Tangan kiriku cuba membuka cengkamannya pada lengan tangan kananku. Tapi tidak berjaya apabila tangan kiriku ditangkap oleh tangannya yang lagi satu.

Means kedua-dua tanganku kini dicengkam olehnya.

"Hei, lepaslah!"

Aku meronta-ronta. Nasib baik kat blok ni takde orang lalu-lalang. Kalau tak mesti orang ingat aku dengan Yusof ni bergaduh kerana aku nak putus dengan Yusof, tapi Yusof taknak lepaskan aku. Ala,macam pasangan bercinta bergaduh kat dalam televisyen tu.

"Apa yang susah sangat kau nak mengaku ni haa Aisyah Humairah?! Dasar pervert!"

Yusof bangga kerana dapat menghafal nama perempuan di hadapannya. Dia tahu nama perempuan tu pun sebab Cikgu Ismail ada sebut dekat bilik disiplin haritu.

Aisyah terkejut jugalah sebab tak sangka Yusof menghafal nama penuhnya. Tapi masalah sekarang ni kan, asal dia ni bengap sangat? Paksa-paksa aku mengaku benda yang memang aku tak buat pulak.

"Kang kalau aku cakap kau bodoh nanti kau marah. Tapi tulah kenyataannya."

Yusof mencengkam tangan Aisyah dengan lebih kuat. Matanya dijegilkan.

Haa marah lettuw. Atototo comelnya dia. Tu aku sindir je ok.

"Aww, sakit lah. Lepas boleh tak."

SAKIT LER BARBIE!

Mataku mula bergenang. Ni serious sakit. Aku bukannya jenis cengeng kuat menangis tapi ni betul-betul sakit tau.

Yusof yang melihat mata Aisyah sudah berkaca-kaca menggelabah. Tak pernah-pernah dia buat anak dara orang sampai menangis macam ni. Cengkamannya pada tangan Aisyah dilepaskan.

"Err Mai, sorry ler. A-aku tak sengaja. Sorry weh. Kau janganlah nangis."

Yusof tak tahu nak panggil Aisyah apa sebenarnya. Tapi dia dengar Cikgu Ismail memanggil Aisyah, Mai so dia pun panggil Mai ajelah. Ok tu tak penting pun sekarang ni.

Aisyah menangis akhirnya. Teresak-esak dia menahan sendu. Lengannya digosok perlahan-lahan. Mesti dah lebam ni.

Selalunya kalau kau menagis, lepastu orang cakap 'weh janganlah nangis', tapi tu sebenarnya akan buat kau lagi nak nangis. KEBIASAANNYA LAH.

Yusof aku abaikan dan langkah ku atur laju ke library. Air mata aku kesat dengan lengan baju kurung. Ei selekeh. Nasib baik takde hingus.

Melihat Aisyah berjalan laju menuju ke library tanpa menghiraukan kata maafnya. Sugunung rasa bersalah seperti mengimpap kepalanya. Kakinya dibawa laju mengejar Aisyah.

Yusof POV

"Mai! Mai!"

Aisyah mengabaikan panggilanku dan terus masuk kedalam library. Ego aku yang selama ni tak pernah jatuh hilang entah kemana. Cuma satu yang berada dalam kotak fikiranku.

'Minta maaf.'

Aku masuk ke dalam library. Kelibat Aisyah ku cari. Tiada. Aku terus naik ke tingkat dua.

Aku nampak Aisyah sedang duduk di sebuah meja sambil membaca sebuah novel. Matanya sembab. Dan penyebabnya adalah aku.

Perlahan-lahan aku mendekati meja itu dan mengambil tempat di hadapannya. Matanya dikalih memandangku. Aku dibuat seperti tidak wujud. Mukanya tidak menunjukkan sebarang riak.

Matanya dikalih kepada novel semula.

"Mai."

Lengannya ku cuit perlahan. Menyuruhnya untuk memandangku. Dia pandang aku dan membuat gerak mulut 'don't touch me.' Aku dijeling. Fuhh, first time aku rasa seram macam ni.

"Mai, aku serious ni. Sorry ah wei. Aku ter-over sikit tadi. Aku minta maaf eh."

Ucap Yusof mendayu-dayu.

Aisyah memandangku sayu. Keluhan kecil dilepaskan perlahan tapi telinga ku masih dapat mendengarnya.

"Okay."

Eh, dia cakap apa tadi? Okay? Okay kan? Yesss. Tak sangka aku ni ada bakat jugak dalam memujuk hati seorang perempuan. Acia cia cia.

Aku tersengih. Niat aku nak bicarakan tentang hal toilet itu aku buang jauh-jauh. Walaupun hatiku ni masih keras mengatakan bahawa dia ni nak skodeng aku.

Wajahnya ku tenung. Dari matanya yang bulat di sebalik cermin mata bulatnya turun ke hidungnya yang agak mancung dan seterusnya bibirnya yang pink. Comel. First time aku nampak dia pakai spec. Cute je. Ehhh, apa aku cakap ni? Sorry tadi tu tak sengaja. Lupakan ya semua.

"Apa pandang-pandang? Tersengih-sengih. Aku tahu la aku ni lawa tapi janganlah tenung aku macam tu. Tak selesa tahu?"

Aisyah yang khusyuk membaca novel tidak senang duduk apabila Yusof merenung mukanya lama sambil tersengih-sengih.

"Err, mana ada."

Aku alihkan pandangan. Ish malunya. Dia perasan pulak yang aku tengah pandang dia. Tersengih-sengih pula tu. Wadduh wadduh malu bangat aku. Om telolet om! K merepek.

Aisyah memandang Yusof.

"Mana ada apa? Aku ni tak lawa ke?"

Aisyah mengangkat sebelah keningnya.

"Lawa! Eh tak tak! Err bo-boleh la."

Tergagap-gagap Yusof menjawab. Dah lah terlepas cakap tadi.

Kejap kata lawa, kejap tak, ni boleh la pulak mana satu ni. And, apahal muka mamat ni merah semacam je? Blushing ke bang?

"Dah lah aku bla dulu. Kau kalau suka kat aku cakap. Jangan skodeng aku dekat toilet. Tak senonoh perangai tu. Bye."

Yusof meninggalkan Aisyah yang sedang terpinga-pinga.

'Dia cakap aku suka kat dia? Takde masa aku. Haih, perasan betul orang nak skodeng dia. And, I'm not pervert okay. Lantak dia lah.'

Aisyah berkata di dalam hati.

Novel yang bertajuk 'Nenekku Minah Rempit' di sambung baca.

GADUH [✔]Onde histórias criam vida. Descubra agora