nampak.

1.3K 42 0
                                    

Adam sebenarnya asyik memerhatikan Alya dari belakang. Tetapi Alya langsung tidak perasan kerana terlalu khusyuk melakukan kerjanya.

Adam juga terlihat Alya tersedu di sinki.

'Kenapa dengan dia.'
.
.
.
"Aira wait. Tunggu abang." Adam cuba menyaingi langkah Aira.

"Ish awak nak apa lagi?" Aira terus menuju ke keretanya.

"we need to talk."

"Tak de apa yang perlu dibincangkan. Dah lah abang, enough." Aira membuka lock keretanya.

"Aira.." Adam melutut.

"Abang buat apa ni. Bangun lah."

"Nope, abang takkan bangun selagi sayang tak nak bincang dengan abang." Aira menjeling ke tempat lain.

"Abang ni suka buat saya macam ni. Okay i'll give 5 minutes. Talk."

"Okay, first of all, abang minta maaf sangat sayang." Tangan Aira dielus lembut.
"Back then it's my fault. Im so sorry. Abang menyesal buat keputusan tu dulu."

"You should control your anger i guess."

"But sayang trust me. I am the new me now. Not the same as before."

"Huh nonsense. Dah lah Adam saya ada kehidupan saya sendiri. Jangan ganggu saya lagi. Assalamualaikum" Aira terus meninggalkan Adam yang masih melutut. Tak perasan ada satu mata yang sedang memerhati adegan itu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Alya menangis teresak. Keretanya dipandu pergi ke kawasan bukit yang menampakkan sebahagian bandar yang berlampu. Cantik.

Tetapi hatinya sangat terluka. Airamatanya mengalir deras macam air sungai. Bukannya dia tidak nampak adegan Adam dan Aira.

'Adam, saya tak kuat lagi untuk terus cintakan awak. Saya tak kuat.' Hatinya turut menangis. Rasanya tiada apa lagi sebab untuk pertahankan cintanya pada Adam. Adam sudah ada Aira.

'Akukah yang patut undurkan diri.?'

Setelah boleh menenangkan diri, Alya terus memandu balik ke rumahnya.
Sudah pasti Adam sudah ada dirumah. Dan Alya tahu Adam pasti akan menanya kenapa lewat.

"Kenapa balik lambat." Alya tidak membalas. Kepalanya sangat pening. Mungkin terlalu banyak menangis.

"Alya, aku tanya baik-baik." Alya masih diam. Matanya mula berpinar. Adam yang hilang sabar terus bangun dan menuju kearah Alya.

"Aku tanyakan kenapa lambat.?" Alya memejamkan matanya dan pandangannya terus kabur.

"Alyaa bangunn!" Hanya suara Adam kedengaran.

"Ya Allah panasnya." Adam melekapkan belakang tangannya pada dahi Alya. Badan Alya terus dicempung naik ke biliknya. Tuala basah diletakkan pada dahi Alya.

Adam perasankan mata Alya agak sembab.

'Nangis ke?'

"Adam.." Adam berpaling.

'Aik mata tutup. Ngigau ke?'

"Adam. Yaya cintakan adam... jangan tinggalkan yaya." Tangan Alya digapai-gapai kelangit. Airmatanya mengalir lesu dari tubir matanya.

'Dia cintakan aku lagi?..' Adam memandang kesian kearah Alya. Memang setiap kali berada berdekatan Alya jantungnya berdegup kencang. Bukan dia tak mencintai Alya tetapi... entahlah. Dia masih tidak dapat melupakan cinta pertamanya, Aira.
.
.
.
Alya tersedar. Kepalanya dipegang. Pening. Bebola matanya dilarikan disekeliling bilik dan akhir sekali disebelahnya.Adam!

'Ni bukan bilik aku ni. Ni bilik Adam. Aku kena keluar cepat ni.'

"Ha nak pergi mana?" Adam yang disangka tidur disebelahnya bersuara.

"Kau ni terkejut aku. Bagilah salam dulu." Alya terus bangkit dari baringnya dan berura-ura mahu keluar.

"Kau tak sihat tu. Baring je lah."

"Tak aku kena pergi kerja. Harini ada klien penting mama." Alya memberi alasan.

"Harini kau takpayah kerja. Aku dah bagitahu mama dah."

"Okay kalau macam tu aku balik bilik dulu." Alya berpamitan tetapi pada langkah pertama badannya sudah terhuyung-hayang. Adam bingkas bangun dan cuba memapah Alya tetapi ditepis lembut.

"Eh aku boleh jalan sendiri. Tak pe." Terus dipercepatkan lagi langkahnya walaupun macam orang tak betul jalannya. Bukannya apa, dia tak nak Adam terlalu ambil berat kerana Alya takut tidak kuat untuk melepaskannya.

Setelah mandi Alya terus baring kembali. Tak larat.

Tok. Tok. Tok.

"Alya ni aku ada bawa bubur. Makan sikit." Adam masuk dengan menatang mangkuk bubur yang masih berasap.

"Kau masak tak sedap lah."

"Eleh. Kau ingat kau sorang je pandai masak? Nah rasa ni." Adam menghulurkan sesudu bubur yang sudah ditiup.

Alya membuka juga mulutnya. Memandangkan memang perutnya sedang lapar.

"Sedapkan?" Adam menyudukan lagi bubur ayam. Alya memerhatikan segala tindak tanduk Adam. Air matanya hampir gugur.

"Dahlah Adam aku penatlah nak tidur." Alya terus baring semula.

"Alah baru beberapa suap je ni."

"Tak pe aku dah kenyang." Alya masih berkeras.

"Kau kenapa sebenarnya?" Adam meletakkan buburnya diatas meja yang bersebelahan dengan katil Alya.

"Aku okay je." Badannya dikalihkan kearah bertentangan.

"Hey. Pandanglah sini." Adam memegang bahu Alya lembut.

"Aku okaylah. Cuma banyak kerja je kebelakangan ni." Bohong Alya.

"Kalau ada apa-apa citer lah kat aku."

Alya menunjukkan jari okay. Tak mampu nak bersuara takut Adam mengesan suara tangisnya.

"Aku keluar dulu. Jangan lupa makan ubat tau. Kalau tak kebah. Aku heret kau pergi hospital." Adam terus keluar dari bilik Alya. Tak nak mengganggu rehat Alya.
.
.
.
"Alya kau dah sihat belum?" Adam melekapkan telapak tangannya pada dahi Alya. Tetapi Alya cepat-cepat menjauh.

"Aku nak check suhu kau jelah."

"Aku dah okay. Kenapa?"

"Jom jalan-jalan. Aku belanja."

"Tak payahlah. Kita tengok movie kat laptop kau je lah." Alya memberi cadangan. Sebenarnya Alya malas nak berjalan.

"Okay lepas isyak eh. Kita solat saing."
"Okay." Lembut Alya menuturkannya.

SetiaWhere stories live. Discover now