penjelasan

1.3K 26 1
                                    

"Abang nak sayang jelaskan pasal tadi." Syafiq membelakangkan badannya dari melihat wajah mawar.

Flashback
"Syafiq. Hujung minggu ni mama nak hantar rombongan meminang ke rumah liana." Syafiq memandang mamanya pelik.

"Nak pinangkan untuk siapa ma?"

"Haih. Untuk kamu lah siapa lagi."

"Ma... I'm married." Tangan mawar dibawah meja digengam kuat.

"Isteri kamu juga yang bagi kebenaran." Mama syafiq masih menayangkan muka tak bersalah.

Syafiq memandang mawar meminta penjelasan. Tetapi hampa.mawar hanya tunduk menekur lantai. Tangan isterinya yang digenggam kuat tadi di leraikan.

End flashback.

Sesampai sahaja di rumah mawar sudah diasak dengan soalan maut suaminya.

Mawar mendekati Syafiq, tubuh syafiq di peluk dari belakang.

"Abang... Mawar tak nak abang gaduh dengan mama. Mawar tak nak jadi penyebab pecahnya sesebuah keluarga. Disebabkan mawar, mama tak dapat satukan abang dengan liana."

"Habis mawar nak bermadu? Macam tu?". Mawar menahan air matanya. Isteri mana yang sanggup berkongsi kasih.

"Nantikan saya dapat payung emas. Hehe."

"Ini bukan hal main main mawar."nada suara syafiq keras.
Mawar mengetatkan lagi pelukannya.

"Isteri mana yang sanggup berkongsi kasih abang."

"Habis kenapa buat abang mcam ni." Syafiq sudah tidak dapat mengawal nada suara nya. Air matanya dikesat kasar.

"Sebab mawar saaaaaaaayyyyyyangggg abang."

"Kalau sayang kenapa mawar?. Kenapa suruh abang buat perkara yang abang tak suka."

'Sebab nanti bila saya dah tak de, ada orang yang jaga awak.'
Kata kata iti hanya disimpan di dalam hati.

"Jom tidur. Mawar penatlah." Sengaja mawar memberikan alasan yang tah apaapa tu.

Pelukan mawar dileraikan.

"Malam ni abang tidur bilik bawah. Mawar tidur bilik atas." Syafiq bersuara sayu.

'Sayang takkan paham apa yang abang rasa waktu ni. Abang perlu waktu untuk bersendiri.'

'Mawar tahu abang perlu masa. Ambil lah sebanyak mungkin. Sehingga nafas mawar yang terakhir mawar akan patuh semua cakap abang.'

Seakan telepati. Masing-masing bicara dalam hati tiada siapa yang tahu apa yang melanda hati masing-masing.
.
.
.
Malam itu, mawar tidak dapat tidur. Fikirannya melayang memikirkan sesuatu.

'Betul ke aku nak bermadu ni?' Badannya di kalih kan ke sebelah kiri. Tangannya meraba tempat di sebelahnya.
'Abang..'
Kakinya perlahan menuruni anak tangga. Menuju ke bilik yang dihuni suaminya. Perlahan-lahan mawar mendaki katil. Wajah suaminya yang nyenyak tidur diperhati.

'Abang, mawar dilema. Betul ke mawar sanggup nak kongsi abang dengan orang lain.? Siapa nak tengokkan abang dengan anak kita nanti kalau mawar dah takde.?'
Airmatanya mengalir lesu. Tiba- tiba terasa dirinya ditarik masuk kedalam pelukan suaminya.
.
.
.

Maaf ye readers tak de idea. Huhuhuhuhu

SetiaWhere stories live. Discover now