"Kenapa?"

"Tak boleh nak explain kenapa aku tak nak, just aku harap dia tak dapat watak tu," kata Qaira lagi.

Iman Nadhirah menjungkitkan sebelah keningnya. Terasa seperti gadis itu ada menyembunyikan sesuatu yang tidak ada sesiapa pun tahu.

______________________________

Hari uji bakat itu, Najwa menarik tangan Iman Nadhirah yang baru saja keluar dari surau perempuan. Terkejut Iman Nadhirah apabila tiba-tiba ditarik ke mana pun dia tidak tahu.

"Hoi, kau nak culik aku ke mana ni? Suami aku tengah tunggulah," marah Iman Nadhirah.

"Alaaa... kejap je. Kita pergi tengok dia orang uji bakat kejap. Aku dah call suami kau tadi mintak izin culik kau," terang Najwa.

Iman Nadhirah yang terkesima. Sejak bila Najwa ni kamceng dengan Zafriel Adrian? Kamceng tak kamceng jangan aku dapat payung emas nanti sudah! Bisik hati Iman Nadhirah. Rasa seram pula kalau ianya benar-benar berlaku.

Eh, dah tu, Adam nak campak mana?

Ya tak ya juga.

Sampai ke sebuah dewan yang ditetapkan untuk mengadakan uji bakat, Iman Nadhirah dan Najwa mengambil tempat kosong. Tak ramai orang yang menonton uji bakat itu. Mungkin lebih ramai yang lebih suka lepak di luar.

Kelihatan seorang lelaki naik ke atas pentas. Dia menunduk seakan rukuk, kemudian memulakan persembahannya.

Iman Nadhirah menutup telinga mendengar suara soprano yang terlebih tinggi itu. Gelas yang ada di atas meja Cik Maniam retak.

"Bukan teater tu berlakon ke? Kenapa ada yang menyanyi pulak ni?" soal Iman Nadhirah.

"Oh, lupa nak cakap. Diorang buat teater musikal. Best kan?"

"Aku harap budak soprano tadi tak masuk," gumam Iman Nadhirah.

Najwa teruja melihat Qaira di atas pentas. Dia menepuk lengan Iman Nadhirah berkali-kali. "Babe, Qaira babe!"

"Ya, ya aku tahu!" marah Iman Nadhirah. Dialihkan tangan Najwa.

Budak ni memang hyper ke apa? Nasib tak lebih sangat.

Qaira memulakan lakonannya di atas pentas. Lakonannya betul-betul menjadi sehingga membuatkan penonton berasa seperti mereka turut sama berada dalam dunia lakonan Qaira. Qaira mengakhiri lakonannya dengan lagu Scars To Your Beautiful.

Cik Maniam dan penonton lain memberikan tepukan gemuruh. "Terima kasih Qaira atas persembahan kamu tadi."

Qaira mengangguk lalu turun dari pentas.

Selepas beberapa orang diuji bakat, muncul seseorang yang amat mereka kenali di atas pentas.

"Hazqel?"

Hazqel yang kelihatan bingung di atas pentas membuatkan Iman Nadhirah berasa seperti lelaki itu tiada niat pun mahu naik ke atas pentas.

Cik Maniam terkejut. Dia melihat senarai nama yang diberikan kepadanya. "Hazqel, nama awak tak ada dalam nanti. But it's okay, awak boleh mulakan persembahan awak."

Hazqel menelan liurnya berkali-kali. Di hujung pentas itu, Qaira memberi isyarat menyuruhnya membuat apa-apa saja yang tidak memalukan dirinya.

Peluh mula merenik di dahi lelaki itu. Dia berasa begitu gentar sehingga tidak terkeluar kata-kata dari mulutnya.

Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai cap di kepala turun ke bawah. Dia memanjat pentas itu. Semua penonton di situ termasuk Najwa dan Qaira terkejut melihat tindakan lelaki itu. Tambah terkejut apabila lelaki itu ialah...

Cik Troublemaker Pencuri Hatiku! (unedited)Where stories live. Discover now