mama

1.3K 41 1
                                    

"Oi anak bertuah. Bila nak datang sini. Mama rindu tahu" mendengar  suara mamanya yang membebel melenyapkan sedikit rasa sedih Alya. Adam masih dibiliknya. Pagi itu Alya sedang menyediakan sarapan  tetiba sahaja mamanya menelefon.

"Mama. yaya pun rindu dekat mama. Emmmm" Alya meminta simpati.

"Eleh yelah kamu tu." Mamanya memerli.

"Mama datang lah sini. Adam sakitlah. Alya tak boleh pergi sana."

"Along kamu ada sekali ni. Nanti mama datang rumah kamu ya dengan Along."

"Along ada kat rumah?" Alya tak percaya. Alongnya dengannya memang tak rapat. Entah kenapa ada sahaja yang Alongnya tidak puas hati dengannya. Sejak kecil. Alongnya memang jarang ada dirumah. Pilot lag katako. Sewaktu Alya menikah pun alongnya tidak balik. Ada flight katanya. Tapi entahlah. Pada Alya itu hanya alasan. Padahal boleh sahaja alongnya menyuruh rakannya menggantikannya.

"Alya? Oi. Termenung ke?" Mama Alya menyergahnya.

"Ehh ohh ahah. Nanti Alya bagitahu Adam. Ni baru nak kasi dia makan."

"Ohh yalah. Mama pergi dulu eh. Nanti mama datang sana."

"Ohh okay ma. Assalamualaikum"  Alya menekan butang merah. Alya membawa segala ubatan dan makanan untuk Adam. Agak tak sesuai tetapi Alya menyediakan nasi ayam untuk sarapan pagi. Memandangkan Adam yang ingin memakannya.

"Adam.. bangun." Alya mengejutkan Adam perlahan.

"Kejap lah Aira lima minit. Abang peninglah." Adam masih mamai. Masih membayangkan Aira yang bersamanya.

"Adam bangun." Alya tabah kan hati. Tahulah dia bahawa Aira tu sangat berharga bagi Adam.

Mendengar suara Alya secara mendadak Adam bangun.

"Ehh kenapa ni?" Alya bimbang . Tah penyakit apa pula suaminya.

"Oh aku tak de pape.kau masak apa?" Adam terus menukar topik. Karang isu hots pula yang timbul.

'Agak dia dengar tak aku panggil Aira.hmm tak melenting. Mungkin tak kot.' Monolog Adam sendirian.

"Saya masak nasi ayam. Kan awak minta semalam." Alya tersenyum manis. Walhal hatinya Allah sahaja yang tahu.

"Emm Adam nanti mama nak datang tau."

"Oh okay" bicara Adam dengan mulut yang penuh.

"Kot ye pun habiskan lah makanan tu dulu." Adam tersengih.
Alya melekapkan telapak tangannya pada dahi Adam.

"Alhamdulillah dah kebah dah." Alya lega.

"Kan suami kau ni kuat." Alya menjeling.

"Menyampah."
.
.
.
"assalamualaikum"

"Eh tu macam mama." Alya berlari ke muka pintu. Tak sabar rasanya ingin berjumpa mama.

"Waalaikumsalam. Ma masuklah." Alya mempelawa mamanya masuk kerumah.

"Mana along ma?" Alya menyalami tangan ibunya.

"Oh tu ada. tengah parking kereta."

Mulut Alya membentuk bulatan 'o'

"Mana Adam?" mata mama Alya melilau mencari kelibat menantunya.

"Kat sini ma." Adam muncul entah dari mana.

"Kamu dah sihat ke belum. Alya kata kamu demam."

"Dah sihat dah ma. Alya yang jaga Adam semalaman." Adam tersengih.

"Mama duduk dulu. Alya sediakan meja makan." Alya berlalu kedapur setelah membawa mamanya ke ruang tamu. Adam membontoti langkah Alya kedapur.

Didapur, Alya menyanggul rambutnya tinggi sehinggakan menampakkan lehernya yang jinjang.

"Kan aku dah cakap jangan tunjuk leher kau ni kat orang lain." Adam mendekati Alya dan memeluknya dari belakang.

"Tapi kan panas."

"Tak cukup laju ke kipas kat dapur ni?" Alya tersengih. Adam megucup leher Alya. Tindakkan Adam membuatkan Alya sesikit kegelian.

"Adam please saya nak sediakan makanan ni." Adam masih tidak mengendahkannya.

"Okay saya lepaskan rambutnya okay?" Adam mengangguk dan melepaskan pelukannya. Getah rambut Alya ditarik. Rambut Alya yang separas pinggang terburai lembut. Hailah macam iklan syampu tu.

Setelah selesai menyediakan makan tengahhari tanpa diganggu Adam,Alya memanggil mereka untuk keruang makan.

"Maa..." terkejut melihat abang longnya yang sedang melihatnya dengan pandangan tajam. Eleh dah biasa dah. Alya menyalami juga tangan alongnya. Walaupun dirinya mengetahui bahawa alongnya tak sudi. Bukan dia tak menyayangi alongnya tetapi entahlah.

"Haa jomlah jemput makan." Mereka masing-masing membawa dirinya ke ruang makan.

"Sayang nak tahu tak, abang sayang ni dulu satu sekolah rendah dengan abang." Teruja Adam menceritakan. Alongnya hanya tersengih.

"Oh ya?" Alya belas acuh tak acuh. Tangannya sibuk mengauli nasi. Tetapi senyuman dibibirnya masih dikekalkan.manis sekali.

"Abang long. Nanti terbang kemana pula?" Alya sekadar berbasa-basi.

"Perth" sepatah sahajabyang dijawab.

"Mama sedap tak Alya masak?"

"ish. Mana kamu ambik resepi ni? Sedap sangat sampai mama tak boleh cakap apa-apa." Mamanya meneruskan kunyahan.

"Ahahaha. Yeke? Alya main campak je." Alya merendah diri. Tak baik kalau berbangga diri. Kalau Allah nak tarik nikmat tu sekejap je dia tarik.

"Weyh Adam asal kau sampai demam bagai?" Alongnya memecahkan kesunyian. Adam hanya tersenyum.

"Aku tahu. Dia ni memang tak pandai nak jaga orang. Tahu menyusahkan je adalah." pedas sekali ayat yang keluar dari mulut alongnya.

"Along." Mama Alya menyiku lengan Alongnya. Alya hanya terdiam. Malas mahu memperbesarkan hal yang kecil. Masing-masing sudah dewasa. Sudah ada akal yang sempurna untuk berfikiran waras.

Adam hanya memdiamkan diri,langsung tidak mempertahankan Alya.

selesai sahaja makan tengahhari mamanya berpamitan. Alongnya hanya banyak menjelingnya sahaja. Hailah entahlah.

SetiaOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz