Waktu Iman Nadhirah hilang dalam ekspedisi berbasikal beberapa bulan lalu. Lelaki itu juga yang mencarinya tanpa menunggu bantuan daripada para fasilitator.

Waktu Iman Nadhirah jatuh sakit kerana basah lencun meredah hujan yang lebat. Lelaki itu siap ambil cuti semata-mata hendak menjaga Iman Nadhirah yang sakit.

Waktu Iman Nadhirah hilang dalam rumah hantu, Zafriel Adrian yang cari dan bawanya keluar dari tempat itu.

Bukti apa lagi kau nak, Iman Nadhirah?

"Dia memang tak pernah luahkan, mungkin kerana dia nak you terima dia dulu. Bila you dah terima dia sepenuhnya maybe dia akan luahkan?" Tambah Zaara lagi.

"Kalau you tak percaya pasal hal pertunangan dan perkahwin atas dasar keluarga, why not you ask your parents or Nadzir ataupun Zafriel sendiri?" cadang gadis itu.

Iman Nadhirah menyelukkan tangan ke dalam beg yang dibawa bersama mencari telefon pintar. Baru dia teringat, dia meninggalkan telefonnya di bilik Zafriel Adrian. "Ermm.. Zaara, boleh aku pinjam phone kejap? Phone aku tertinggal kat rumah."

Bukan tertinggal, sengaja tinggalkan sebenarnya!

Zaara mengangguk.

Iman Nadhirah mengerutkan kening apabila sedar hanya telefon dan dompet saja yang Zaara bawa. "Kau memang bawak dua benda ni aje kalau ke mall?"

Zaara senyum. Dia geleng. "Taklah. I ada butik kat sini. Oh, kalau you nak tempah baju ke beli baju ke datanglah ke butik I. Zaara's Collections tu my boutique."

Iman Nadhirah mengangguk. Dia mendail nombor Tan Sri Nazmi. Kalau mama mesti dia panik habis nanti, baik call papa je. "Kejap eh?"

Gadis itu bangun dan pergi ke tempat jauh sikit dari Zaara. Apabila panggilan bersambut, Tan Sri Nazmi memberi salam dan bertanya, "siapa ni?"

"Waalaikumussalam. Ni Irah, pa. Irah pakai nombor kawan sebab telefon Irah takde bateri."

"Oh... kawan? Kamu kat mana ni? Zafriel kata, semalam kamu pengsan sebab tak makan, dah sedar dah? Demam dah kebah?"

Iman Nadhirah gelak. "Papa, banyaknya soalan! Mana satu Irah nak jawab ni? Irah kat mall ni."

"Kat mall? Dah bagitahu Zafriel?"

"Dah," jawab Iman Nadhirah ragu-ragu. Harapnya umi dah bagitahulah si Zafriel tu!

"Hmm... kenapa call ni?"

"Irah nak tanya ni, papa kena jawab sejujurnya, boleh?"

"In shaa Allah. Ha apa dia?"

"Betul ke Irah dengan Zafriel pernah bertunang dari kecik?"

Soalan itu bisa menjerat hati Tan Sri Nazmi. Dia bungkam seketika. Dari mana anaknya tahu?

"Papa?"

"Ya ya, betul."

"Satu lagi, betul ke perkahwinan kita orang bukan papa dengan abi yang suruh?"

Makin terkejut Tan Sri Nazmi. Rahsia demi rahsia terbongkar.

"Papa, jawablah. Irah tak mengamuk, Irah takkan marah. Irah cuma nak tahu aje."

"Betul. Pada mulanya memang kita orang yang suruh tapi lepas perbuatan Hilman pada kamu malam tu, papa suruh Zafriel putuskan pertunangan kamu berdua. Tapi dia bertegas tak mahu, dia nak kahwin dengan kamu. Dia nak lindungi kamu. Setelah berfikir panjang dan berunding dengan abi, barulah kami semua setuju."

Iman Nadhirah senyum. Gembira kerana persoalan di mindanya telah terjawab. "Terima kasih papa. Irah pergi dulu. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now