Selesaikan Puzzle

981 115 2
                                    

Baekhyun's p.o.v

Hati aku sakit sangat. Mahu menangis tapi aku sudah tiada mata. Lagipun, aku sendiri tak faham dengan situasi sekarang. Aku sedar sepenuhnya. Aku dapat dengar semua benda yang member katakan. Tapi satu anggota badan pun aku tak dapat gerakkan.

Suara mereka berbual-bual tentang aku makin rancak setiap hari. Katanya sudah tiga hari aku berada dalam keadaan 'koma'. Aku tidak tahu pula sebab semuanya gelap gelita. Mana nak tahu sudah siang ke malam.

"Kau dah bagi Baekhyun minum?"

Oh ya! Mereka sudah jumpa sungai. Di situ la mereka dapatkan air dan makanan. Nasib baik. Kalau tak, mati kebulur la semua orang.

Aku meneliti suara yang sedang bercakap. Rasanya itu suara Chanyeol. Bunyi bising kembali lagi.

Aku cuba fokus pada perbualan Chanyeol dengan seseorang. Entah kenapa aku tidak kenal suara itu kali ini. Suaranya dalam dan kasar. Mana ada member bersuara macam itu.

"Okey, bak sini air tu." Suara Chanyeol bergema lagi. Bunyi kaki menyentuh lantai khemah menghampiri aku. Aku menunggu sahaja.

"Baekhyun.. kau kena minum." Chanyeol bersuara lirih. Aku dapat bayangkan mukanya yang sedih pada ketika ini. Apa aku boleh buat? Lepas mesej Kai itu, semua benda buruk berlaku dekat aku. Aku nak bangun dari tidur yang pelik ni. Aku nak bagi amaran dekat diorang. Tapi macam mana?

Kepala aku terasa seperti diangkat sedikit. Ada sesuatu benda yang sejuk menyentuh bibir aku sebelum air mula mengalir masuk ke dalam mulut. Kerongkong aku yang kering terasa basah dan lebih selesa.

"Dah!" Chanyeol berkata perlahan. Kepala aku diletakkan semula di atas bantal. Air apa yang Chanyeol bagi kepada aku? Rasanya agak pelik. Mungkin sebab ni air dari sungai? Badan aku terasa lebih ringan mula - ataupun lembik? Sakit di kepala mula berdenyut. Aku cuba menggerakkan tangan kanan dan.. berjaya! Aku dapat membuatkan jari-jemariku bergerak-gerak.

Chanyeol! Tolong tengok jari aku! Aku nak tulis mesej untuk korang. Namun, aku hanya mendengar langkah yang berlalu pergi. Aku mengeluh walaupun tiada suara yang keluar.

Bunyi langkah menghampiri lagi. Aku menggerakkan jari pada tangan kanan aku.

"Eh, kau dah boleh gerak?" Tanya suara yang membuatkan jantung aku berdetak laju. Kai?

Apa yang kau nak?

"Aku? Tak adalah. Aku nak melawat kau aje. Dengar cerita kau buang mata sendiri." Kai ketawa perlahan membuatkan aku naik marah. Tidakkah dia tahu bahawa dia merupakan punca semua yang berlaku pada aku!?

"Aku ingatkan Xiumin hyung dulu yang jadi mangsa. Tapi jangkaan aku salah pulak. Nampaknya kau la mangsa pertama dia." Kai berkata perlahan tanpa sempat aku tanya apa-apa. Tiba-tiba badan aku terasa seperti dicucuk dengan jarum. Pedih.

Apa yang berlaku sebenarnya?!

"Macam yang aku cakap dengan Xiumin hyung. Ni satu penipuan yang sangat bodoh. Aku yang tukang tengok ni pun ketawa tau. Lawak tengok dia berlakon naif depan korang." Ujar Kai lagi. Kali ni dia mengeluh pula.

"Okay la. Aku pergi sembunyi dulu. Dia... dah datang dan nampaknya dia bawak sesuatu."

Kai? Kai!! Siapa? Siapa yang datang? Argh, kenapa aku tak kenal suara dia tu? Betul ke aku kenal dia tu?!

"Kau kenal dia hyung. Sangat kenal sebab dia dalam kalangan kita aje." Kai berkata sebelum langkahnya mula menjauhi aku. Namun, itu tak bermaksud aku dah boleh tenang sebab ada langkah lain pula yang menghampiri.

"Okay, Baek. Jom sama-sama selesaikan puzzle ni."
___________________

"Macam mana dengan Baekhyun?" Tanya Xiumin apabila melihat Chanyeol mendekatinya. Mereka berada di jeti untuk melihat sekeliling walaupun hari sudah senja. Mana tahu ada orang lain kan?

"Macam biasa. Tak sedar lagi dari tidur dia." Ujar Chanyeol sebelum keluhan keluar dari mulutnya. Dia duduk di sisi Xiumin. Mereka terdiam. Suasana yang sangat kekok bagi kedua-dua mereka.

"Aku tak faham apa yang berlaku sekarang ni." Ujar Chanyeol ringkas. Xiumin tahu yang Chanyeol banyak kehilangan memori sejak kebelakangan ni.

"Setakat ni, apa yang kau dah ingat balik?" Tanya Xiumin tanpa memandang Chanyeol. Dia hanya merenung ke arah laut yang terbentang luas di hadapan mereka. Semestinya tiada jalan keluar.

"Aku masih tak ingat sejak bila aku jadi penyanyi. Bila aku jumpa korang semua. Tapi aku ingat masa kita kat jeti sampai sekarang." Jawab Chanyeol perlahan sebelum mengurut pelipisnya. Kepalanya sering sakit apabila dia memaksa untuk otaknya memikirkan memorinya yang hilang.

"Aku pun tak boleh bagi apa-apa teori. Sejak datang sini, macam-macam dah jadi. Aku dah serabut." Xiumin tetap membatu. Akalnya cuba memikirkan sesuatu. Apa lagi kalau bukan cara untuk melarikan diri! Tapi... dia takkan bawak balik member yang memukulnya. Hatinya kuat mengatakan orang yang memukulnya adalah dalang dan sebenarnya dia percaya pada Kai bahawa semua ni perbuatan seorang member. Dia perlu cari siapa yang buat semua ni.

"Hyung dengar tak apa yang Sehun cakap tadi pasal Baekhyun?" Tanya Chanyeol.

"Eh, Sehun cakap apa?"

"Semalam Sehun ada bangun masa semua orang tengah tidur. Dia pergi kat kawasan semak sikit sebab nak buang air. Dalam mamai tu, dia nampak Baekhyun tengah jalan kat sekitar jeti ni. Dia pergi check dalam khemah korang... memang Baekhyun tak ada." Cerita Chanyeol yang membuatkan bulu roma Xiumin berdiri tegak. Seram pula apabila Xiumin mula membayangkan Baekhyun yang sudah berhari-hari tidak sedarkan diri itu boleh merayau pada waktu malam. Baekhyun merayau di tempat mereka berdua duduk sekarang ini membuatkan Xiumin tidak senang duduk.

"Kau percaya?" Tanya Xiumin ringkas.

"Aku pun tak tahu. Macam mana aku nak percaya kalau aku sendiri pun tak ingat korang ni kawan aku ke bukan." Chanyeol tersengih dalam paksa. Walaupun dia merasakan mereka semua adalah kawan rapat tapi dia tetap berasa sangsi. Dia tidak tahu yang mana satu bercakap benar atau sebaliknya.

"Susah nak percaya. Baekhyun bangun? Macam tak logik aje." Keluh Xiumin pula. Kalau betul ni semua kerja member, bagaimana dia tu boleh buat orang yang tak sedarkan diri bangun di waktu malam?  Tak logik bukan?

"Kita check malam ni?" Cadang Chanyeol.

"Boleh jugak. Baiklah, malam ni pukul 11 aku tunggu kat luar khemah. Kita pastikan dulu Baekhyun ada dekat dalam khemah. Lepas tu, kita pergi cari tempat sembunyi." Jelas Xiumin yang membuatkan Chanyeol mengangguk faham.

"Kita nak sembunyi -"

"Hyung! Hyung!" Dari kejauhan, mereka berdua diganggu oleh jeritan Sehun yang berlari dengan wajah yang pucat. Lubang-lubang pada jeti itu hampir membuatkan Sehun jatuh namun masih dapat dielakkan. Cepat-cepat mereka bergerak mendekati Sehun juga.

"Dia tu.. dia tu dah mati. Dia dah mati hyung!!" Jerit Sehun ketakutan. Xiumin dan Chanyeol memandang sesama sendiri apabila perasan bahawa baju Sehun dipenuhi darah dan badannya menggigil.

"Sehun.. kau tarik nafas dulu. Cuba bertenang, okay?" Xiumin memegang bahu Sehun. Namun, Sehun cepat-cepat menggeleng.

"Tak.. macam mana aku nak bertenang. Dia dah mati... dah mati!" Sehun menekup mukanya dengan tangan yang masih dibasahi darah. Chanyeol hanya berdiam diri. Masih tidak tahu bagaimana nak bergaul dengan mereka tanpa rasa kekok.

"Okay, aku faham. Sekarang ni siapa yang mati? Dan bagaima-"

"Baekhyun! Baekhyun dah mati.. dia dah mati, hyung..."

✔PulauWhere stories live. Discover now