Aku Benci Kau

889 100 5
                                    

"Ini pengakhiran kau, D.O." Serentak dengan ayat itu, Xiumin menikam diri sendiri dengan dalam pada bahagian dadanya. Dia mengerang kesakitan. Jantungnya mula memperlahankan degupan. Darah memecut keluar apabila pisau ditarik keluar dari dada.

"Hyung! Kau.. kau tak boleh mati macam tu!" Jerit D.O kemarahan. Rancangannya berakhir jika Xiumin tidak dapat dibunuh.

Mata Chen membulat. Memandang tindakan berani Xiumin dengan perasaan yang tidak percaya.

"J-jumpa lagi." Xiumin tersengih dengan mata yang separuh terbuka kerana menahan rasa pedih. Tangannya menekan kawasan yang ditikam itu sebelum badannya perlahan-perlahan jatuh ke dalam lautan yang tiada penghujung.
________________
Mata Xiumin terbuka namun tertutup semula. Kepalanya berdenyut teruk. Pandangannya masih kabur. Bayangan di depannya tidak dapat difokuskan. Dia hanya mengeluarkan keluhan kesakitan. Kepalanya digerak ke kiri dan ke kanan berulang kali.

"Apa kau buat!?" Jerit satu suara yang cukup untuk membuatkan Xiumin segera membuka matanya tanpa menghiraukan kesakitan di kepala. Benda pertama yang muncul di depan matanya adalah D.O yang marah dengan pistol ditangannya. Dihalakan tepat di tengah-tengah dahi Xiumin.

"D.O... s-sabar weh." Pujuk Xiumin. Kali ini semestinya dia tidak berani untuk melawan. Ini dunia realiti. Salah langkah, dia akan dijadikan salah satu korban D.O.

Dia perhatikan sekeliling. Lantai rumahnya dipenuhi darah. Dinding juga terdapat percikan darah. Benda yang pertama yang membuatkan hatinya hancur adalah melihat mayat Chanyeol yang terbaring kaku di sisinya. Dan... dalam keadaan kekurangan anggota iaitu kaki. Xiumin hanya mampu mengalihkan pandangan. Tidak mampu menahan rasa terkilan atas apa yang berlaku.

Wajah D.O yang kemarahan itu dipandang semula. Dia langsung tidak menyangka itu merupakan D.O yang pernah dianggap sebagai kawan. Baju D.O masih kelihatan basah. Hanyir darah seperti sudah sebati dengan badan D.O. Keadaannya tidak terurus. Rambutnya kusut. Mukanya sendiri mempunyai kesan luka dan diselaputi darah yang membuktikan dia memang pembunuh.

"Kau kena mati Hyung. Aku perlukan badan kau." D.O mendegus kasar sebelum mengeluarkan pisau pula dari poketnya. Xiumin segera memegang lengan D.O yang sedang berusaha mengeluarkan pisau.

"Aku boleh maafkan kau kalau kau berhenti kat sini." Pujuk Xiumin lagi. Namun, hanya ketawa yang D.O balaskan.

"Aku tak perlukan kemaafan kau sebab kau sendiri akan tunduk pada aku." Ujar D.O senang hati. Dia menekan muncung pistol pada dahi Xiumin dengan lebih rapat. Memberikan seribu satu debaran menghentak dada Xiumin.

"Okay, aku tahu kau nak bunuh aku." Xiumin berkata sebelum menarik nafas panjang. Terketar-ketar badannya ketika menghembus semula nafas. Tangannya kekal memegang ketat tangan D.O yang mahu mengeluarkan pisau dari poket.

"Hyung!" Jerit suara lain. Badan D.O ditarik ke belakang. Dalam kalut dengan situasi itu, D.O sempat melepaskan tembakan. Xiumin mengelak namun bahunya tetap terkena tembakan itu.

"Lepaskan aku Chen." D.O mula meronta apabila Chen mengunakan teknik head lock (?). Chen mengetatkan lagi pegangan pada leher D.O. Dari ekor matanya, dia dapat lihat Xiumin tunduk sambil memegang bahunya yang luka.

"Hyung, kau okay tak!?" Tanya Chen. Pertanyaannya hanya dijawab dengan anggukan ringkas. Dia dapat rasakan ketakutan terlakar pada wajah Xiumin yang mula basah dengan peluh.

"Kau menyusahkan!" Marah D.O sebelum menarik keluar pisau dari poketnya. Tanpa berfikir dua kali, dia mula menikam tangan Chen yang memeluk bahagian kepalanya. Darah mula terpercik pada wajah D.O berserta raungan kesakitan dari Chen.

"Gila!" Chen mula mengerang. Namun, pegangan head locknya makin diketatkan. Kali ini, betul-betul mahu menyekat saluran pernafasan D.O.

D.O kelihatan tidak ternganggu dengan kelakuan Chen itu. Dia hanya terus menikam bahagian tangan Chen. Dari darah hingga ke daging mula memercik.

"A-apa?" Xiumin hanya kaku di situ. Perasaan takutnya mula menguasai diri. Dia sedar muka Chen pucat membiru. Bibirnya diketap untuk menahan sakit.

"Buat sesuatu la!" Arah Chen. Xiumin mengangguk lalu segera mendekati D.O.

"Kau dekat lagi selangkah, kau mati kat sini." D.O menunding pistolnya pada Xiumin manakala tangan kirinya masih terus menikam bahagian badan Chen yang mampu dicapai. Dari tangan, dia mula mengerjakan kaki Chen pada bahagian paha.

Xiumin terus kembali kaku. Matanya membulat melihat Chen yang berusaha untuk hidup dan dalam masa yang sama cuba menyelamatkan Xiumin.

"Ak-aku dah tak bo-leh.. tahan lagi." Chen membisik sebelum head locknya makin longgar. Matanya perlahan tertutup dan terbuka sebelum betul-betul melepaskan D.O.

"Hyung... kau kena selamat." Bisik Chen. Dia mengerang apabila menyentuh bahagian lengannya yang sudah rosak teruk. Walaupun dia bukan doktor, dia pasti tangannya perlu dipotong jika bergegas ke hospital dalam keadaan begitu.

"Chen." Itu sahaja yang mampu disebut oleh Xiumin. Dia melihat D.O yang menarik nafas berkali-kali.

Xiumin mengeluh sebelum menekan badan D.O dalam keadaan meniarap pada lantai. Kedua-dua belah tangan D.O ditekan ke lantai. Pistol dan pisau sudah terlepas dari genggaman D.O.

"Apa kau tu-tunggu lagi!?" Ujar Chen sebelum mengerang kesakitan lagi.

"Bunuh aku Xiumin. Buat macam mana yang kau nak." D.O ketawa sepuas-puasnya. Tanpa menunggu lebih lama, pistol dicapai manakala pisau ditolak jauh-jauh dari badan D.O.

"A-aku nak b-bunuh kau." Ujar Xiumin tersekat-sekat sambil menekan pistol pada belakang kepala D.O.

"Buat la Xiumin." D.O berkata dengan senang hati. Langsung tidak kisah bahawa pistol sudah betul-betul berada pada kepalanya. Dengan satu bunyi 'klik' dia akan terus mati.

"Apa.. apa kau nak cakap kat kitorang?" Tanya Xiumin.

"Tak ada apa. Aku hanya boleh cakap nikmati hidup kau sepuas-puasnya selagi boleh." D.O berkata dengan suara perlahan. Matanya memandang sayu ke arah badan-badan kaku milik member yang lain. Ada air mata bertakung.

"Chen." Panggil D.O.

"Apa?"

"Aku benci kau."

Bang Bang

Dua das tembakan yang cukup untuk menamatkan riwayat hidup D.O.
_____________________

Sesuatu berlaku dan.. A/N akan berhenti buat crita utk smentara wktu.
Crita Pulau ni akan tamat mungkin dalam update yg strusnya.

Crita BTS tu msih brjalan, tpi A/N akan cuba hbiskan dalam masa yg terdekat.

Rasanya korang pn prasan A/N jarang2 je update. Aish, mcm2 brlaku dn smua ni mematahkan smangat.

✔PulauWhere stories live. Discover now