Aku Dah Join Kai

964 117 12
                                    

"Baekhyun?!" Jerit Xiumin apabila melihat badan Baekhyun berlumuran darah di khemahnya. Chanyeol menekup mulutnya. Rasa loya mula memualkan perut. Bila-bila sahaja dia akan muntah jika terus memandang badan Baekhyun.

D.O dan Lay turut berada di situ. D.O yang berada di sisi Xiumin memandang badan Baekhyun yang kaku itu manakala Lay pula menangis teresak-esak di sudut khemah. Badan kedua-duanya dibasahi darah.

"H-hyung.. kenapa jadi macam ni? Siapa y-yang buat?" Tanya Sehun dalam esak tangisnya. Matanya terus mengeluarkan air mata. Xiumin terduduk di depan badan Baekhyun. Sah! Baekhyun sudah mati.

"Maaf." Chanyeol keluar dari khemah dan terus menghamburkan muntah. Dia memegang perut yang terasa pedih. Peluh sejuk mula membasahi dahinya.

"Siapa yang masuk kat sini?" Tanya Xiumin lagi. Sehun menarik nafas panjang. Cuba menenangkan diri untuk menjawab soalan Xiumin.

"Aku. D.O hyung suruh aku tukar kain basah kat dahi Baekhyun. Aku masuk kat sini.. t-tengok dah jadii macam ni. Ak-ku.. aku.." Sehun kembali menekup mukanya. Esakannya memenuhi khemah tersebut Terlalu sebak untuk menceritakan dari awal hingga akhir.

"Masa tu aku dengan Lay hyung ada dekat sungai. Tengah ambik air. Lepas tu, kitorang dengar Sehun jerit. Aku dengan Lay cepat-cepat tinggalkan bekas air tu dan pergi ke khemah. Tengok-tengok Sehun tengah pegang badan Baekhyun. Aku suruh dia lepaskan Baekhyun dan pergi cari kau." Suara D.O diganti dengan esakan. Laju air mata membasahi pipinya. Air matanya tidak diseka malah dibiarkan sahaja. Mata bulat D.O tajam merenung badan Baekhyun. Apa-apapun yang disedihkan, Baekhyun sudah tiada lagi.

Xiumin memandang sahaja. Dia kata yang keluar dari mulutnya.

Badan Baekhyun mula sejuk. Kedua-dua belah tangannya dari jari hingga bahu Baekhyun hilang. Perutnya terburai dari kesan hirisan dan tikaman yang berkali-kali. Tengkorak kepalanya mempunyai rekahan mungkin akibat dipukul dengan benda keras. Seluar Baekhyun pula penuh dengan kesan koyakan. Namun, mereka semua tidak sanggup melihat disebalik seluar itu apabila melihat darah yang masih keluar.

"Siapa.. siapa yang sanggup buat macam ni? K-kenapa?" Lay menggumam dalam esakannya. Perlahan-lahan Lay menggigit lengan kanannya untuk menahan sebak yang mendalam. Gigitan Lay terlalu kuat sehingga darah keluar. Member lain tidak menghiraukan Lay. Mereka sendiri faham emosi masing-masing tidak stabil.

"Ni kerja orang gila!" Marah D.O lagi. Tangannya mula dikepal menjadi penumbuk. Badannya menggigil dalam marah dan sedih.

"Mana Suho hyung?" Tanya Chanyeol yang menekup mukannya. Dia tak sanggup memandang badan kaku itu. Terlalu tragis untuk dia.

"Betul jugak. Mana dia?" Ujar Xiumin yang mula sangsi. Ah, lelaki itu lagi. Kelakuan Suho memang pelik sejak datang ke sini. Ada apa yang tidak kena? Dia ke yang buat semua ni?

"Mesti.. mesti dia yang buat semua ni!" Marah Sehun.

"Kita tak boleh tuduh dia." Ujar Chanyeol serba salah.

"Lagipun aku nampak dia lari tadi. Masuk dalam hutan dengan darah semua. Apa tuduh lagi?!" Marah D.O dengan suara yang tinggi. Chanyeol hanya diam membisu. Tidak mahu bergaduh dengan orang yang dia 'baru kenal' itu. Tambah-tambah D.O langsung tidak menegurnya sejak dia hilang memori.

"Tak boleh nak salahkan Suho. Mungkin ada sesuatu berlaku." Pujuk Xiumin yang menaik marah D.O.

"Kau tak percaya dengan kitorang ke hyung? Aku, Lay dengan D.O ada kat sungai hari ni. Kitorang nampak dia berlari masuk dalam hutan." Tambah Sehun yang meneguhkan lagi pendapat D.O.

"Jadi, kenapa kau tak ikut dia kalau dah pelik sangat Suho lari masuk hutan?" Tanya Xiumin. Namun, D.O dan Sehun hanya diam. Tiada jawapan untuk soalan itu. Mereka tidak menghiraukan Suho langsung pun.

"Tapi kalau bukan Suho, siapa lagi? Hyung duduk dengan Chanyeol. Kitorang duduk kat sungai. Suho sorang aje yang berseorangan hari ni." Kata D.O yakin.

"Kau jangan lupa Chen. Kita tak jumpa dia lagi sejak dia hilang. Mana tahu kalau dia tak mati." Marah Xiumin. Walaupun dia juga memandang serong terhadap Suho, dia tetap tak sanggup menuduh Suho yang bukan-bukan. Sepatutnya dia harus menumpukan perhatian terhadap Suho bukan termenung cari jalan keluar dekat jeti. Ah, menyesal dah tak berguna. Baekhyun dah mati!

Aduh, baru sekarang dia sedar. Suho tiada teman sejak tiba di sini. Dia memang keseorangan. Tiada siapa teman Suho walau ke mana pun Suho pergi. Soalannya juga dijawab ala kadar oleh member termasuk Xiumin sendiri. D.O selalunya lepak dengan Lay. Manakala Sehun lepak dengan Chanyeol. Xiumin pula menghabiskan harinya dengan termenung di jeti yang kadang-kadang ditemani Chanyeol atau Lay.

Keadaan Suho juga nampak berserabut. Kadang-kadang Xiumin nampak dia bercakap dengan seorang diri. Xiumin juga perasan yang Suho kerap mencederakan diri. Hari itu Suho ditangkap semasa dia hampir menikam nadi di tangan sendiri. Nasib Xiumin sempat menahan Suho. Namun, Suho pula marah-marah.

"Chen dah mati la hyung. Kalau dia ada pun, takkan dia tak nak jumpa kita. Siap larikan diri lagi. Kat dalam bot hari tu pun aku ada bagitahu yang kat sini ada buaya. Dia dah mati kalau dia terjun dalam la--"

"Dan sejak bila buaya hidup dalam air masin?" Xiumin tersengih memandang D.O yang makin pucat. Dia mengerut keningnya ketika membalas pandangan tajam Xiumin.

"Kau jangan pandang pelik dengan aku hyung. Aku hanya sampaikan apa yang pakcik itu cakap." D.O menggengam kolar baju Xiumin. Nafasnya tidak teratur akibat marah.

"Oh, sejak bila pakcik tu jadi peramah dengan kau? Aku rasa Chen ada cakap yang orang kat sini tak suka orang luar." Xiumin membalas kata-kata D.O. Tangan D.O tidak ditempis. Dia biarkan sahaja.

"Hyung, jangan macam ni --" Sehun menyampuk namun D.O terus membalas kata Xiumin.

"Lepas tu kau percaya dengan Chen yang larikan diri?" Tanya D.O.

"Aku tak percayakan kau atau Chen."

"Kau cabar aku, hyung?!"

"Kau rasa?"

"Weh, berhenti la bodoh!" Jerit Lay yang masih lagi dengan air matanya. Dia mengesat air mata yang bersisa dengan bajunya.

"Korang ni dah gila ke? Kawan kita mati wei! Mati pulak macam ni. Kau boleh pulak bawak gaduh macam korang tu suci sangat depan mayat dia. Entah-entah memang korang berdua yang rancang. Lepas tu, salahkan Suho yang dah masuk kawasan hutan mana. Ah! Aku dah tak percaya dengan korang semua. Sial la. Eh, pergi mati la woi!" Marah Lay lalu keluar dari khemah. Mereka hanya memandang Lay yang rasanya buat kali pertama Lay berkata begitu serius. Xiumin mendegus lalu menempis tangan D.O yang masih kukuh melekat pada kolar bajunya.

"Hyung.. apa nak buat sekarang?" Akhirnya Sehun memutuskan untuk bersuara memandangkan mereka berempat senyap merenung mayat Baekhyun. Rasa bersalah pula apabila bergaduh di depan mayat kawan sendiri. Betul apa yang Lay katakan. Mereka semua tidak boleh dipercayai. Siapa-siapa sahaja dari mereka merupakan pembunuh Baekhyun. Tiada orang lain lagi.

"Wow! Tak sangka Lay hyung boleh marah macam tu sekali! Aku tak marah pun. Relax la." Xiumin kaku apabila terdengar suara itu. Matanya perlahan memandang 'sesuatu' yang berada di tempat Lay duduk tadi. Dan di situ... dia sedang tersenyum lebar dan melambai-lambai Xiumin dengan gembira. Ditemani Kai yang tersengih.

"Baekhyun.." bisik Xiumin.

"Ya, hyung. Ni aku, Baekhyun. Aku dah join Kai."

✔PulauWhere stories live. Discover now