Epilog

988 104 5
                                    

Disaat Xiumin membuka mata, dia hanya terpaku sahaja. Dia sudah lupa bagaimana dia boleh berada di katil hospital. Kesakitan di bahu masih terasa pedihnya.

Matanya melilau sekeliling. Tiada siapa yang berada di dalam bilik itu. Hanya dia seorang yang terkebil-kebil.

"Chen? Mana Chen?" Bisik Xiumin. Dia cepat-cepat bangun dari katilnya. Dengan hanya berbaju pesakit hospital, dia segera keluar dari bilik itu. Cuba menyelinap keluar sebaik mungkin tanpa dilihat mana-mana doktor atau nurse.

Sebaik sahaja dia keluar dari bangunan hospital itu, dia terpana sebentar. Peluh sejuk mula mengambil alih pada badannya. Yang pasti, dia sangat terkejut. Mahu sahaja dia menjerit di situ.

Dia kembali pada tahun 90-an. Betul apa yang D.O katakan! Dunia sudah kembali pada tarikh dulu. Tidak puas hati, dia berlari lintang pukang. Cuba mencari dorm mereka dahulu.

"A-apa yang terjadi!?" Jerit Xiumin ketakutan. Tempat itu merupakan hutan. Tiada pembangunan mahupun orang yang berada di sekitar itu. Namun, dia mengikut alamat dan jalan yang sama. Di mana dorm?

"Tak mungkin. Ini tak betul!" Dalih Xiumin. Dia terduduk memikirkan apa yang harus dilakukan. Benda yang pertama muncul ialah keluarga. Di mana keluarganya? Bagaimana keadaan mereka sekarang!?

Tanpa menangguh dengan lebih lama, dia segera mencari jalan untuk pulang ke rumah ibu bapanya. Sejujurnya dia hanya berjalan kaki, tapi entah kenapa dia tetap sampai ke destinasi dalam masa yang pendek sahaja. Adakah dia tidak berada di dunia lagi? Semua benda di sekelilingnya mampu membuatkan dia menjadi gila jika dia terus berfikir.

Entah berapa lama dia berjalan kaki ayam yang menyebabkan kakinya sakit, dia nampak rumah keluarganya yang sentiasa dirindui. Bibirnya terus mengukir senyuman yang paling bahagia sekali. Pada saat dia ketakutan begini, hanya pelukan dan kata-kata semangat dari ibu bapanya sahaja yang mampu menyenangkan hatinya.

Debaran makin terasa. Tapak tangan yang berpeluh itu menekan loceng rumah.

"Sekejap!" Jerit suara omma Xiumin dari dalam. Xiumin boleh rasakan jantungnya makin kuat menghentak dada. Apa reaksi ommanya melihat dia sebagai seorang pemuda yang dewasa sedangkan dia masih kanak-kanak pada tahun 90-an?

"Ya, cari siapa?" Dia terpana melihat wanita muda yang masih dalam 20-an umurnya. Tidak disangka itu ommanya masa muda. Bibirnya tersenyum makin lebar sebelum memeluk erat perempuan itu.

"Omma! Omma!" Xiumin mula meraung hiba. Air mata berguguran tidak henti-henti. Dia tidak kisah apa sahaja yang terjadi dalam dunia ini selagi ibu bapanya masih menerimanya sebagai anak.

"Eh! Apa kau ni? Lepas la!" Marah omma bersungguh-sungguh. Dia menolak badan Xiumin sekuat tenaga yang ada. Riak ketakutan terlakar pada wajahnya.

"Omma. Siapa tu?" Xiumin mengerling ke arah kanak-kanak kecil yang berjalan mendekati omma. Tangannya yang kecil memegang erat tangan ommanya. Itu Xiumin. Xiumin masa kecil.

"O-omma.. ini Xiumin.. Omma tak kenal ke?" Matanya merenung perempuan itu. Dia nampak kebencian, ketakutan dan kejijikan dari pandangan ommanya. Ommanya segera menutup pintu. Dia dapat dengar dengan jelas bunyi kunci dipasangkan. Suara kanak-kanak masih kedengaran.

"Omma.." Xiumin tersedu-sedan menangis apabila keluarga sendiri tidak mengenali dirinya. Dia bangun dari tanah. Baju hijau hospital itu sudah kotor sedikit. Dia melangkah tanpa arah. Otaknya pusing. Jika dia kembali ke hospital, hanya Chen sahaja yang ada. Itu pun kalau Chen masih mengenalinya.

Dengan hati yang terluka, Xiumin mengesat air mata yang masih laju mengalir.

"Tak! Tu mungkin bukan keluarga aku. Mungkin aku silap orang." Xiumin cuba percaya ini masih tahun 2017. Dia memandang beberapa perempuan yang sedang bercakap sesama mereka. Tidak silapnya, semua perempuan kenal kumpulan EXO. Mereka merupakan kumpulan antarabangsa.

✔PulauWhere stories live. Discover now