Chapter 64: A Long Night

7.5K 596 104
                                    

Mintak tolong jangan gelakkan peta itu. Seresly, i don't know anything about war. Apa yg dilukis adalah berdasarkan imaginasi NH.

🔱

DI Wasteland, beratus ribu Demons telah berkumpul dengan senjata yang telah ditempa oleh Lvanians yang jadikan hamba sebelum semua dibebaskan oleh Emelle beberapa bulan lepas. Bilangan mereka bertambah ramai dari semasa ke semasa kerana dibiak di dalam kuasa kegelapan yang dimiliki oleh Chronos. Mereka sedang berusaha memperbanyakkan bilangan Demons agar dapat menawan Sylvania. Dengan itu, Chronos akan memerintah mereka. Taat setia yang telah disumpah oleh Demons sejak dahulu kala.

Di dalam istana, seekor Demons berbadan tegap tetapi perutnya buncit. Wajahnya menggerutu dengan mempunyai sepasang mata bulat hampir sembul keluar. Giginya jongang dan berjarang ke depan kelihatan seperti taring tumpul. Di tangannya memegang satu bekas tin berbentuk kuboid. Dia melangkah menuju ke penjara tingkat atas yang terletak bertentangan dengan bilik singgahsana Tralgar dahulu.

Bekas tin yang kehitaman dan berlumut itu ditolak ke dalam penjara yang berjerigi besi yang mempunyai ruang di bawah. Bekas tin kuboid itu berlaga dengan dinding lalu menghasilkan bunyi dentingan. Isi yang berada di dalam bekas tin itu tertumpah keluar sedikit.

"Lunch as known as dinner, hahaha...Demon itu berlalu pergi dengan ketawa.

Bekas tin dibawa oleh Demons tadi ditarik. Makanan yang sama telah dihidangkan kepadanya sejak dia dikurung di situ. Dia tidak ingat bila dia berada di sini. Saat dia membuka mata, dia sudah mendapati jasadnya telah berada di penjara. Kali terakhir dia teringat masa di Astland, menghadiri sambutan hari lahir Isabelle dan Aydan. Selepas itu hari-harinya diluangkan masa di dalam penjara yang busuk dan berhapak. Apabila melihat keadaan penjara itu, dia sudah agak yang dirinya berada di dalam istana Wasteland. Mesti ada sesuatu yang memerangkap dia sehingga berada di sini.

Makanan yang dibawa kepadanya dipandang sepi. Cecair berwarna hijau pekat dengan ulat sebesar ibu kaki berada di dalam bekas tin itu. Pada mulanya ia diberi kepadanya, tengkuknya cepat sahaja kembang dan mual. Dia kerap kali muntah-muntah apabila makanan itu diberi. Sekali pun dia tidak merasa sudah buat dia rasa mual. Namun, setelah beberapa hari dihadap benda yang sama dia jadi lali. Tetapi dia tidak akan makan makanan jijik itu.

Mangga yang mengunci dirinya ditanggalkan oleh seekor Demon. Pintu jerigi besi dibuka seluas mungkin. Walaupun pintu itu tidak berkunci, dia tidak akan keluar dari situ. Hal ini kerana kuasanya telah dikunci oleh Chronos. Nama itu bergema dalam hatinya. Rasa dendam dan benci meluap-luap dalam hati. Chronos! Syaitan yang buat dia jadi begini.

Demons itu mencengkam bajunya dari belakang memaksa dia untuk bangun. Dia cuba untuk melawan tapi apakan daya tenaga telah disedut oleh rantai hitam yang membelit kaki dan tangannya. Dia gagahkan diri untuk berdiri dan melangkah keluar dari pe jara itu. Rantai besi di kaki kiri bersambung di kaki kanan berdentingan di atas lantai saat dia melangkah. Langkahnya jadi berat angkara rantai itu.

Saat bilik singgahsana sana dibuka, badannya ditolak kasar sehingga dia jatuh tersemban di atas lantai. Tubuhnya terasa sengal dan sakit. Dia mendecit perlahan.

"How dare you treat my Crown Prince like that!" Seorang lelaki yang duduk di atas singgahsana berang apabila dia diperlakukan kasar. Aura kegelapan menyelubungi lelaki itu.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Book 2: Aydan the Angele [✓]Where stories live. Discover now