah kenal dari kecil. Jadi, tak perlu mereka berbeta dan berpatik. Jika ada orang lain, baru mereka guna panggilan istana.

"Technically, I already made some research about Ethereal Guardian but not enough. Thats why I'm here."

"Kau cakap kau datang sini nak tahu sejarah Astland!" celah Aydan.

"Itu salah satu tujuannya. Well... Astland terkenal dengan pusat pengumpulan ilmu dari pelbagai sumber. Tak heran ramai ahli Scholar berasal dari Astland. Jadi, aku datang sini sebenarnya cari maklumat untuk lengkapkan kajian aku," kata Nea.

"Kadang-kadang aku ragu-ragu kau ni sebenarnya Sellavian ke Dragwellestyn?" kata Aydan dengan maksud untuk menyindir Nea.

"We should go to Royal Library." Isabelle bersuara sebelum berlaku lagi pergaduhan antara Aydan Nea.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now