Pengakhiran

902 103 5
                                    

"Tapi sebelum tu." Xiumin memandang D.O. Pisau digenggam erat.

"Aku nak kau bagitahu semua benda. Kau mengaku je lah D.O. Baru aku boleh bunuh Chen senang hati." Ujar Xiumin. D.O kelihatan tidak mahu sebelum menarik senyuman. Dia sedar semua ini akan berakhir juga. Jadi, ada bagusnya kalau dia mengaku. Tak ada la sia-sia sangat kalau seseorang tahu rancangan dia yang sebenar.

"Begini la hyung. Aku buat semua ni untuk .. penaklukan dunia. Aku nak semua orang tunduk kat aku. Aku suka.. perhatian orang ramai. Buku yang korang jumpa, semuanya dalam tu. Aku tak tamak Hyung. Aku buat satu-satu. Mula-mula bagi korang cecair pelik yang aku jumpa dalam tu. Kesan dia lain-lain." D.O berpeluk tubuh. Memandang Xiumin yang duduk kaku di atas rumput menghijau.

"Kesan apa?" Tanya Xiumin.

"Macam apa yang berlaku dekat korang. Sorang hilang ingatan. Sorang nampak benda hitam. Sorang rasa macam dia keseorangan. Sorang dengar suara pelik-pelik. Sorang lagi tak dapat kawal badan sendiri. Dan yang paling penting, buat semua orang tidur nyenyak dengan mimpi yang aku bagi. Best bukan? Aku suka cecair ni semua. Tengok Lay. Sampai mati pun dia tak ingat apa-apa pasal  rancangan aku. Bahkan dia ingat aku tak bersalah langsung." D.O ketawa senang. Gembira sungguh apabila melihat semuanya berjalan seperti yang dirancang.

Xiumin mula mengetap bibir. Geram dan amarah lebih banyak menguasai dirinya. Sekali-sekala dia menjeling ke arah Chen yang diam membisu. Hanya mendengar apa yang dibicarakan.

"Lepas tu, aku mulakan operasi aku. Buat kau semua ingat ni sebuah percutian... dengan bantuan Chen yang baik hati ini." D.O tunduk lalu mengelap darah dari tepi bibir Chen. Dia tersengih apabila dapat melihat betapa takutnya Chen.

"Best! Sangat best. Aku aturkan macam mana aku nak. Betapa kejamnya aku boleh buat kau fikirkan kematian. Betapa terujanya masa lihat korang sibuk fikir pasal Chen dengan Suho sedangkan aku ada depan korang." D.O tersengih-tersengih seperti mengulang tayang apa yang berlaku di dalam fikirannya sekarang.

"Kai! Macam mana pula dengan Kai?" Tanya Xiumin tidak puas hati.

"Ah, Kai? Dia.. hmmm.." D.O diam sebentar sebelum menyambung.

"Aku boleh katakan yang dia paling malang antara korang semua. Sebab aku bunuh dia masa dia dalam sedar sedangkan korang dalam tidur. Opps, jangan salahkan aku. Salahkan Lay sebab apahal dia pergi bagitahu Kai yang sakit? Bukannya dia boleh buat apa-apa. Kenapa tak bagitahu kau ke? Baekhyun? Sehun? Siapa-siapa la. Ataupun bagitahu satu group. Sudah semestinya aku yang kalah." D.O menghenjut bahunya.

"Lepas ni.. korang.. tak tak! Semua orang dalam dunia ni akan tunduk pada aku! Do Kyung Soo!" D.O membulatkan mata dengan senyuman lebar. Menunjukkan betapa kagum dan hebatnya jika semua itu berlaku.

"Dari mana kau tahu ni? Semua ni mustahil!" Marah Xiumin. Dari otak logiknya, sudah pasti dia tidak boleh membayangkan sejauh mana kebenaran semua ini. Semua ini terlalu jauh dari pemikiran rasionalnya.

"Mustahil? Lebih baik kau fikir banyak-banyak hyung. Sejauh mana dah rancangan aku dah berjaya. Dah 2/3 betul. Aku hanya perlu bunuh korang berdua dan semuanya akan terjadi!" Jerit D.O teruja.

"M-macam mana pula dengan pengakhiran dunia!? Aku tak pernah dengar pasal tu." Tambah Xiumin.

"Pengakhiran dunia? Mari aku cuba terangkan untuk kau, Xiumin hyung. Masa aku dah siapkan boneka manusia yang aku cantum bahagian badan korang. Dunia ni akan berakhir atauapun lebih tepat.. penyucian jiwa semua manusia. Korang akan sedar balik apabila masa akan diundur ke masa lalu. Masa tu, manusia akan tunduk pada aku." D.O berkata dengan bersungguh-sungguh. Mahu menyampai benar-benar apa yang dia rasakan.

"Bodoh! Kau dah gila D.O! Semua yang kau buat ni tak ada jalan keluar! Kau sendiri akan mati! Tak ada orang akan tunduk kepada kau. Kau ingat kau siapa?!" Balas Xiumin kemarahan. Hatinya panas apabila mendengar kata-kata D.O yang hanya tahu tentang diri sendiri.

"Aku gila? Memang betul hyung. Aku mengaku! Aku dah gila kuasa. Dan.. benda ni tak ada ubat." D.O merenung sayu ke arah Xiumin. Terselit rasa takut di dalam jiwa Xiumin apabila melihat betapa cepatnya D.O boleh berubah mood.

"Bila penyucian jiwa tu berlaku, kau semua tunduk pada aku. Itu aje aku nak hyung." D.O kembali ketawa.

"Dan kau juga Chen. Kau juga akan tunduk pada aku seperti mana kau buat sekarang. Kau bangga bila tengok kau sanggup berpaling tadah untuk aku. Tempat kau lebih hina." D.O menepuk-nepuk pipi Chen perlahan. Mahu membuat Chen ingat betapa hodohnya seorang yang bergelar pengkhianat. Tambah-tambah terhadap kawan sendiri.

Chen hanya mampu menerima bulat-bulat semua kata-kata D.O. Sudah tiada makna lagi. Baginya ini semua sudah berakhir.

"D.O." panggil Xiumin sayu. Sudah habis perkataan untuk dia ucapkan.

"Kenapa hyung? Apa yang kau ragukan lagi?" D.O mendegus sebelum mendekati Xiumin. Kolar baju Xiumin ditarik kasar agar Xiumin berdiri sama tinggi dengannya. Xiumin mengaduh perlahan.

"Apa-apapun kau fikirkan kat sini.." D.O menunjal dahi Xiumin.

"Dah tak ada makna." Sambung D.O angkuh. Dia tidak sedar pisau masih berada dalam genggaman Xiumin.

"Sekarang, aku tengah duduk di tepi kau. Menunggu kau bangun aje." D.O senyum.

"Kau lupa ya." Xiumin tersenyum balik. Entah macam mana, satu idea masuk ke dalam kepalanya.

"Mereka semua ada di sini. Kai, Baekhyun,Suho, Lay, Sehun dan Chanyeol." Xiumin tersengih sebelun menunjuk ke arah belakangnya. Cukup untuk membuat mata D.O membulat.

"Hai Kyung Soo." Mereka tersenyum melihat D.O memandang mereka.

"Hah! Kau ingat aku takut?!" Jerit D.O kemarahan. Berfikir macam mana mereka semua yang sudah mati ada di situ. Bayangankah?

"Aku bukan nak buat kau takut D.O. Inikan imaginasi kau. Semua yang ada dekat sini adalah berpandukan apa yang kau fikir. Mengaku je lah D.O. Kau sebenarnya... menyesal." Ujar Xiumin yakin. Dia dapat melihat dengan jelas D.O yang kelihatan terkejut.

"A-apa kau cakap? Jangan aku buat aku ketawa hyung!" D.O berdalih.

"Bukan ke semua ni kau yang kawal? Jadi macam mana diorang boleh ada? Siap boleh bercakap dengan kitorang. Boleh bagitahu aku apa yang berlaku. Boleh bagi amaran." Xiumin tersengih melihat D.O mula teragak-agak. Genggaman pada kolarnya makin longgar.

"Satu ; kau rindukan diorang. Sebab tu kau asyik fikirkan diorang. Dan tengok la, diorang memang ada di sekeliling.
Dua ; kemungkinan besar kau sebenarnya nak seseorang marahkan kau atas apa yang kau buat. Sebab tu, kadang-kadang diorang bagi hint tentang pembunuh." Xiumin diam. Hanya merenung D.O. Sejujurnya dia rasa belas kesian terhadap D.O.

"Kau sebenarnya tak sanggup kan? Tapi dalam masa yang sama kau nak kuasa ni. Cuba kau pula fikir. Kenapa kau tak bunuh kami dalam sedar seperti yang kau buat dekat Kai?" Xiumin memegang bahu D.O.

"Kau dah alami satu kematian rakan dengan tangan kau sendiri. Kau dah tengok macam mana Kai merayu ataupun kecewa dengan kau. Dan kau tak sanggup buat untuk kali kedua. Sebab tu kau buat kami semua tidur. Rasanya tak ada pula dalam buku tu pasal buat perlahan-lahan. Semuanya pasal buat boneka untuk capai apa yang kau nak tu. Kan D.O?" Xiumin menepis tangan D.O dari kolarnya. Dia segera mengundur ke belakang. Menghampiri lautan yang dalamnya tiada penghujung.

"Tak tak! Aku tak ada perasaan macam tu! Kau jangan nak basuh otak aku!" Marah D.O namun dia sendiri tidak sanggup mengangkat wajahnya. Wajah-wajah rakannya yang tersengih itu membuatkan dia rebah ke tanah. Dia memegang kepala.

"Ini pengakhiran kau, D.O."

✔PulauWhere stories live. Discover now