Special Episode: Tart Nenas

8.3K 581 67
                                    

Tiga orang sepupu berkumpul di tempat persembunyian mereka. Kat mana lagi jikan bukan di bilik Aydan. Mereka duduk di dalam bulatan untuk merancang strategi yang akan menentukan hidup dan mati mereka. Jika mereka tidak berjaya dan tertangkap, alamatnya mereka tidak akan mampu melihat tanah esok.

Aydan meletakkan sekeping kertas di tengah-tengah untuk meluahkan strategi yang sudah lama dia rancang sebulan yang lalu.

"Strategi kita macam ni... Benda tu ada kat sini. Jadi, kau masuk sini, aku masuk sini. Kau pula Exzer bagi signal kalau ada sesiapa yang nampak."

"Macam mana benda tu telah dialihkah?" Exzer luah kerisaunnya.

"Kau jangan risau. Pagi tadi aku dah pastikan benda tu ada kat situ."

"Macam mana kalau nenda tahu?" balas Lyon.

"Masa kita masuk sini. Malam nanti nenda, ayahanda kau dan kau dan aku, bonda aku, kau dan kau malah Isabelle, Emelle dan Violet ada kat sini," balas Aydan sambil menunjukkan ke arah muka Lyon dan Exzer.

Kertas yang diguna penuh dengan contengan orang lidi siap bertanduk. Strategi dirancang di atas kertas dah tak berupa strategi.

"Mesti Nenda nak kita berkumpul ramai-ramai. Habis la kalau bonda aku syak sesuatu. Tak makan esok aku," kata Lyon.

"Masa kita masuk sini mereka tengah syok berbual pasti mereka tak perasaan tentang kita." Aydan cuba yakinkan dua orang sepupunya.

"Aku takutlah..." ujar Exzer.

"Kau nak takut buat apa? Apa yang kita buat adalah tak salah. Macam mana benda tu habis sebelum kita rasa? Adik aku Violet tu dah sepuluh kali dia ambil," kata Lyon.

"Serius ke?"

"Kau nak ke tak nak?"

"Nak! Nak!"

"Malam ni berkumpul kat sini," arah Aydan.

Malam yang telah dijanjikan. Mereka mula melaksanakan rancangan mereka. Topeng muka dipakai untuk mengelakkan wajah mereka dicam. Mereka bergerak ibarat sang harimau yang berjalan dengan perlahan sebelum menyerang mangsanya.

Aydan dan Lyon berjaya masuk manakala Exzer duduk di satu sudut untuk memastikan line clear. Benda yang mereka idamkan dijumpai. Mission accomplished!

"Aabang..."

Perbuatan Aydan dan Lyon terhenti apabila melihat Violet berdiri di hadapan mereka dengan mata yang bulat dan comel.

"Culik Violet!"

"Mana boleh! Adik aku tu!"

"Kalau Violet menangis, kantoi kita!"

"Betul jugak!" Lyon tanggalkan topeng muka untuk tidak menakutkan Violet.

"Violet, come here," pujuk Lyon.

"Nonono..."

"I have something delicious for you," pancing Lyon lagi.

"Nak!" jerit Violet.

Lyon menekup mulut adiknya lalu mengangkat tubuh adiknya dalam pelukan. Setelah berjaya menculik Violet, mereka berdua terus menyelamatkan diri bersama Violet dan benda yang mereka curi. Mereka kembali masuk ke dalam bilik Aydan secara sembunyi. Violet yang diculik dilepaskan. Budak kecil itu bukan main seronok bila dia diculik ingat main olok-olok.

"Yeah! Misi kita berjaya!" jerit mereka bertiga. Eh, tak berempat tambah Violet yang tak tahu apa-apa.

Aydan membuka bekas yang dicuri tadi. Perlahan-lahan dia membuka bekas tersebut. Saat dia buka, harumannya menusuk ke dalam lubang hidung. Tanpa melengahkan masa dia terus masukkan ke dalam mulut.

Matanya dipejam erat untuk menikmati kelembutan adunan gandum yang kualiti tinggi yang telah diadun dengan sebati bersama mentega. Rasa manis buah nenas yang asli bermutu tinggi menaikan rasa keenakan tart nenas tersebut.

Balang tart nenas yang mereka curi di dapur tadi. Sebelum hari raya esok, mereka akan pastikan tart nenas ini hanya untuk mereka sahaja. Tiada siapa yang boleh merasainya. Hanya mereka. Curi balang tart nenas masa malam raya adalah benda wajib mereka lakukan setiap tahun.

"Nah, Violet rasa tart nenas ni," kata Lyon sambil menyuap tart nenas keada Violet.

"Mulai hari ini, Violet merupakan ahli kita yang baru! Say cheers to Violet!" isytihar Aydan.

"Yeay!" Violet menepuk tangan gembira tanpa mengetahui apa yang berlaku.

Di dapur...

Tukang masak memerika biskut raya untuk esok.

"Mana balang tart nenas?"

"Alamak! Tart nenas sudah hilang! Dimakan oleh Demon!"

*******

Selamat hari raya Aidilfitri. Minta maaf jika ada silap dan salah. I'm just a servant who have a lot of flaws. All I can say is sorry from depth of my heart ♥♥♥

Bila raya ni jangan jadi macam Aydan dan sepupunya yang curi biskut raya dengan Violet terjebak sekali. Nanti hidang biskut kering je kat tetamu😂😂

After raya, i will comeback with new updates. InsyaAllah.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!!!

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now