kopi

3.7K 65 5
                                    

Aku menghirup kopi. Mengenangkan kisah lalu membuat aku runsing.

'Ah kenapa dia muncul semula?'

Alya meletakkan semula cawan kopi yang dihirupnya. Alya mengurut dahinya. Pening memikirkan arah tuju hidupnya.

"Mama nak kamu kahwin dengan Adam."

"Tapi ma.. apa salah Alya sampai kena kahwin dengan dia?"

"Kamu tak salah tapi mama yang salah sebab tak berjaya mendidik kamu." Datin kalsom menangis.

'Mama tak tahu. Lelaki itu lah yang menjadikan anak mama ni seorang yang tak berpendidikan.'

Rambut yang terbebas didepan dikuak kebelakang.

"Hoi." Alya memandang kearah suara yang memanggilnya. Suara yang dibencinya.

"Islamkan. Bagi lah salam." Alya menyindir.

"Cakap orang. Dah berapa lelaki kau dah tiduri." Adam bicara sinis.

"Kau cakap baik sikit eh." Alya mula panas.

"Kalau tak disebabkan perangai kau,kita takkan kena kahwin." Adam menahan marah.

'Ye memang aku ada banyak lelaki. Tapi aku tak lah bodoh sangat nak serahkan dara aku kat diorang bodoh'

Kata-kata itu hanya bermain dimindanya sahaja.

"Asal diam. Betulkan apa aku cakap ni." Adam memprovokasi.

"Kalau tak disebabkan kau aku tak jadi macam ni lah." Alya menjerit dan terus meninggalkan Adam termanggu-manggu.
.
.
.
Alya menangis teresak-esak didalam keretanya.

'Kenapa mesti kau? Kau yang hancurkan aku dulu. Kau yang buat aku jadi macamni. Kau yang buat aku jadi liar. Semuanya kau. Kau Adam'

Alya menghentakkan tangannya pada stereng.
.
.
.
Adam masih duduk di cafe tadi. Cafe pertama dia menemui Alya. Dan di cafe itulah dia meninggalkan Alya.
Pada awalnya dia hanya mengenakan Alya kerana dicabar rakan-rakannya. Tak sangka Alya mempunyai perasaan terhadapnya. Memudahkan lagi kerjanya. Wanita mana yang tidak meminati dirinya. Kaya,tinggi,bermata hazel,berkulit putih acaca mat saleh. Ibunya kacukan british memang sahlah Adam mewarisi kecantikan ibunya.

'Aku akan buat kau menderita Alya insyirah.' Adam tidak puas hati.

"Weyh zaf datang cafe biasa jap. Aku ada kat sini."

Setelah beberapa minit menunggu Zaf akhirnya sampai.

"Kau ni buat jalan ke apa? Lambat noh." Adam merungut.

"Ahahaha manade. sejak bila tah aku kerja dekat JKR." Zafran ketawa.

"Aku nak cerita ni.."

"Hmm ceritalah." Zafran menghirup kopi yang baru dipesannya.

"Aku kena kahwin dengan Alya Insyirah." Hampir terhambur sisa kopi di mulut Zafran.

Zafran terus meneguk air yang berlebihan. Takut tersembur pada muka kacak Adam.

"Budak yang kau game dulu?" Zafran meminta kepastian.

"Haah lah siapa lagi kalau bukan dia?" Adam mencampakkan pandangannya ke luar.

"Papa nak kamu kahwin dengan dia. Syarikat kita perlukan syarikat ayah Alya. Kerjasama ni mesti berjaya."

"Jadi papa nak Adam kahwin dengan dia sebab nak selamatkan syarikat kita? papa buat Adam macam barang perdagangan lah ni?" Adam membentak. Dato' Ahmed meraup mukanya.

"Bukan macam tu Adam. Papa sayang anak papa. Tapi boleh tak kali ni kamu tolong papa. Lagipun anak dia tu baik je papa dengan mama tengok." Dato' Farouk memujuk.

"Heh dia tu tengok je macam baik." Adam mendengus.

"Maksud Adam?"

"Tak de pape lah papa. Okaylah Adam akan tolong papa. Tapi ada syaratnya."

"Apa?"

"Jangan salahkan Adam kalau satu hari nanti Adam ceraikan dia." Adam terus bangun dari duduknya.







Hai jumpa lagii. Cerita pendek kedua saya selepas gemok. Huhuhuh baca tau jangan tak baca.

SetiaWhere stories live. Discover now