"Ss-sorry! Sakit sangat ke?"

Kelam kabut aku meminta maaf. Dia tiba-tiba tergelak kecil. Eh, kenapa pulak ni?

"It's okay sayang. But, i have something to ask you."

Kerinting bulu hidung aku dengar dia panggil aku sayang. Lawak pun ada juga. Tapi tawa aku tahan. Karang tak pasal-pasal aku pulak yang ditampar nanti. Hm, bunyinya macam serious.

"Apa dia?"

Aku memandangnya. Mata dia merenung tepat ke mata ku. Seram sejuk aku dibuatnya.

"You don't remember me?"

Apahal pula ni? Aku kenal dia ke? Raut wajahnya ku perhati.

"Hmm, i don't think so."

Tangan kanan ku bawa ke dagu. Mengusap-usap daguku seperti memikirkan sesuatu.

"It's me. Mikael. Tak ingat ke?"

Mikael???! Mikael macho ke ni? Yatohan, serious ke ni? Okay untuk pengetahuan semua, dia ni lah crush aku time aku form 3 dulu. Kitorang satu kelas. Aku tak pernah bagitahu pun yang aku suka kat dia. Tapi adalah satu hari tu, rahsia aku terbongkar. Aku malu gila sampai aku tak bercakap langsung dengan dia. Actually aku bukan selalu bercakap dengan dia pun. Ok jujur. Aku tak pernah bercakap dengan dia langsung.

Tapi malu aku tu sementara je. Sebab beberapa hari lepastu, aku dapat tahu yang dia pindah sekolah. Kiciwa jugak lah time dia pindah. But sokay, crush aku keliling pinggang. Hilang sorang je pun. Banyak lagi spare parts. Tapi en, banyak-banyak crush aku, dia paling aku sayang! Awwww. Ei, gedik je! Aku cuba untuk bertenang.

"Oh. K. Aku ingat dah."

Rasa terkejut aku kawal. Tak sangka. Crush aku yang dulu, suka dekat aku. Heaven rasanya. Tapi sayang. Aku bukannya suka dekat dia lagi pun. Beza dah muka dia dulu dengan sekarang. Patutlah aku tak cam. Dulu dia ni selekeh je. Hingus meleleh. Seluar londeh. Gemuk. Hitam. Erk. Takde lah aku gurau je hahaha. Dia dulu hensem jugak. Cuma sekarang dia nampak lebih matang... kot.

"Kau tak terkejut ke?"

Dia bertanya kepada ku. Muka aku selamba. Bahasa daripada 'awak-saya' bertukar kepada 'kau-aku'. Nasib baik lah. Awkward pulak kalau nak cakap saya-awak sepanjang masa.

"Tak lah sangat. Biasa je. Tak sangka dapat jumpa classmate lama."

Aku menghadiahkan segarit senyuman.

"Aku suka kau."

Aduhmak! Dia confessed lagi!

"A-aku ada hal. Bye."

Aku memalingkan badan menuju ke khemah. Baik aku bla cepat.

Tanganku ditarik dan serta merta aku berada di dalam dakapannya. Dia memelukku erat. Pelukan yang hangat.

Astaga! Astaghfirullah! Naya aku! Kalau orang nampak ni, mahu di call nya pencegah maksiat!

Badannya aku tolak kuat. Dia masih berdegil dan memelukku dengan lebih erat. Sesak nafas aku. TOLONG! SEXUAL HARASSMENT!

Tenaganya begitu kuat. Aku dari tadi memukul dada bidangnya pula yang naik lenguh tangan dibuatnya.

"Woi! Korang berdua buat apa tu ha?!"

Satu suara kedengaran. Yusof. Aku berlari kebelakangnya. Menyorok disebalik badannya. Tak tahu lah tiba-tiba aura gedik merasuk jiwa pulak. Bukan apa, bahaya aku tengok si Mikael yang muka macam perogol tu. Hilang respect aku kat dia. Sedap-sedap je peluk anak dara orang! Tahu tak haram? H-A-R-A-M. HARAM!

Mikael buat tak endah dan dia berlalu ke khemahnya. Yusof pusing menghadapku. Wajahnya ku pandang. Handsome! Bahagianya bila sentiasa dikelilingi oleh jejaka tampan!

"Kau okay tak ni?"

Yusof bertanya. Kata-katanya aku balas dengan anggukan.

"Thanks."

Pukkk!

Dahiku ditunjal separa kuat. Kepala ku angkat dari meja. Aku tengah sedap-sedap termenung. Ish, ada je nak ganggu tau! Dahiku pegang. Sakit ler jilake.

"Siapa yang nak mati awal sangat ni haa?!"

Aku menjerit. Meja aku tepuk kuat. Protes! Geram dengan gerangan yang berani mengganggu alam 'termenung' aku.

"Ehem, ehem."

Papa merenung tajam kepadaku seperti nak telan aku hidup-hidup. I'M DEAD. FISH.

............

Salam ramadhan anak-anak 😂✨

GADUH [✔]On viuen les histories. Descobreix ara