Chapter 10: Emelle

11.5K 889 70
                                    

Pedang yang berada di tangan Hyrez sudah mahu menyentuh tetapi sempat dihalang oleh Aydan dengan menggunakan pisau yang terselit di kasutnya. Dia bangun berdiri.

"Kau ni mengacau aku nak berfikir jelah," rungut Aydan.

Tanpa melengahkan masa, dia terus menyerang Hyrez dengan menggunakan pisau yang disimpan di celah kasut. Dua bilah pisau yang berada di tangannya. Pergerakannya makin lama makin pantas sehingga tidak dapat dihalang oleh Hyrez. Badan lawannya itu perlahan-lahan terluka tanpa disedari.

Aydan berhenti menyerang. Pisau yang berada di kedua-dua belah tangan dipusing dan bermain dengan jari. Langkahnya diatur ke arah Hyrez yang memegang sebelah lengannya yang mengalami luka yang dalam. Pisau yang berada di tangan mahu dilemparkan pada Hyrez tetapi tidak jadi apabila melihat seseorang yang dia tidak suka.

"What is going on here?"

Pisau yang berada di tangan Aydan terlepas. Dia kembali mengutip pisau tersebut lalu disimpan kembali pada celah kasut sebagai langkah berjaga-jaga bila ada orang serang hendap.

Pisau ni sebenarnya hadiah hari lahirnya yang diterima dari ayahanda ketika dia umur 15 tahun. Mungkin ayahanda faham yang dia jenis lasak dan suka buat hal jadi itulah hadiah paling sesuai untuknya. Dia pun suka.

"Hye!" sapa Aydan dengan tidak ikhlas tetapi sapaan tidak dibalas. Dia pun tak kisah.

"What are you doing here, Aydan?"

"Takde apa," tipu Aydan.

"Apa kau buat kat tempat Heroic  Knights? You're not suppose to be here. You're not belong here, Aydan. Know your place."

"Now, I'm part of this circle. What say you?" kata Aydan bagai mencabar si sepupu yang baru sahaja dilantik sebagai pengetua akademi.

"Lebih baik kau pergi sebelum aku kenakan hukuman berat ke atas kau," kata Emelle yang masih bersabar dengan kerenah Aydan.

"Orang yang boleh mengarahkan aku hanya seorang. Eh, tak! Dua? Oh, ya! Tiga orang. Itu pun tak mampu buat aku ikut cakap mereka. You should know that."

"Lebih baik kau pergi sementara aku masih boleh tolak ansur dengan kau."

"Kau tak faham apa yang aku cakap."

"Aydan! Berambus dari sini sekarang!"

"Make me!"

"Aku bagitahu..."

"Kau nak bagitahu apa? Hah? Cakaplah! Kau, ingat... Bila kau dah jadi pengetua akademi, aku ikut cakap kau? Memang taklah."

Emelle mengetap gigi geram. Sepupunya ini sangat degil dan keras kepala. Dia yang lebih tua dari Aydan tidak dihormatinya langsung malah dibuatnya macam musuh ketat. Bukan itu sahaja, Aydan juga selalu menaikkan darahnya tetapi disabarkan hati sebaik mungkin atas nasihat ayahandanya.

"Kau kena bersedia jumpa ayahanda kau nanti..." kata Emelle melalui minda Aydan.

Aydan mendengus kegeraman apabila menerima telepati dari si sepupunya itu. Memang dia sudah agak yang Emelle akan jadi penyampai berita kepada ayahandanya selepas Isabelle. Bertambah 'bodyguard' aku. Dia melangkah ke arah Emelle.

"Ini darah. Darah ni warna merah. Darah aku dan darah kau tak sama walaupun mempunyai warna yang sama. Darah ni menyusahkan aku. Macam kau yang menyemak dalam hidup aku," kata Aydan sebelum melangkah pergi.

Emelle hanya mendiamkan diri. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh Aydan. Tidak mahu membalas kata dan mengeruhkan keadaan sebab dia tahu yang Aydan jenis mudah panas kepala. Jadi, dia biarkan sahaja.

Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now